Thursday, June 16, 2011

Merancang pelan

Assalamualaikum.

"We should forget about about our final mission
when we don't even try to think of the first single plan."
-Quote buat sendiri waktu belajar tajuk Management Planning.




Terasa habis bila Madam kata tak payah nak berangan jauh tapi plan pun takde. Cis kat diri sendiri.
Apa mission kamu? What plans that you have? And what steps have you taken?


Ya Allah. Makan dalam betul.

Bukan untuk cerita gebang nak ke London je, tapi untuk semua perkara yang aku impikan dalam hidup ni, semua macam kena format balik bila masuk tajuk planning.

Nak pergi London? Bahagian mana? Ada banyak. Nak tidur bawah jambatan ke?

Nak memanusiakan manusia? Dah jadi manusia ke belum?


Kena mula dari awal.
Planning is the basic and the most important thing in managing resources.
Dan, antara ciri orang yang dah ditarbiyah ialah "Tersusun urusannya."





'Erti hidup pada memberi'

Tapi aku ada satu soalan.
Macam mana nak memberi kalau kita rasa kita tak ada apa-apa?
Aku tak maksudkan material. Benda lain laa.
Tolong aku bagi pendapat.

Monday, June 13, 2011

Subjektif

Member tanya apa pendapat aku tentang rancangan terbaru tajuk 'Ustazah Pilihan'.

Aku tak ada idea langsung macam mana rancangan tu nanti sebab aku tak ada Astro.
Aku suspek rancangan ni ada bau-bau bacang dengan Imam Muda jugak.

Ustazah tu biasa aku guna sebagai istilah merujuk kepada guru-guru perempuan.
Cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu.
Cuma rupanya sekarang kalau nak jadi ustazah kena masuk rancangan. Bukan temuduga macam dulu-dulu.

Bagi aku, kalau bab-bab ketengahkan wanita guna media elektronik dengan alasan cari 'bakat' [bakat apa pun aku taktau], memang respon aku negatif.

Media akan buka peluang besar untuk memanipulasi wanita. Lagi-lagi diorang tahu sekarang pasaran banyak dalam bidang berbentuk keagamaan.

Aku tak suka.

"Oleh itu, kepada wanita yang berkeinginan untuk mengembangkan kebolehan dalam aktiviti dakwah mereka sangat dialu-alukan. "-HM

Dakwah itu bukan tentang bakat. Itu satu tanggungjawab.




Tapi itulah, mana tau ada yang dapat hidayah dengan tengok rancangan tu ke. Mana tau.
Pandangan aku mungkin silap.



Sunday, June 12, 2011

Someday.

Pasar malam.
Budak : Mak, kenapa dia ikat besi kat belon ni?
Mak budak : Sebab dia tak nak belon tu terbang.
Budak : Tapi .. kenapa dia terbang jugak?




kutip
 

Assalamualaikum.

Dulu kan, aku selalu berangan nak jadi doktor. Selalu aku ulang-ulang dalam blog ni.

Dan impian tu masih ada setiap kali aku pergi hospital dan tengok doktor pelatih yang muda yang macho dan cantik. Impian yang dah kabur-kabur tu minat sebenarnya. Bukan cita-cita. Cuma minat pada manusia dan badan manusia untuk dieksperimentasi..

Tapi sekarang kalau aku tengok darah, aku dah meremang. Skill jadi doktor rupanya hilang sedikit demi sedikit bila tak diasah. Menyedihkan.

Dulu bila ada kawan-kawan dapat terbang jauh, aku tak rasa apa pun. Biasa je.
Aku tak ada impian besar macam orang lain .
Kalau orang tanya aku nak jadi apa, aku cuma kata aku nak jadi manusia. Manusia yang bisa memanusiakan manusia.

Tapi entah kenapa tadi, hati aku mula berubah. Bermula sejak aku berbual dengan seorang kakak yang ambil ACCA yang nak fly ke London sikit masa lagi.

