Saturday, September 22, 2012

Hint.

Bismillah.

Since weeks ago, there were too many conversations that gave hint and encouragement to further my study abroad. It happened that I'm quite disspointed with my CGPA and wanted to think about the dream no more.

Mungkin banyak kesalahan tatabahasa dalam mukadimah.
Ayuh beralih bahasa.

Shiraz, bakal ANC 2012;
 'Syah kau taknak fly ke? Madam Alinda mentioned nama kau kot'. Terharu.

Madam Alinda, mantan koordinator UiTM-KPTM; 'Aisyah! What's your current CGPA? Work hard and you going to make it!'  Nafas berat.

Kak Izzati Salwazi, penerima ANC dan akan fly ke UK;
 'Aisyah boleh buat. Target 2 sem akhir ni. Mungkin hikmahnya kita akan jumpa kat UK nanti.'   Bersemangat.

CikBi, warden merangkap pensyarah merangkap bestfriend; 'Kenapa nak kira-kira target untuk GPA eh? Kenapa tak target 4 flat?'  Pedas.

Mak sedara, 'Hah belajar elok-elok. Moksu dah ready nak hantar awak fly ni.'  Wah.


Dan kata-kata semangat ayah yang tak terhitung banyaknya.
Dan doa tanpa hijab mak yang tak pernah ada dalam pengetahuan aku, tetapi ketenangannya meresap dalam jiwa.
Dan manusia yang memandang aku sebagai sesuatu.

Saat aku rasa tak mampu, Allah hadirkan mereka untuk nafikan.

Aku rasa, fly atau tidak tak penting sekarang.
2 semester terakhir mesti dapatkan yang tercantik.

Aku tahu peperiksaan bukan segalanya.
Cuma, kalau kita mampu peroleh kecemerlangan dalam identiti dan karakter Islami, itu yang paling mahal dalam dunia sekarang.
Ya, kerana itu.




#Readers, kalau ada yang rasa bosan dengan cerita terbang tinggi aku, maafkan aku. Aku akan terus mencoret keinginan aku.
Andai segalanya jadi nyata, nukilan ini yang akan aku buka semula.
Dan andai tidak, sekurang-kurangnya aku tahu aku pernah mencipta angan tinggi. :)



Struggle Week diploma UiTM sudah bermula. Mungkin sebab tu entri ni terhasil .
Semangat ini lain macam.
Semangat seperti semester satu.
Semangat yang halakan ke arah kejayaan.

Amin.
Semua senior KPTM ni akan fly.
Kak Izzati yang tengah. Rupanya dia selalu sakit dulu.
Aku baru tau lepas baca Harian Metro.
 
Dan, Abg Hasyim yang kiri sekali tu .
Heh. Motif sangat.
 

3 comments:

doubleA said...

seriously, nak flyyyy?
jangan tinggalkan aku !



hehe, tak tak.
semoga impian tercapai :)

aisya zainal said...

belum.
baru nak final part 5. :)

Ketua Kelas Ekonomi Negara said...

Doa dari sahabat juga akan menyusuli langkah kamu untuk terbang tinggi.Terbanglah tapi jangan lupa untuk kembali :)

p/s:doakan kami juga yang sedang berjuang disaat yang lain sdg merasa ''graduation day'' itu ^^