Monday, April 19, 2010

di sebalik tabir..Majlis Graduasi 2009

bismillah walhamdulillah.

pejam celik,duduk bangun, pergi balik, tenang kalut..majlis graduasi dah pun selamat&selesai diadakan.
mungkin agak terlewat majlis ni, tapi berbaloi sebab bagi aku, ini majlis terakhir yang kami uruskan sebelum betul-betul digelar;  ALUMNI.
jadi, mari aku hidangkan gambar-gambar di sebalik tabir majlis ni.mari, mari..

 
mula dalam pukul 12 tengahari. warm up baru.




petang&malam, baru kerja kuat..
cari ape tu? yang bawah ni eh?







tadaaa~dah jumpe..
hahah..



bahagian paling susah&paling lambat siap, backdrop.
 
 
 

hasil;



ini dia team pukul 8+++ pagi.







semua orang bekerja keras dalam memastikan majlis ni nampak gah&berjalan lancar. namun, tanpa mereka, tak mungkin majlis graduasi tetap dijalankan. mereka ketua perempuan terbest yang aku pernah ada.

ketua backdrop;


ketua batch;

dan ketua segala ketua;
kalau tak ada dia dan semangatnya, tak akan ada majlis grad ni.









terima kasih tak terhingga untuk sekalian rakyat tingkatan 5 2009 yang turut membantu menjayakan drama 'Di Sebalik Tabir..Majlis Graduasi 2009' ini sama ada secara langsung atau pun tidak.
gambar-gambar yang dipamerkan hanyalah imiginasi nyata penulis.tidak ada unsur-unsur racist.harap maklum






oh ya, atas permintaan, saya ingin perkenalkan, jurufotogedik yang tak bertauliah
sepanjang drama ini;
 kepada sesiapa memerlukan khidmat beliau, boleh hubungi saya. ;D



-to be continued-

Sunday, April 11, 2010

kita ni 'nobody'

bismillah walhamdulillah.


sebelum buka ceritabiasa, aku nak refresh kauorang dengan dua cerita yang mungkin kauorang dah baca pun.


maaflah, aku bukan nak bercerita pasal artis ye. tapi, nak kaitkan juga dengan hidup kita yang sebenarnya tak lari daripada kesilapan yang sama.

kalau dilihat dengan teliti, kedua-dua contoh yang aku bagi tu, ialah penulisan yang penuh dengan emosi. tulisan yang kononnya nak ditujukan pada si polan dan si polan. pada hakikatnya, luahan rasa benci tu jadi tarikan pada orang sekeliling. yang tak pernah terlibat pun cuba-cuba untuk ikut sama.

si penulis; nak luahkan rasa tak senang pada individu.masalah biasanya terjadi kerana salah faham. SALAH FAHAM.
Rafiqin tak kenal pun siapa Din Beramboi dan cara arwah berlawak. jadi dia dah salah faham.
Faisal tak tahu masalah Umie Aida pasal baju dia dan lain-lain. jadi dia dah salah faham.
kita selalu bergaduh kerana sesuatu perkara. punca utama, salah faham.

bila dah salah faham, ditambah dengan mulut orang sekeliling yang tak sepatutnya terlibat sekalipun, perkara akan jadi besar. aku selalu sangat dengar, 'aku memang sabar. TAPI,sabar aku ada tahapnya'.
aku pun selalu cakap macam tu. alasan untuk nak kata yang kita ni boleh je sabar yang berTAPI. habis, bila kesabaran tu dah lepasi tahap, kita ada alasan ke untuk marah tanpa tahap? haa. sila fahamkan ayat aku.hehe.
keluar segala carut-maki-hamun-semak-samun-penyamun kita tu? hilang sudah ayat-ayat cinta elok. semua perkataan jadi pendek sokmo, sebab tak cukup nafas nak luahkan rasa marah bile menaip. @#$%^&!
sederet simbol pun boleh tunjukkan tahap marah kita kan?

kauorang, aku nak nasihat ni.