Dan aku pun baru dapat tahu, kawan baik aku nak fly ke Mesir buat Medic.

Aku duduk sorang-sorang kat KL Sentral, tengok orang lalu-lalang.

Tiba-tiba aku terasa nakkkkkkkk sangat pergi luar negara.

Aku rasa ini impian baru aku sejak aku berumur 19 ni.

Aku nak pergi luar negara. Aku nak pergi London.
Semangat betul ni.

Tak kira la lambat lagi ke apa, tapi dengan izin Allah
satu hari nanti aku akan ke London.



:)





*Cerita atas : Aku teringat satu artikel yang kata ibu bapa patut jawab soalan anak-anak dengan jawapan yang baik. Tak boleh sekat soalan mereka dengan kata-kata ,'Ehh jangan banyak tanya!' atau lebih kurang macam tu sebab nanti pemikiran dan kreativiti anak tu akan terbantut.
'Kids who didnt get enough exposure to surroundings tend to be passive' -quote buat sendiri.

Wassalam.

Saturday, June 4, 2011

Tahniah tunang.

Assalamualaikum.

Breaking news.

Ada member puteri seorang dah bertunang. Dengan member putera sesekolah juga.
Alhamdulillah. Lepas satu peringkat. Tahniah pertama aku ucapkan. Tak sangka. Tak sangka. Moga-moga dah ada perancangan membentuk Baitul Muslim.


Member sebaya bertunang.

Pada umur aku.

Bertunang.

Can you imagine it?

Kau tahu tak apa rasa dia?



Rasa macam nak dapat anak sedara tak lama lagi.

Ahhhhhhhhhh!


Jauh betul imiginasi.


Tak pasal-pasal, semua member sudah bersemangat nak kahwin awal.
Paling tidak, tersipu-sipu bila sebut pasal kahwin.
Apakah ini semuaaaaaaa????  o_O


Dulu sama-sama jadi artis dekat Stairs Of Fame ni.
Sekarang dah bertunang ye kauorang.


Aku? Entah. Lambat lagi...
Fatimah Syarha kata nak orang baik kena jadi baik dulu.
Persiapkan diri.

Friday, June 3, 2011

Macam ni lah

Assalamualaikum wbt.
Mula-mula ingat nak lari-lari. Sebab aku rasa aku tulis perkara tak bermanfaat.
Kalau mati, ada benda tak setel dalam blog ni, takut fitnah pulak. Naudzubillah

Tapi.. Konon la.
Lepas tu rasa macam tak boleh lari dah. Harap-harap takde la yang ambil perkara tak elok dalam blog ni.


Sem 3 macam best. Aku rasa semangat nak belajar. Mungkin sebab result jatuh hari tu.
Jadi, perlu ke aku jatuhkan result setiap sem supaya aku rajin belajar? HAHA habis tu macam mana nak tunjukkan kita belajar kan. Jatuh sikit-sikit dah la. Lepas tu bangun balik. Best la sem ni. Dah biasa dengan budak-budak dulu. Ada seorang dua je yang takde dan ada dua tiga orang yang baru join the club. Selamat la kita belajar sesama ye.



Ini ada cerita lawak yang aku rasa lawak la. Entah macam mana hari tu tengah borak-borak dengan member, termasuk tajuk Kajian Tempatan.

Aku   : Eh, Kedah Darul apa?
Lain2 : Aman.
Wanaa: Perak Darul?
Lain2 : Ridzuan kot.Haa. Ridzuan.
Nish   : Selangor Darul Ehsan.
Aku    : Perlis takde kan? Perlis Indera Kayangan.
Nish   : A;ah. Perlis takde sultan.
Wanaa: Kelantan Darul apa?
Lain2  : Emmmmmm...
Nish    : Kelantan DARUL QURAN!

Ok lawak. Aku gelak betul masa tu.