Sunday, February 5, 2012

Sesekali, aku cuma harap ada yang menepuk bahu dan berkata, 'Kau dah buat silap ni'

Manusia memusuhi apa yang tak difahami.

Jadi belakangan ni, aku meminta sungguh-sungguh supaya aku diberi kefahaman atas apa yang aku musuhi.
Aku dah musuhi pemikiran orang. Masa yang sukar untuk aku. Tapi aku anggap ini ujian untuk perkembangan ilmu. Aku jumpa orang-orang boleh dipercayai, dan aku tanya apa yang jadi beban sampai aku sesak nafas. Aku cerita penuh perasaan sambil menyelitkan unsur menuding jari ke orang itu ini, membela diri dan cuba minta pendapat. Magisnya, dalam setiap luahan perasaan tu, aku baru sedar yang aku bersalah. Tapi aku masih mahu terus bercerita.

Pendengar-pendengar masih sudi mendengar. Berkongsi pendapat. Aku sambung lagi apa yang aku rasa. Pom pam pom pam dan soalan terakhir aku, 'Kau/Awak/Nti/Ustazah rasa macam mana?'
Ajaib! Respon yang sama aku dapat. Semuanya akan terdiam. Yes. Sebab memang kau yang bersalah sebenarnya. Sebab kau jahil dalam ilmu, sebab tu kau rasa marah atas pemikiran yang lain.

Aisyah, teruskan mencari.
Kau pun sedar yang petunjuk demi petunjuk dah sampai pada kau.




Ustazah kata, 'Takbolehlah nak pertahankan ego dan pentingkan diri sendiri kalau dah nampak kesannya buruk'
Dan sejurus lepas tu terbaca dalam Facebook,
Status Update

By Aiman Azlan

"Ego itu sebahagian daripada syaitan. Mahukah kita syaitan menang sementara Ukhwah (persaudaraan) ditumbangkan? Memohon kemaafan di mata manusia sememangnya nampak rendah tapi di mata Allah memohon kemaafan itu sangat tinggi." (Hamba Khilaf)

Pedepekkkkk kena batang hidung.

No comments: