Monday, October 22, 2012

monolog #5

Satu ketika,
andai ku lihat tanda itu berubah
tahulah aku
rasa itu kian pudar

Pernahkah kamu dengar kisah cemburu Aisyah Humaira'?

Malangnya, beda sungguh diri dengan srikandi tercinta.
Biar hanya serpihan, mudahan masih ada yang diwarisi.

Sunday, October 21, 2012

Aku berbicara tentang politik.

 Lepas habis exam Jumaat lepas, patut boleh balik rumah dah.
Tapi budak sem 4 & 5 masih terkandas di Kuala Lumpur untuk Kemahiran Insaniah.
 
Sejak sem 1, dengar ada Insaniah je memang bising tak pasal. Rasa hak cuti 2 hari yang indah telah diragut dengan kejam. Er aku ada rasa macam tu la. Awal pagi sebelum nak pergi kolej, siap hentak-hentak lagi kaki tanda protes. Tapi buat depan member la. Apa halkah mahu berkelakuan begitu depan pensyarah? Buruk perangai.
 
 
However, at the end of the program, I was very happy. Dapat baaaanyak input, baaaaaanyak benda yang aku belajar. Ini pengakuan tanpa nada sinis.
 
Ini modul sem 4 & 5, jadi isi yang dibawa lebih bermakna. Hari Sabtu, ada talk tentang kesedaran untuk mengundi. Mungkin sebab pensyarah yang bagi talk ni bagus, jadi aku dapat grab point yang dia nak cuba sampaikan, iaitu jalankan tanggungjawab sebagai rakyat, pergi mengundi.


Beliau the pensyarah cerita, satu pengalaman beliau waktu belajar di luar negara.
Waktu kat luar negara, dia pernah jadi presiden kelab untuk 40 orang pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

      Tamat pengajian, salah satu pelajar bukan Islam mencadangkan parti tari-menari dan mahu ada arak.
Sebagai presiden, dia nak cuba berlaku adil. Jadi dia adakan undian, dengan harapan bilangan pelajar Melayu yang ramai akan menjadikan cadangan tu tidak berjaya untuk dilaksana.

Undian terbahagi kepada tiga; tidak bersetuju majlis tari-menari diadakan, bersetuju untuk diadakan dengan syarat tanpa arak dan ketiga menyokong majlis tari-menari bersama arak.
Bila undian dijalankan, keputusannya amat mengecewakan.

10 orang mengundi tidak bersetuju.
10 orang mengundi bersetuju dengan syarat.
20 orang mengundi bersetuju sepenuhnya pada cadangan.

Akhirnya, majlis tari-menari diteruskan dengan adanya arak.
Kata pensyarah tu, dia rasa saaaangat berdosa. Begitulah, beratnya amanah sebagai pemimpin.
Dia sambung, oleh itu, dia berharap sangat orang Melayu tidak berpecah, apatah lagi sebagai Muslim. Berdasarkan cerita dia, aku faham bahawa setiap manusia mahu kebaikan. Cuma sedikit perbezaan dalam hal yang kita pandang remeh terutamanya dalam bab agama, boleh bawa kemudaratan.
 


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59]


   I used to choose not to get involve with those politics thingy. Menyesakkan dada untuk baca segala propaganda. Aku tahu, orang selalu kata politik sekarang busuk. Semuanya berpunca hati yang busuk juga. Oh ya, dan mulut-mulut busuk yang membusukkan politik. Ah, busuk blog aku.

   Alhamdulillah, ilmu yang dikongsi pensyarah tu membuka mata. Memahami politik bukan bermaksud kita perlu jadi ahli politik. Jika bukan kerana negara sekalipun, aku perlu sedikit sebanyak tahu, demi agama.



Katakanlah dalam PRU 13 akan datang ni, kawasan yang aku layak mengundi mempertandingkan calon beragama Islam dan tidak beragama Islam. Oleh kerana aku memilih untuk tidak mengundi atau buat undi rosak, calon beragama Islam kalah tipis pada lawannya. Ini bukan soal kaum lagi apabila lebih banyak pub, disko dan elemen hiburan dibawa masuk dalam kawasan aku. Pub, memang tidak bernyawa di pagi hari. Waktu malam, meriahnya yang amat. Bersepah-sepah botol arak. Macam-macam perkara boleh berlaku, termasuk keselamatan orang sekeliling. Boleh jadi penyumbang kepada masalah sosial yang kita baca dalam media. Ye, aku tengah terbayang area Shamelin yang seperti cendawan tumbuhnya pub. Depan kolej aku, kau tahu.
Faktornya? Kita gagal memilih pemimpin yang mampu menggunakan kuasa untuk amar makruf nahi munkar. Bukan tiada pilihan. Tetapi, balik kepada kita. Kita gagal memilih. Na'udzubillah.


Itulah antara perkara yang aku dapat untuk hari pertama bengkel Insaniah yang aku hentak-hentak kaki tak mahu pergi. Benar sungguh firman Allah yang Maha Mengetahui kan (al-Baqarah:286).


Sudah terasa lain berbicara tentang politik. :/



 
 

Friday, October 19, 2012

Ada rutin yang aku rindu. Tiba-tiba je muncul.
Apa dia sebenarnya?

Facebook? Tak. Hidup rasa tenang tak tengok FB. Tapi ada beberapa keperluan di situ.
Main game? Tengok movie? Semua tu aku jarang jadikan habit.

Tadi ternampak update aktiviti oleh Rebutia D'Perkasa.
Oh, aku sangat rindu aktiviti-aktiviti sukarela rupanya.
Gian nak berlasak masuk hutan. Seronok nak berjumpa puluhan manusia berbeza latar belakang.
Team, yang ajar aku begitu begini.

Itu je.
Aku rindu Rebutia. Dah lama tak dengar perkongsian Poknik.

Monday, October 15, 2012

Ceritanya, musim exam memang selalu ada banyak benda nak dicerita, banyak benda nak dibuat seperti; main game Plant v Zombie sebab nak tahu berapa banyak zombie yang dia simpan.
Lagha sungguh hoi. Kalau ada semangat begitu membedah buku-buku ilmiah kan bagus. ohoi.

Jadi hari ni, 3 hari sebelum paper terakhir berbekalkan broadband kakak yang tak sepatutnya aku pinjam minggu exam, aku pun berjalan-jalan ke blog tipikal yang aku selalu pergi. Blog warga smakl itu mesti.

Saff, Kak Juma. Ini lagi dua manusia kalau aku ada kenderaan, dengan segera aku ke UIA masing-masing. Kak Juma ni, dah berapa lama tak ketemu. Bertahun kot. Tak tipu, memang bertahun. Belum rezeki. Jadi plannya, lepas habis exam nak ber-bas ke UIA. Jumpa dan balik. Tak ada dah sambutan hari jadi sesiapa. (note: Indah Athirah)

Ye, paper terakhir untuk semester ni ialah FAR300.
Harapan?
Mungkin harapan tu ada kalau aku mula basuh baju, sidai dan study sekarang.


Matlamat kembara lepas exam; uia gombak uitm shah alam.
Musyrif? tiada. Heheh.

Saturday, October 13, 2012

Cinta doa Rabitah.

Bismillah.


Mode: Cinta doa Rabitah.

Kalau kita rasa kita ada ramai musuh,
orang yang tak suka kita,
kita rasa tak suka dengan orang,
orang tak sayang kita,
atau kita tak mampu nak tunjukkan kasih sayang pada orang,

wujudkanlah nama dan imej mereka dalam doa Rabitah kita.


Moga Allah jadikan kita hamba yang mencintai Dia,
juga mencintai hamba-hamba lain yang mencintai Dia.


Intisari maksud doa rabitah:
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-
(Sifat-sifat Hati)
  • berkumpul kerana mengasihiMu,
  • bertemu kerana mematuhi perintahMu,
  • bersatu memikul beban dakwahMu,
  • hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
(Didikan Hati)
  • maka eratkanlah ikatannya,
  • kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
  • tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;
(Bekalan Hati)
  • penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
  • lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
  • dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;
(Amalan Hati)
  • suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
  • jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

-sumber


 
Sindiran,
walaupun terpanah tepat pada sasaran,
walaupun berputik rasa puas,
akan ada bekas yang ditinggalkan.

Tidak selamanya akan berkesan.




 
Cinta SMAKL.