Wednesday, July 20, 2011

hitam putih



Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ia tidak baik untuk kamu..









.
.
.


Sakit gak eh.

Saturday, July 16, 2011

the chosen one

"Aku ni bukan dikira mad'u ke? Mencari-cari macam budak luar.
"Ish kau pun da'ie jugak.
"Semua yang menyebut kalimah La ila haillallah ialah da'ie."


Lama aku tenung ayat tu.
Aku terlupa tentang hakikat tu sebenarnya. Aku selalu rasa aku dah jadi budak luar.
 Mujur ada sahabat yang ingatkan.

Semua orang pun penda'wah. Pengajak kepada kebenaran. Cuma, tak ramai yang sedar. Tak ramai yang mahu jadi pendakwah. Sebab dalam kepala dah terpahat pendakwah itu nampak sangat outdated.
Siapa punya idealogi ni?

Aku tak pandai nak hurai tentang ni. Takut salah.Takut kena hentam lagi.
Semua benda pun aku dah tak boleh nak hurai.
Junior tanya nak ambil subjek Fizik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pun aku rasa tak tahu apa-apa.


Aku tahu matlamat hidup. Cuma cara nak capai masih berterabur.
Sampai satu tahap, aku rasa peperiksaan tu tak penting pun.
Aku main Facebook, aku cakap dengan kawan. 'Esok aku ada test'.
'Kau ada test esok. Kau tak takut?'
Risau. Tapi tak takut.
Berdebar. Tapi tak takut.

Aku ni, masih manusia ke?
Haha soalan random tapi tak bermaksud nak jadi kufur. Astaghfirullah. Maaf maaf.


9-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-bokeh-heart-give-all

Selalu pandang ke langit, harapkan pelangi.
udara segar berlegar di bumi, sikit pun tak dihargai.





Ramadhan dah nak dekat. Oi teruja teruja.
Baik universiti malaysia ni bagi cuti seminggu. Seronok la saya.

Wednesday, July 13, 2011

kopi dan pasta

Seseorang yang memahami erti keIslamannya,harus melucutkan segala sesuatu dari zaman jahiliyahnya yang telah menjadi kebiasaanya dan berusaha memisahkan dirinya dari suasana tersebut. Dia merasakan,perlunya dia untuk memulakan zaman baru yang bebas dari segala symptom jahiliyahnya dan sangat berhati2 serta waspada supaya tidak berlaku lagi di zaman barunya itu."
"Perubahan itu dari dalam diri.Juga sokongan dari suasana."
Copy daripada kak Juma yang dia copy daripada Syed Anas. Hehe.



Susah nak kenal erti iman bila kita tak kenal karat-karat jahiliyah.-copy daripada Indah.

Banyak kerja mencopy je sekarang. Copy buku ilmiah masuk dalam otak.
Bukan copy assignment. Itu tak baik. Tapi kadang-kadang dimaafkan.

Sebab apa yang nak diluah rasa tak sampai.
Pada siapa pun, tak tahu.
Kalau perempuan, menangis tu nampak okay. Tapi kalau boleh jadi kuat, itu lebih macho.
Mari menjadi macho.

Monday, July 4, 2011

gol

Bangun pagi tak kira la jam berapa, cepat cepat la berdoa supaya hari tu kau jadi manusia.


Pergi kelas, masuk kerja, sarapan pagi, bergelak sakan
Rutin rutin yang selalu buat kita lupa tanya diri 'untuk apa kita hidup'.

Pergi kelas untuk ilmu,
bekerja kerana Allah
bersarapan untuk dapat tenaga
ketawa untuk eratkan silaturrahim.
itu kata orang

Tapi betul ke kau fikir macam tu setiap kali?

atau saja kau rasa
pergi kelas untuk keputusan bagus dan naik pentas
bekerja untuk dapat duit supaya survive dalam dunia ekonomi yang gila ni
bersarapan sekadar nak bercerita kedai kopi
dan ketawa itu.. ekspresi diri.


Murahnya nilai hidup ni kalau kau pilih manusia dan material
Kau mungkin tak akan nampak perkara lain selain kepuasan
Yang pada satu tahap,
kau sendiri rasa lelah untuk penuhi kepuasan yang kau kejar.
Kau tak akan mampu.



Cari keindahan hidup, kawan.
Bukan kepuasan.

Sunday, July 3, 2011

lapang

Assalamualaikum.

Curi masa kejap.
Kata lecturer aku, tak baik mencuri. Berdosa.
Lepas tu aku jawab, 'tanggungjawab yang ada kan melebihi masa. Jadi, kena mencuri juga'.
Heh. Berani je menjawab tapi itu la yang aku baru baca. BARU BACA buku Hassan Al-Banna..
Sebelum ni dengar orang kata je.

Aku suka bila busy yang bukan buat-buat rasa busy. Busy sampai tak study.
Aku suka bila busy. Sebab aku tak ingat pasal benda merepek-repek.
Aku suka bila busy. Sebab aku rasa macam dah matang[?]

Busy untuk memberi pada orang.
Tapi kena seimbang supaya tak abaikan diri sendiri dan masa depan.

Aku baru nak belajar cara hidup macam tu.





Dunia ni makin haru-biru.
Tak payah tanya bila kiamat. Kena tanya apa yang dah disiapkan untuk kiamat.
Itulah. Banyak yang tak siap lagi sebenarnya.

Sibuk sangat hal dunia.

Berhentilah sebarkan fitnah oi. Orang tua perangai kalah budak-budak.