Aku baru baca blog bakal doktor lepasan mesir dan aku terasa nak menulis. Post ini tiada unsur-unsur putus harapan dan kekecewaan dan kesedihan dan emosi ya.
Harap maklum.
Ehm. Assalamualaikum.
Dulu, saya mahu jadi doktor. Saya minat sangat SANGAT sangat matapelajaran Biologi. Biologi ajar saya lihat alam secara terperinci. Lebih-lebih lagi bila penciptaan alam dan makhluk banyak diceritakan dalam Al-Quran. Saya rasa cool betul ya apabila dapat relate kaitan penghidupan dengan agama. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan semuanya disebut dalam Al-Quran. Bila jalan-jalan tu, kita boleh fikir.. Subhanallah, cantiknya bunga banyak warna sedangkan benihnya sama sahaja. Masha Allah! Macam mana burung boleh terbang tinggi tak perlu ada kipas untuk terbangkan?
Dulu saya bayangkan, kalau saya jadi doktor, saya boleh bantu rawat orang, beri motivasi pada adik-adik bakalan doktor juga supaya jangan jadi doktor yang tak bertamadun. Belajar dengan buku, bukan persekitaran jadi guru. Belajar kerana peperiksaan, lupa langsung kepada Tuhan. Sebab bukan semua bertuah dapat belajar semua tu. Al-Quran kena jadi panduan nombor satu.
Saya baca, saya dengar.. nak jadi doktor ini susah. Kena banyak membaca sedangkan saya tak begitu. Suka baca, tak kuat pula nak mengingatnya. Paling penting untuk zaman berorientasikan kiasu dalam pendidikan ni, saya tak reti nak susun ayat nak cerita pada sang pemeriksa bagaimana ini dan itu berlaku. Saya suka baca untuk tahu saje. Macam mana nak jadi doktor begitu?
Mungkin bukan rezeki saya. Saya berada dalam dunia digit-digit yang saya pandang remeh(bukan pandang rendah ye) dulu. Sejak keluar result tak dapat masuk U sampai sekarang, saya masih mencari hikmah.
Kenapa ye bukan doktor?
Untuk kawan-kawan saya yang dipilih oleh Allah untuk teruskan perjuangan dalam bidang yang sama; Medic, Chemical Engineering, Islamic Studies dan yang glamer-glamer itu, jangan pernah rasa penat dan bosan ya. Di luar ni, beratus ribu orang lagi dah dikecewakan oleh Mr UPUkiasu. Anda dah berusaha gigih untuk SPM, tiba tahap ni anda hanya perlu kekalkan usaha belajar secara konsisten dengan tingkatkan usaha ibadah supaya Allah bantu sentiasa. Al-Quran tu jangan ditinggal sekalipun kau sibuk nak exam.
Saya tengok, pelajar subjek kritikal macam medik lebih cool bila pelajaran mereka diadik-beradikkan dengan ilmu agama. Cool sangat kau tahu. Dan, saya nampak juge, pelajar medik luar negara lebih ramai yang alim ilmu agama ni. Mungkinkah kita terlalu selesa dengan Islam warisan [mak ayah dan sekolah] di Malaysia ini? Yang kifayah itu penting, tapi jangan ain dipandang enteng. Menggapai matlamat dunia jangan diabaikan bekalan akhirat sana ya.