Sunday, December 22, 2013

Sooner.



Kau tahu apa maksud bila tabs dibuka semaksima mungkin?

Maksud dia, orang tu jenis tak fokus.


Dan,
apa signifikan muat turun koleksi kertas peperiksaan sambil men-Google 'Things to do in Manchester?'

Maksudnya exam dah nak dekat
tapi tak reti-reti nak fokus dulu baru fikir pasal benda lain.



Omai Subhanallah.

Aku dah tak boleh berfikir secara waras.


---------------------***-------------------

Kau tunggu jela.
Harus blog ni akan jadi mirip Fatin Liyana.




Sunday, December 15, 2013

Bismillah. 

Sehingga umur 21,
sekarang baru aku berdepan betul-betul
dengan manusia yang sudah putus harap dengan kehidupan. 

Selama ni aku dengar cerita / drama je. 

Dan dalam realiti, 
rupanya menakutkan.


Aku fikir, 
itulah agaknya aku. 

Aku terus begini. 

Wednesday, December 11, 2013

Ki

Syauqi Mahyuddin. Coki.
Kawan Mimi.

Tak ada kaitan secara langsung dengan aku.
Bukan kawan sekolah.
Bukan kawan kolej.
Bukan kawan UiTM.
Bukan.




Tapi kerana dia,
Buat Mimi tersenyum semula
aku rasa dia adalah sebahagian orang yang aku terima dalam hidup aku.

Cuma dua kali aku pernah berjumpa dia.

Konvo Mimi.
Dan konvo aku.
Ironi kan?


Memang jarang aku bertegur dia.
Kalau berjumpa depan pun, tak tahu nak bualkan apa.
Sebab dia budak Art Design.
Aku rasa aku tak cukup cool.

Sampai dia pernah kata,
"Cece ni, depan-depan malu"

Mimi banyak cerita pasal dia.
Pasal mereka.
Aku tahu, Coki ni baik.
Tapi aku masih tak tahu nak bagaimana bila jumpa Coki.

--------------------------------------------

Cuma itu rupanya kenangan aku dengan empunya samaran bernama Coki.

Seperti kata kawan-kawan dia,
tugas Coki kat dunia ni dah habis.

Dan sejak hari aku terima berita kemalangan dia,
baru aku cuba 'kenal' siapa Coki.

Kau pernah dengar,
'The man who decided to change on 12th hour dies on 11th'?

Aku rasa itu kisah Coki.
Mungkin sebab itu,
senyuman terakhir itu la yang dia tinggalkan untuk ahli keluarga dan sahabat handai
supaya mereka berlapang dada.

Dan, terima kasih.
Kau ajar aku,
untuk bersihkan laman sosial aku.
Untuk peringatan yang mati itu datang tak diduga.

Moga baik untuk kau, Coki.

Aku menulis bukan kerana aku tak akan mati.

Aku menulis kerana kau, orang asing.
Yang datang entah dari mana,
membahagiakan kawan aku yang pernah jatuh.
Yang tak pernah janjikan dia perkara manis.
Cuma usaha yang diletak untuk halalkan hubungan kalian.

Itu aku respek.

Moga baik untuk kau, Coki.
Moga baik untuk kita semua.

Terima kasih Allah.
Untuk pernah hidupnya manusia bernama Syauqi.





Sunday, December 8, 2013

Kimia.

Bismillah walhamdulillah.

Selalu terjadi.
Hati terdetik, terbayang insan-insan yang aku rindu.
Seminit kemudian, dapat mesej atau panggilan daripada mereka.

Nikmat kasih sayang dan cinta apakah ini?
Sekadar getar rasa,
Jua masih sampai kepada empunya.

Subhanallah. Terima kasih Allah.

---------------***---------------

'Kalau tak tahu, adik tanya la pada kawan-kawan.'
'Jangan biar ada rasa --aku tak pandai. Diorang pandai. Ilmu tu kan kena usaha dicari.'

Aku nak biasakan call mak ayah dulu.
Tapi bila aku rasa down, aku tak nak call diorang.
Sebab aku takut aku nangis.
Aku tak dibiasakan nangis depan mak ayah.
Maleww iteww wak. Lulz muntah.

Cerita benar; aku memang tengah down tengok bebudak akaun ni laju buat kira-kira.
Terasa macam haru betul hidup ambil akaun tapi
tak faham cerita apa diorang tengah cakap. Padahal assignment tu.
Aku jalan la sorang-sorang macam biasa, mengenang nasib.
Mengenang nak quit.
Mengenang atas sebab apa aku pilih jalan ini.

Banyak kali dah la suntik kata semangat sendiri.
Semacam tak menjadi.

Dan kemudian ayah telefon.
Memberi nasihat; yang menjawab semua kegelisahan dan persoalan aku.

Seriously, I was like ; whattttt? Who told you all the things that I feel right now?

Allah mudahkan aku.
Allah mudahkan mereka yang sama rasa dengan aku.
Allah mudahkan kami umat manusia.
Yang setiap langkah ini hakikatnya;
langkah untuk bertemu dengan-Mu.


Ada rezeki, bulan 1aku terbang.
Terus doa pliz.