' janganlah marah macam kita tak bertuhan'
Allah Maha Lemah-lembut. sekalipun Allah nak marah, Dia bagi hint dulu apa yang menyebabkan Dia marah. kita dah buat maksiat macam-macam.solat lambat, cakap kasar kat mak ayah, tak jaga habluminannas,a hoohaa pagi petang malam.. tapi, ada ke Allah bagi hukuman direct? pada aku, takde. ada sikit-sikit tu supaya tak lupa nak ingat Dia. kalau dalam Nota Cinta yang Allah bagi kita tu, nak 'warning' pun guna ayat-ayat manis.sejuk je hati nak baca. zzupp, memang menusuk kalbu.


'janganlah marah macam kita tak bertuhan'
sabar ya. sekali kita marah, orang-orang sekeliling mula nak menokok tambah bagi sedap cerita. berapi macam maggi perisa kari. nak contoh lagi? hah, baca je komen-komen untuk dua cerita kat atas tadi. yang takde kaitan pula nak buat macam-macam. sepak, bunuh, pukul. mak aih, gengster benar. niat dah baik; nak membetulkan. cara tu yang salah.

'janganlah marah macam kita tak bertuhan'
kalau macam ni punya rapuh hubungan saudara kita, tak payah orang kafir susah-susah laksanakan 5S. nyalakan mancis SALAH FAHAM pun, dah boleh menyala-nyala api KEMARAHAN kita. jangan ikut emosi, boleh mati memakan diri.
kita siap-siap nak bersinsing lengan, diaorang dah ketawa kemenangan.
marah sikit-sikit dah la. lepas tu maafkan. ambil syarat untuk jadi manusia normal je.
ok?


"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, 
tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik(kepada orang yang berbuat jahat)
maka pahalanya daripada Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim"
 [asy-syura:40]



 akhir kata,
jangan marah macam kita tak bertuhan okay?

Tuesday, April 6, 2010

masterpiece sekali seumur hidup ;))





geledah-geledah folder lama, terjumpa hasil kreatif budak umur 15 tahun.
masa ni baru habis pmr rasanya.
nak pass pada pelakon-pelakon utama yang ada dalam video ni. nahh. ;))

*aku segan nak letak dalam fb. terlalu..er.terbuka.*

Sunday, April 4, 2010

saya dah pencen!

salam.

olla!
dah lebih kurang seminggu aku rehat di rumah.resign rabu yang lalu.nak rehat pulak. menikmati sisa cuti sekolah yang berbaki beberapa bulan lagi. boleh je kalau nak teruskan kerja tu. tapi, semakin hari bekerja, semakin banyak pula keinginan datang selain merutin -maksudnya, buat kerja rutin laa.. selagi ada pilihan, kita pilih la kan?

sekarang, dah aktif kan balik fesbuk tu.best? entah. aku layan game je. dan aku dapati semua game tu amat berbahaya untuk masa depan dan masa belakang aku. aduh, macam kena delete balik je.fesbuk, medium terbaik untuk terus berkomunikasi dengan member-member yang sudah bagai kacang lupakan kulit. wawawaa~

aku sekarang tengah improve skill memasak. nak jadi sefleksibel najhan kat dapur. haha. kecoh je kan? biar ar. aku bagitau je. nanti kauorang tanya-tanya jugak.
setiap hari, habit aku; cari resepi baru kat laman web dan blog orang.lepas tu mencuba. memang seronok. inilah antara faktor aku berhenti kerja. pengalaman bekerja dah ada.sekarang nak 'mangkreng'kan syarat jadi wanita melayu pulak. baking2, buat puding..hoho.saye jeles dengan naje. kauorang patut tengok cerita julie&julia. memasak untuk mencuba dan menulis untuk berkongsi. aku diinspirasi dari cerita tu lah. :))

hujung minggu, tunggu panggilan kalau-kalau ada program kat rebutia. yep, itu minat jugee.


apa yang kauorang ade tapi saya belum ada? ehemm. lesen. 
ok sudah. rasa tercece ni.