bismillah walhamdulillah.
sebelum buka ceritabiasa, aku nak refresh kauorang dengan dua cerita yang mungkin kauorang dah baca pun.
maaflah, aku bukan nak bercerita pasal artis ye. tapi, nak kaitkan juga dengan hidup kita yang sebenarnya tak lari daripada kesilapan yang sama.
kalau dilihat dengan teliti, kedua-dua contoh yang aku bagi tu, ialah penulisan yang penuh dengan emosi. tulisan yang kononnya nak ditujukan pada si polan dan si polan. pada hakikatnya, luahan rasa benci tu jadi tarikan pada orang sekeliling. yang tak pernah terlibat pun cuba-cuba untuk ikut sama.
si penulis; nak luahkan rasa tak senang pada individu.masalah biasanya terjadi kerana salah faham. SALAH FAHAM.
Rafiqin tak kenal pun siapa Din Beramboi dan cara arwah berlawak. jadi dia dah salah faham.
Faisal tak tahu masalah Umie Aida pasal baju dia dan lain-lain. jadi dia dah salah faham.
kita selalu bergaduh kerana sesuatu perkara. punca utama, salah faham.
bila dah salah faham, ditambah dengan mulut orang sekeliling yang tak sepatutnya terlibat sekalipun, perkara akan jadi besar. aku selalu sangat dengar, 'aku memang sabar. TAPI,sabar aku ada tahapnya'.
aku pun selalu cakap macam tu. alasan untuk nak kata yang kita ni boleh je sabar yang berTAPI. habis, bila kesabaran tu dah lepasi tahap, kita ada alasan ke untuk marah tanpa tahap? haa. sila fahamkan ayat aku.hehe.
keluar segala carut-maki-hamun-semak-samun-penyamun kita tu? hilang sudah ayat-ayat cinta elok. semua perkataan jadi pendek sokmo, sebab tak cukup nafas nak luahkan rasa marah bile menaip. @#$%^&!
sederet simbol pun boleh tunjukkan tahap marah kita kan?
kauorang, aku nak nasihat ni.
' janganlah marah macam kita tak bertuhan'
Allah Maha Lemah-lembut. sekalipun Allah nak marah, Dia bagi hint dulu apa yang menyebabkan Dia marah. kita dah buat maksiat macam-macam.solat lambat, cakap kasar kat mak ayah, tak jaga habluminannas,a hoohaa pagi petang malam.. tapi, ada ke Allah bagi hukuman direct? pada aku, takde. ada sikit-sikit tu supaya tak lupa nak ingat Dia. kalau dalam Nota Cinta yang Allah bagi kita tu, nak 'warning' pun guna ayat-ayat manis.sejuk je hati nak baca. zzupp, memang menusuk kalbu.
'janganlah marah macam kita tak bertuhan'
sabar ya. sekali kita marah, orang-orang sekeliling mula nak menokok tambah bagi sedap cerita. berapi macam maggi perisa kari. nak contoh lagi? hah, baca je komen-komen untuk dua cerita kat atas tadi. yang takde kaitan pula nak buat macam-macam. sepak, bunuh, pukul. mak aih, gengster benar. niat dah baik; nak membetulkan. cara tu yang salah.
'janganlah marah macam kita tak bertuhan'
kalau macam ni punya rapuh hubungan saudara kita, tak payah orang kafir susah-susah laksanakan 5S. nyalakan mancis SALAH FAHAM pun, dah boleh menyala-nyala api KEMARAHAN kita. jangan ikut emosi, boleh mati memakan diri.
kita siap-siap nak bersinsing lengan, diaorang dah ketawa kemenangan.
marah sikit-sikit dah la. lepas tu maafkan. ambil syarat untuk jadi manusia normal je.
ok?
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal,
tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik(kepada orang yang berbuat jahat),
maka pahalanya daripada Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim"
[asy-syura:40]
akhir kata,
jangan marah macam kita tak bertuhan okay?
No comments:
Post a Comment