Sunday, June 24, 2012

Adik beradik.

Bismillah.

'Orang kalau boleh, bila mak ayah dah tua ni, tak nak duduk jauh dengan diorang.'

'Mesti abang risau kan, sebelum kahwin, takut hubungan dengan mak ayah, adik-beradik jadi renggang. Macam artikel-artikel yang kita baca. Pasal menantu dengan mertua la bagai..'

'.... em. Takut gak sebenarnya.'

'Kan?
Even mak garang mana pun, kita tetap rasa rindu kat dia kan.
Orang dari dulu kena marah dengan mak. Sampai sekarang dah besar pun kena marah gak kalau buat kerja ada silap. Still, hujung minggu homesick gak kalau tak balik.
Satu yang orang yakin, mesti sebab mak selalu ingat untuk doakan kita. Dhuha tak pernah miss. Ayah pun cakap gitu.'




Perbualan si sulung dan bongsu.

Kedua anak ini setuju tanpa kompromi.
Walaupun sejak kecil tak selalu main atau keluar bersama, asyik bertengkar cerita budak-budak,
selalu kena marah.. tapi alhamdulillah mawaddah wa rahmah masih wujud antara kami.


Doa mak, kan.
Mana ada hijab.


Dan,
artikel menantu mertua tu tak patut jadi guideline hidup berumahtangga.
Cis.

Saturday, June 23, 2012

Prokrastinasi

Bismillah.


Bila aku tahu MARA tengah offer scholar sambung degree ke luar negara
dengan CGPA lebih 3.5
dan kuota 200 orang pelajar,
aku tahu
aku sangat mahu pergi.

Cuma,
aku tak tahu
aku dah bersiap sedia
untuk bersungguh-sungguh ataupun tidak.

Pensyarah-pensyarah aku,
lepas tanya CGPA sehingga semester empat
dengan yakin kata aku ada peluang.


Tapi kalau semua orang yakin dengan aku
kenapa entah
aku tak boleh yakin dengan diri sendiri?

Jelas, determinasi masih kabur

Dalam kepala, 
tiba-tiba lagu Selamanya Harimau Malaya itu berkumandang. 
:P


Tuesday, June 12, 2012

Ilusi

Bukan kau sahaja yang kehilangan aku,
aku juga kehilangan aku.

Sunday, June 10, 2012


Lima.
Mereka ni semua, pembakar semangat aku.
Ada beberapa orang lagi, tapi aku tak ada gambar yang berdua.
Aku tak masukkan sebab tak proper gambar tanpa tuan rumah. Heheh.

Ya, pembakar semangat juga termasuk pemberi friendly reminder.
Terima kasih banyak.

I don't know whether this semester would be better or worse, tapi aku akan terus.

Hey hey. Mari sama-sama berdoa supaya kejayaan aku nanti penyumbang kepada Islam jugak .


Saturday, June 9, 2012

Lalu

Bila manusia hebat itu kata
'Aku punya masa silam yang gelap',

Aku teringin nak lihat bagaimana.
Beruntungnya dapat rasai perubahan ke arah kebaikan.
Awesomeness during the whole semester holidays.
Great peoples, at the great place with a lot of inspiring sharing.
And now, it's time for the last two battle.

--------------------------------------
Cuti semester yang hebat sudah tamat. Rasa bersemangat seperti dicas sebaiknya walaupun tak tahu yang bertenaga tu sekadar jasmani atau sekali dengan hati.

Banyak sangat yang aku cuba grab cuti ni. Tak banyak yang aku nak buat, tercapai. Tapi sedikit yang menjentik tu paling tinggalkan kesan.
Rasa nak menjerit, sebab rasa seronok dengan apa yang dilalui cuti ni. Lebih-lebih lagi seminggu yang terakhir. Sebab, aku jangka aku mungkin jadi seperti mayat hidup, dengan keputusan peperiksaan yang koordinator UiTM tengok pun terkejut.

Kemudian aku dah sembuh. Jumpa dengan manusia hebat, yang aku rasa dia selalu rasa dia tak cukup hebat. Aku tau dia ni pemerhati.

Dia tak tahu aku juga pemerhati. Dan terus mengagumi dia. :)


Oh sebenarnya post ni aku nak luahkan pada diri sendiri, yang aku perlu berhenti mengagumi orang.
Kagum sehingga merendahkan kebolehan diri sendiri.

Dalam kereta, sebelum bertolak ke PD untuk berprogram, ayah tiba-tiba ingatkan aku supaya jangan terlalu berharap untuk jadi orang lain. Tak semua orang ditakdirkan untuk jadi doktor dan ustazah. Lalu siapa yang akan jadi akauntan atau banker yang menguruskan kewangan dan ekonomi Islam?
Tak ada istilah berkerjaya sekian-sekian baru membolehkan kita jadi orang Islam yang baik.

As I'm already in this accountancy field, I must work hard to be the best. Ya, belajar tentang perakaunan, kenapa aku mesti rasa loser bila tak tahu tentang mikroorganisma dan anatomi manusia yang terperinci? Susah lah.

Waktu berprogram pun, datang lagi galakan daripada seorang konsultan. Semuanya dah diatur, Allah tahu aku sedang berperang dengan kekeliruan watak. Aku tanya pada beliau,
'Yang jelas, jadi seorang doktor dan ustazah dapat berkomunikasi dengan manusia. Senang nak berdakwah. Macam mana seorang akauntan dapat lakukan perkara yang sama bila mana dia asyik berdepan dengan kertas dan dokumen?'

Beliau kata,
'Pertama yang penting adalah watak dan diri itu sendiri. Bila Cece sendiri sudah hebat, bukan kerjaya yang orang pandang. Yang penting dan paling penting, jangan tinggal solat dhuha. Puasa, dan bersedekah.'

Setiap kali berprogram dengan beliau, memang itu yang sangat ditekankan kepada para peserta.
Solat dhuha, puasa 2 kali seminggu, dan bersedekah. Without fail.
Sebab itu antara perkara yang boleh hilangkan lelah dan membahagiakan aku ialah turut serta dalam program-program motivasi, sebagai fasi. Aku dapat jumpa mereka yang hebat, yang jadi diri sendiri.


Untuk dua semester terakhir, harap semuanya cemerlang. Walaupun sebelum masuk kelas dah dapat perkhabaran yang buat aku rasa tak keruan.

Jadi yang terbaik. Sekalipun jadi tukang sapu,  jadilah tukang sapu terbaik.
Apa alasan untuk tak jadi pelajar akaun yang baik, kan?


Tak dapat London, Jordan pun cantik gak .