Tuesday, June 25, 2013



Jujurnya,
aku memang menanti Julai.

A homecoming.
With a hope,
to get the answer.




"Zaman bujang ni macam puasa lah.
beza dia ialah kita tak tahu bila berbuka.
kita plan je, tapi mungkin kita boleh 'terlajak' even before kita berbuka (kahwin). "


...........................

"Basuh pinggan bosan, Ummi masih boleh tolong.

Tapi jika zaujah bosan dengan kita,
siapa nak tolong jika bukan diri sendiri?"


-Afiq Sazlan-


Admire betul dengan nukilan-nukilan Afiq ni.

And yes,
lepas aku pergi program Neuro-Linguistic Programming(NLP) hari tu
baru aku tau
yang aku ni ada karakter - tahap fokus yang rendah.
Cepat bosan.

Tak ke bahaya nak gamble hidup orang lain?

Glad to know that.
Kalau member sendiri,
sebaya, satu sekolah,
sama gelak sama jatuh,
terlibat dalam kemalangan
keguguran anak dalam kandungan yang dah
lapan bulan

patutnya nak rasa apa?

Innalillahi wainna ilahi roji'un.


Tak.
Bukan kawan aku.
Tapi rasa macam dekat.
Mungkin sebab sebaya kot.

******************

Lately aku rasa macam terlalu banyak isu yang keluar kat newsfeed.
Jerebu,
Syria dan Syiah,
Jong Kook,
Palestin,
SMAKL --eh sekolah pun jadi isu ke?
Hadis entah mana-mana dipetik.

And new issues keep come and go without knowing
whether there are any solutions and had been settled clearly or not.

Suka kan,
timbulkan isu,
share sana, share sini.
Bergaduh di tabloid.

Paling koman konon taknak mencetuskan perbalahan
masih tinggalkan jejak,
'Sit back, relax and just enjoy the popcorn'.

Itu namanya retorik.
Bergebang.



Jangan kita terlibat,
bergaduh dalam hal cabang.

Percayalah,
mempertahankan pendapat dalam media sosial
untuk perkara sia-sia
hanya membuang masa.

Dan paling teruk sekali
bergaduh dengan ahli akademik dan tokoh agama
dengan ilmu yang kita cuma cedok daripada internet.
Perghh .


Jika para nabi guna kaedah itu untuk sebarkan dakwah,
hanya burung merpati akan jadi perantara.



Akidah itu dasar. Akhlak permukaannya.
Mari kita belajar.
Mari kita sama-sama,
satu hari,
cuba kikiskan satu perkara jahiliyyah yang kita patut tinggalkan.

Perkara jahiliyyah yang menjadi antara tanda-tanda kiamat.



Thursday, June 13, 2013

Tentang iman

Bismillah.

Soalan bila bersama dengan rakan SMAKL waktu duduk bersama, beriman sejenak.

'Bila waktu yang Ce rasa mampu membasahkan hati?'

Mari jujur tanya pada diri.


Ok, ini mungkin jawapan pada saat ini. Saat fikrah aku tak sekuat mana.
Yang mungkin pada masa depan aku baca balik entri ni, aku akan geleng kepala mengenangkan lemahnya pendirian.

Aku jarang pergi usrah.
Jawapan kepada soalan, 'apa khabar iman' yang sahabat SMAKL selalu tanya.
Kondisi iman selalu turun naik.
Selalu berkehendak yang menurut nafsu.
Mahukan dunia dan seisinya yang sementara.
Selalu lah rasa macam tu.


Tapi alhamdulillah, kalau dah sampai limit, Allah bagi signal
Bila aku banyak dah menyimpang, Allah campakkan rasa..
'Ini kan dunia je.'
'Kalau kiamat esok, sia-sia je'
'Manusia yang kau minat tu pun nanti kena hisab jugak'.
'Kat padang mahsyar nanti bukan baju warna striking tu yang kau nak pakai'

You know, things like that.
Anti-klimaks la orang kata.
Alhamdulillah aku mampu mematikan nafsu dengan cara begitu.

Berbalik kepada soalan how bagaimana tu,
aku rasa.. hati dan minda separa sedar aku selalu terjentik bila
aku memerhati manusia.

People watching katanya. Bukan stalking.

Contohnya, aku berada di KLCC.
Aku nampak,
ramai anak muda berpasangan belum halal dok melepak melepek kat situ.
Aku boleh cakap, mungkin mereka tak tahu.
Dalam masa yang sama, aku nampak
satu kumpulan anak muda soleh solehah baya aku tengah gigih berdakwah
pada grup di atas.

Terisi hati .
Sebab aku akan persoal diri sendiri,
'Tahap kau di mana Aisyah?'



Atau contoh dua,
aku minat Izzue Islam dengan Beto Kusyairy katakan.
Tak yah katakan la. Aku memang minat diorang pun.
Bila tengok lakonan yang sweet tahap kencing manis
mungkin reaksi biasa akan jadi 'Wahhhhhhhhhhhh~~~'. Melembik macam bubur.

Kadang-kadang Allah akan bagi rasa,
diorang manusia jugak. Kau suka diorang
sebab diorang keluar tv je.
Nanti kat padang mahsyar, kau akan bersama dengan orang yang cinta.

Rasanya,
mahu lagi ke melampau-lampau curahkan cinta kita pada manusia biasa kalau kau tahu hakikat sebenar?








Insya-Allah,
itu la cara aku membasahkan hati.
Rebel, menjadi anti-klimaks.

Jadi pemerhati satu hal.
Menaip di blog perkara mudah.
Update status juga sekelip mata.

Cuba turun ke medan, di mana agaknya tahap kita?
Aku.

Sunday, June 9, 2013

random

'Aku rindu la kat kau'
 
 
 
'Rindu kau juga.'

'Doa tu penyebar rindu kan?'





Dengan dia sahaja,
bila aku kata aku rindu,
rindunya sungguh-sungguh.

Dengan dia sahaja,
aku tahu
aku tak ragu berkongsi cerita tentang gerabak DnT.
 
Dengan dia sahaja,
bila aku rasa jiwa ni hilang
aku pasti boleh temui pada dia.


Biarlah,
dia ada sahabat sejati pun.
Orang penceria, berilmu
mesti ramai pencinta kan.
 
 
Aku rindu la kau In.
 
 
 
Cari, Aisyah. Cari.
Jangan pernah berhenti.