Tuesday, January 19, 2010

bismillah walhamdulillah.

hari ni 19 januari 2010.
selamat ulangtahun.sanah helwah.happy birthday untuk kau, kawan.
dapat wish dari jauh je.sebab keadaan dah berbeza. huhu~
.ecahz.


Saturday, January 16, 2010

dunia sepi mereka

bismillah walhamdulillah.

pernah tengok orang bisu, pekak dan buta?
mesti pernah kann.. tak kira kat mana2 pun. jadi, apa perasaannya bila nampak mereka? sedih?biasa? @ tiada perasaan..? kadang2 bila tengok mereka ni, timbul rasa kesian kan.
untuk sesetengah orang la. termasuk aku yang terlebih perasaan sentimental ni.
sepanjang 2 minggu aku bekerja, ada 3 kali OKU masuk restoran tu.
ada yang buta, ada yang bisu.

TANPA CAHAYA.
'Macam mana dia menikmati makanan tu yer?'
Itu kata hati bila tengok orang buta makan. Sambal, sayur2, ayam..menu macam orang biasa lah.aku tengok je gerak geri diaorang dari jauh.tangan mencari-cari lauk dalam pinggan. Mereka menikmati dengan baik. Takde lah diaorang menangis depan makanan sebab tak dapat tengok warna dan bentuk makanan.
pernah aku hadiri satu kem dulu. 2 orang buta dijemput untuk sesi perkongsian.
Kata mereka; ' kamu semua rasa kesian tengok kami? sedih? tapi kami tidak. kami rasa bersyukur sebab masih boleh mendengar dan bercakap.'
Tiba-tiba dewan 'blackout'.tak dirancang. riuh rendah jadinya. bila keadaan dah kembali normal, jemputan tu tunjuk reaksi pelik. terlupa kitaorang yang dia tak tahu pun apa yang terjadi. sedangkan kitaorang; baru ditarik sekejap nikmat, dah menggelabah.

TANPA KATA
sejak akhir2 ni, aku jadi berminat untuk belajar isyarat orang bisu. sejak ada pelanggan bisu yang datang kedai tu lah. aku tengok cara mereka berborak. gerak tangan mereka yang lajuu tu boleh buat aku faham yang diaorang pun boleh rancak bercerita. sangat rancak. dunia mereka unik. boleh bercerita tentang orang lain tanpa difahami& didengari. tapi aku tau, bahasa isyarat yang diaorang guna tu tetap bahasa pasar.tak sama yang diajar di kelas pendidikan khas. sumber?*buletin utama* ;D
kauorang tahu tak, nak menyanyi pun ada yang boleh guna bahasa isyarat je.
macam ni.
http://www.youtube.com/watch?v=QmKnQjBf8wM
smart oh mamat ni.



aku teringin nak belajar bahasa diaorang. bahasa tanpa kata. nak join? jomm.






pengajaran entri kali ni, kenali dan fahami erti syukur ok?
.ecahz.

Friday, January 15, 2010

cerita kini.

bismillah walhamdulillah.

masih dipanjangkan umur untuk terus menaip.
lama sudah tak menaiktarafkan ruangan peribadi yang awam ni.
special thanks untuk sahabat tercinta; nurul anis amira sebab mengingatkan yang aku dah lama tak berkongsi cerita baru.

yepp. cerita 2010; sebagai seorang lepasan sekolah yang dah jadi sebahagian masyarakat luar yang baru cuba utk adapt dengan dunia baru.


untuk kauorang yg masih sudi jenguk-jenguk blog usang nii, ada baaanyakk sangat yang aku nak cerita..
tapi; kat mana nak mula yerr..?

*thinking*thinking*

ok lah. sebab aku tergolong dalam mereka yg dah tak dapat duit poket
mingguan lagi, aku nak cerita pasal kerjaya aku sekarang. uicehh..kerjaya~haha..

currently; aku bekerja. kat satu restoran. keputusan dibuat den
gan muktamad lepas aku dapat rasa ke-kosong-bosan-sunyi-an tinggal kat rumah sorangsorang. lebih kurang 2 minggu lepas habis SPM.
2 minggu jee.. dan aku dah mula rasa tertekan duduk rumah. duit pun takde.
rutin; memasak, basuh baju, kemas rumah, etc.etc.
dan dapat jugak la memuhasabah diri ttg pengorbanan mak dan surirumah yang lain.
no wonder la surirumah banyak tauu cerita2 kat tv en?
okok . cerita kerja. em, setakat ni aku boleh je bertahan kerja kat situ.
masuk 7pg, abis 3ptg@ shif 2ptg sampai 11mlm. suke hati la manager aku tuu nk susun jadual.
penat?alhmdulillah, masih boleh teruskan.solat, makan takde masalah. baju pun tak payah tuck in. kerja2 yg kene tuck in baju mmg aku boikott.alhamdulillah lagi sekali dan byk kali. maybe sebab manager dia melayu.


em.
aku dah jalankan tanggungjawab. tp, belum tamat. mungkin ini lah dunia luar yg diperkatakan, en? ini baru sikit. memang tujuan aku utk bekerja; utk k
enal manusia.
haha. dapat dahh depaan mata. nak ape lagi? kata yann, dah bermula pun tugas kita berdakwah. cuma bila sampai tahap ni, kita akan jadi serbataktahu nak buat apa. nak serahkan pada presiden badar kah?atauu berbincang dengan mr. presiden tentang masalah akhlak?err..atauu peranan PRS ??
haihh.zaman lepas tangan utk berdakwah dahh berakhir. baru aku tersedarr.
ada sesiapa boleh tolong aku?kerana aku sedang berdepan dengan mereka yang selalu kita panggil; budak luar.


------****-----

mungkin aku kolot. tapi, aku tak akan ubah pendirian kolot ni semata-mata supaya aku dapat diterima mereka; dunia luar. lagilagi aku nii memang jenis yang lemah semangat&iman sikit.
habis sekolah, tergendala sudah aktiviti2 kerohanian aku. *astaghfirullahalazimm*
halaqah jomm!


^snoo-g's, rinduu kauorang jugak.^


,
.ecahz.

Wednesday, January 13, 2010