Friday, November 18, 2011

sem 4 yang gembira

Aku sudah mahu memanjat tangga ke-4 setelah mendapat semangat yang baik daripada sahabat. Puas aku berfikir bagaimana mahu menterjemahkan 'friendly reminder'? Peringatan yang sangat... kawan? Huhu.
Peringatan tulus ikhlas mungkin paling sesuai jika dialih bahasa. Ya, kawan yang baik memberi peringatan tentang cita-cita yang aku pernah sebut tapi tak letak di hati. Belum benar-benar bersungguh. Itulah, kadang-kadang manusia selalu mengambil serius setiap butir kata yang keluar dari bibir; yang kita sendiri anggap sebagai buih-buih belon sabun. Terbang entah ke mana di bawa angin. Pecah, dan dilupakan. Rupanya buih belon itu diperhatikan dengan teliti organisma sekeliling.


 
Baik.
Jadi, mahu tak mahu aku terus.
Sebab entah dari mana datang roh yang membara ni. Harap-harap momentum kekal hingga akhir garisan.
Aku dapat kelas baru, ahli kelas baru, guru-guru baru. Suasana baru nanti. Ah, gembira.


 

Oh tamat cuti juga aku berpuas hati. Aku dapat laksanakan banyak perkara yang aku mahu. Cuma aku kurang menelaah bahan ilmiah. Aku dah faham makna frasa 'ilmu di dada kian beransur hilang'. Terasa betul. Masuk semester baru ini pula aku rasa banyak yang menanti. Sekalian tanggungjawab yang aku dah bersedia untuk angkat kedua tangan. Sungguhla aku tak mahu untuk sisa-sisa semester ni menanggung dan menjawab lagi perkara sampingan selain belajar.


Aku tanya kamu, bolehkah begitu?

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka dengan semangat kamu.Teruskan.Mari pikul amanah yang diberi dengan sepenuh hati :) .Good luck in new sem .