Friday, July 30, 2010

terbang tinggi

Salam.
Sihat kalian?

Aku rasa sangat bersalah tak dapat update blog ni. Bukan kekurangan masa, tapi memperuntukkan lebih masa untuk perkara ilmiah. (uicehhh..). Ini pun aku curi-curi mengupdate di perpustakaan kolej. Betapa kasihan . Nasib baik peraturannya- tak boleh layari Facebook, bukan tak dibenarkan update blog :D

Belajar di kolej mungkin berbeza dari universiti. Dari segi kualiti, fasiliti dan suasana. Siapa je yang nak belajar di kolej aku tanya kau? Tak ada. Semua mesti ada sebut satu-satu nak masuk U yang top-top kan. Tapi aku rasa inilah takdir. Aku yakin mesti ada sesuatu untuk aku kat kolej ni. Look at the bright sight kata nenek-moyang dulu. Aku rasa seronok juga berada kat sini walaupun kolej aku ni seketul je bangunan dia. Tak ada pun lecture hall yang gabak- yang selalunya buat pelajar duduk bersepah-sepah dan akhirnya tidur sebab tak dengar apa yang pensyarah cakap. Eh kauorang, aku cakap je ni. Aku tak tahu pun suasana kauorang macam mana tau tauu.
Sejak masuk kolej, aku makin banyak bertanya. Banyak cakap itu memang sejak dulu kann. Tak kisah la. Ini banyak bertanya. Lagi-lagi kalau kelas Finance. Cuak kot kalau tak faham. Malas-malas jugak. Tapi sekarang kalau aku tak faham sikit, aku dah gelaba. Cepat-cepat angkat tangan ah. Dulu waktu sekolah  mana ada aku buat macam tu. Makin matang rupanya aku ni. Hahaha.

Entah macam mana, aku boleh sesuaikan diri dengan segala macam suasana dan orang yang aku anggap 'cabaran' suatu ketika dulu. Aku ingat aku mungkin menangis hari-hari. Takut dengan segala macam benda merepek kat sini. Alhamdulillah, semuanya sesuai sahaja dengan aku. Apa yang aku buat cuma; utamakan hal sendiri. Tapi bila orang perlukan, kita dekati. Jangan asyik persoalkan ,
'Kenapa kau jadi macam ni..'.
'Kenapa kau buat macam tu...'
'Kenapa kau..'
'Kenapa kau..'

Sebab aku fikir, inilah dunia baru. Cuba perhati dan fahami , tapi sesetengahnya tak perlu pun dialami. Kau akan jadi orang yang berjaya sebab mampu tangani 'cabaran' yang kau takuti.

Rupanya bukan aku seorang yang alami dunia baru ni. Pensyarah aku, yang sepatutnya mengajar agama dan bahasa arab pun 'tercampak' dalam situasi yang sama.
Kata dia, 'Ada 2 golongan yang jangan awak hindari.
Pertama; golongan yang berilmu.
Kedua; golongan yang kurang ilmu.

Kenapa?
Kerana ERTI HIDUP PADA MEMBERI :)



                        

3 comments:

mimi said...

sedih la baca. haha :')

Anonymous said...

ceceeeeeeeeeeeeeeee

aisya zainal said...

siape kau?