Alhamdulillah, baru habis test 3 kertas. Lagi 2 minggu sebelum final. Saja bagitau.
Dah 2 minggu aku tak balik rumah hujung minggu. Perkara yang seingatnya aku tak pernah buat sejak sem 1. Apakah budak-budaknya Siti ni, begitu sakit rumah walhal hanya 2 minggu berjauhan dengan ayah bonda. Lebih sadis, rumah itu hanyalah sekangkang biawak dari tempat pengajian.
Hari tu, ayah sedarkan aku satu perkara. Tipu.
Banyak perkara sebenarnya, tapi berpunca daripada satu perkara je.
Masalah
Minggu lepas, aku mengalami kemurungan akibat tiga hari test yang melambai-lambai. Tambah, tiba-tiba datang tugasan daripada sekelompok manusia yang insisted aku dan kawan-kawan untuk uruskan majlis mereka. Kitorang terima tugasan tu mula-mula walaupun hati rasa berat. Fikirkan nak belajar ilmu baru, uruskan majlis.
Cabarannya, majlis tu nak diadakan dalam minggu ulangkaji. Dah macam mana, aku baru target minggu ulangkaji nak pulun subjek yang aku terkontang-kanting. Duduk tenang-tenang kat perpustakaan.
Entah kenapa, aku rasa macam didesak bila pedepekkk sekelompok manusia tu beritahu seketul-seketul macam mana majlis tu harus dijalankan.
Dalam hati berkata, ‘Bagi kitorang test dulu lah oii! Organisasi, bajet,tempat satu hape tak ada lagi, dah bagitau task macam-macam. Apa ke tak senonoh betul kerja macam ni?’
Budak-budak. Lepas tu seharian la aku fikirkan pasal majlis tu. Aku tak tau kawan-kawan yang lain, sebab diorang dah janji nak letak ke tepi hal ni sampai habis test. Tapi aku bukan jenis macam tu. I worried too much and ayah agreed.
Pesan Zainal kepada anaknya
Pagi Jumaat.
Kerja rumah tak siap, ujian Cost Accounting 2.30 petang, pembentangan akhir subjek, fikiran serabut pasal tugasan majlis,dan belum bersiap untuk kelas. Tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada ayah.
‘Adik test pukul berapa? Ni, mak ada masak lauk ayam dengan sup ni. Mak nak suruh ayah hantar..’
Letak telefon, aku dah tak dapat tahan. Banjir.
Kau faham ke perasaan bila tengah serabut, orang yang kau sayang telefon, dan nak HANTAR MAKANAN? - aku syak sebab aku dah lama tak balik rumah.
Jumpa ayah kat kolej, aku menangis. Pehhhh, macam budak sekolah aku rasa. Mak ayah hantar makanan hujung minggu, menangis cerita masalah dan ayah berusaha memujuk.
-------------------------------------------------------***-----------------------------------------------------
Ayah ingatkan aku, hakikat yang aku dah menjangkau 20. Aku ni sangat bertuah sebab masih ada mak ayah dan keluarga. Tak pernah berjauhan dengan keluarga. Hati aku kata, Betul.
Ayah ingatkan aku, hakikat yang satu hari nanti aku akan berkerja dan tugasan tiba-tiba akan pasti ada. Ada rezeki, jadi akauntan professional. Waktu tu, aku tak boleh bergaduh dan ignore kerja yang datang sebab itu jalan aku. Aku mungkin boleh elak sekarang, tapi masalah tak akan selesai sampai bila-bila. Hati aku kata, betul.
Ayah ingatkan aku, selain berdoa minta kekuatan, aku kena belajar untuk kuatkan hati. Masa tu, ayah mak tak sepatutnya tengok aku menangis kerana tekanan daripada manusia lagi. Hati aku kata, betul.
Ayah ingatkan aku, ‘Kamu dah tak boleh manja-manja dah. Ni manja lagi ni..’ Ohh snap! Manja? Terasa habis. Hati aku kata, betul.
Ayah ingatkan aku, orang yang paling faham aku tapi tak pernah sebut ialah keluarga. Aku kata pada ayah, ‘Adik boleh je nak lawan, tapi nanti jadi panjang..’
Ayah jawab, ‘Tahu.. ayah tahu anak-anak-anak ayah. Keras hati,’ :p
Ayah ingatkan aku, semua orang akan menghadapi kali pertama. Hati aku kata, betul.
Itulah, pesan ayah di pagi Jumaat. Hakikat hidup yang aku dah terlepas pandang, yang umur dah 20. Umur tak menunjukkan apa-apa. Tapi, tak sepatutnya berada di takuk yang sama bila orang lain dah capai banyak kejayaan pada umur yang sama. Aku sendiri pernah menulis tentang ‘Kali Pertama’. Aku terlupa.