Thursday, June 13, 2013

Tentang iman

Bismillah.

Soalan bila bersama dengan rakan SMAKL waktu duduk bersama, beriman sejenak.

'Bila waktu yang Ce rasa mampu membasahkan hati?'

Mari jujur tanya pada diri.


Ok, ini mungkin jawapan pada saat ini. Saat fikrah aku tak sekuat mana.
Yang mungkin pada masa depan aku baca balik entri ni, aku akan geleng kepala mengenangkan lemahnya pendirian.

Aku jarang pergi usrah.
Jawapan kepada soalan, 'apa khabar iman' yang sahabat SMAKL selalu tanya.
Kondisi iman selalu turun naik.
Selalu berkehendak yang menurut nafsu.
Mahukan dunia dan seisinya yang sementara.
Selalu lah rasa macam tu.


Tapi alhamdulillah, kalau dah sampai limit, Allah bagi signal
Bila aku banyak dah menyimpang, Allah campakkan rasa..
'Ini kan dunia je.'
'Kalau kiamat esok, sia-sia je'
'Manusia yang kau minat tu pun nanti kena hisab jugak'.
'Kat padang mahsyar nanti bukan baju warna striking tu yang kau nak pakai'

You know, things like that.
Anti-klimaks la orang kata.
Alhamdulillah aku mampu mematikan nafsu dengan cara begitu.

Berbalik kepada soalan how bagaimana tu,
aku rasa.. hati dan minda separa sedar aku selalu terjentik bila
aku memerhati manusia.

People watching katanya. Bukan stalking.

Contohnya, aku berada di KLCC.
Aku nampak,
ramai anak muda berpasangan belum halal dok melepak melepek kat situ.
Aku boleh cakap, mungkin mereka tak tahu.
Dalam masa yang sama, aku nampak
satu kumpulan anak muda soleh solehah baya aku tengah gigih berdakwah
pada grup di atas.

Terisi hati .
Sebab aku akan persoal diri sendiri,
'Tahap kau di mana Aisyah?'



Atau contoh dua,
aku minat Izzue Islam dengan Beto Kusyairy katakan.
Tak yah katakan la. Aku memang minat diorang pun.
Bila tengok lakonan yang sweet tahap kencing manis
mungkin reaksi biasa akan jadi 'Wahhhhhhhhhhhh~~~'. Melembik macam bubur.

Kadang-kadang Allah akan bagi rasa,
diorang manusia jugak. Kau suka diorang
sebab diorang keluar tv je.
Nanti kat padang mahsyar, kau akan bersama dengan orang yang cinta.

Rasanya,
mahu lagi ke melampau-lampau curahkan cinta kita pada manusia biasa kalau kau tahu hakikat sebenar?








Insya-Allah,
itu la cara aku membasahkan hati.
Rebel, menjadi anti-klimaks.

Jadi pemerhati satu hal.
Menaip di blog perkara mudah.
Update status juga sekelip mata.

Cuba turun ke medan, di mana agaknya tahap kita?
Aku.

No comments: