Saturday, July 31, 2010

nama dia wan juma.


Time sekolah dulu, aku bukan jenis yang rapat dengan senior. Selalu terbuat muka sombong dan akhirnya, aku jarang la pergi prep senior, atau makan dengan senior, atau dapat coklat free daripada kakak-kakak atau nama jadi famous sebab rapat dengan senior atau macam-macam atau lagi. Sungguh sombong dan tak peramah Siti Aisyah ni.
Tapi masuk tingkatan 3 dan dorm baru, aku baru kenal seorang senior yang tak macam senior sangat. Kung kang kung kang.. aku terapat dengan dia. Aku rasa biasa je. Tapi dia suka aku sebab aku comel kot. HAHA.

Ini post untuk dia.

Wan Jumanatun Nailiah,
Satu-satunya senior yang masih rapat dengan aku dan banyak bantu aku. Aku suka dia sebab kalaupun aku cerita macam-macam, dia layankan aje. Aku marah-marah, dia suruh sabar. Aku gelak sekali, dia akan gelak sepuluh kali tanpa henti. Oh macam teruk sangat. Lima kali should be better
.
Jarang orang sambut birthday aku yang tengah-tengah bulan di waktu sekolah. Tapi dia selalu ingat dan bagi benda-benda sentimental. Entah apa-apa. Harijadi aku yang ke-18, dia tersemangat wish 2 bulan awal. Siap dah bagi buku bertajuk berat yang aku tak dapat-dapat nak baca sampai sekarang. Heheee. . Apa yang aku paling hargai, dialah yang paling banyak bantu dan paling gelabah (bagi aku laa) bila dapat tau aku tak dapat mana-mana U. Even matrik. Sudahnya, dia siap tolong listkan pro kontra kos apa yang aku patut ambil. Jujurnya, aku dah jatuh tersungkur habis waktu tu. Sebab dia banyak membebel, aku cuba-cuba la berdiri semula.

Aku bersyukur jugak sebab aku selalu dikelilingi orang bijak dan berilmu. Dia antaranya. Bila ada perkara pelik-pelik je, aku tanya la dia. Respon dia bukan beri jawapan, tapi dia ni jenis suka beri jalan. Ok la tu. Nak kawan dengan dia tak boleh malas-malas. Nampak jenis main-main gelak tak beringat je dia ni. Tapi ilmu banyak. Rajin mengkaji kitab arab .

Aku tak reti la nak cerita pasal dia. Aku boleh kata, dia baik la.
Nak kawan dengan dia tak? Sebab aku suka kawan dengan dia =)


Oh ya, dia baru je jadi budak berumur 20 tahun pada 26/7 yang lepas.
Aku tak tahu nak beri apa. Nak bagi buku, dia lagi banyak membaca daripada aku.
Sudahnya, aku bagi jam aje. Ye, berkawan dengan aku memang bosan sikit.
           

Akhir kata, SANAH HELWAH YA UKHTI.
lama dah tak bercakap dalam Lughatul Jannah ni. Rasa janggal pulak. Heh.

                                                 

3 comments:

seSey said...

bole x nk rasa terharu? haha.. bkn post psl kte ponn..

sof_16 said...

abes lah klu kak wan tau nih.
kembang kuncup abes! hehe

aisya zainal said...

sesey : boleh jee.
kak rahmah : memang itu tujuan dia. haha