Friday, April 30, 2010

tak berlagu.

okay. saya sedih. sangat sedih sekarang. sangat sangat sedih.

saya mangsa salah isi borang. dan saya rasa nak menangis.
oh, dah menangis dah pun. boleh pinjamkan bahu?

first time menangis teruk macam ni sejak keluar result spm yang sangat hebat tu. T_T

Thursday, April 22, 2010

alamanda putrajaya

bismillah walhamdulillah.

tadi kan, saya pergi alamanda putrajaya. first time oh. tak malu gila nak bagitau sebab memang pertama kali saya jejakkan kaki ke situ. harap pegang gelaran orang ke' el je. hehe..

kali terakhir pergi pun waktu darjah enam. enam tahun dulu punya cerita. masuk rombongan budak-budak hingusan kelas pendidikan islam masjid negara. masa tu mana ada alamanda lagi. pergi pejabat perdana menteri. masuk tempat tu pun dah gembira macam dapat masuk white house. ambil-ambil gambar dan tunjuk membangga pada member yang tak dapat pergi putrajaya dengan ayat skema 'tengok la gambar kita ni. dapat pergi putrajaya..'  haha.entah apa-apa. lepas tu pergi taman wetland. aku tak ingat la apa yang seronok kat sana melainkan ada rumput hijau seluas padang bola stadium negara, dan nasi bungkus lauk ayam masak merah yang ustazah-ustazah bawa :) . ada satu lagi, pondok besar dan sangat tinggi, boleh tengok pemandangan pastu jerit-jerit panggil orang bawah. budak-budak lagi masa tu. mana tahu jaga nama baik sekolah. tak apa kan?
heh. apa nama pondok tu ye? sampai sekarang aku tak tahu tahu.

aku bukan suka berjalan sangat. dan bukan juga jenis pandai membeli-belah. apa ibunda kita dulu-dulu sebut..shopaholic?hah. iye la kot. jadi, kalau nak ajak aku membeli-belah, memang syok sendiri je kauorang nanti. citarasa aku biasa-biasa je. jenis orang yang seronok nak membeli barang kat masjid jamek je.murah. tak ada taste? haha.. itu la taste aku. praktikal. kalau nak suruh aku bezakan yang ori dengan ciplak, memang lemah rasanya.

hah. ada apa dalam alamanda? jawapan daripada orang buta jenama macam aku, tak ada apa. macam midvalley jugak. sama. waktu aku pergi tadi tak ramai orang pun. perbezaan dia, alamanda bukan tempat melepak anak muda macam di midvalley. tak meriah la. gitu-gitu je. mula ramai orang pun waktu makan tengahari. staf yang membanjiri alamanda. sebab itu agaknya, kebersihan surau & tandas agak terkawal...

hah. ada satu je yang menarik perhatian aku. 'foodcourt Rasa'. aku tau abie suka ni.<3. menarik perhatian sebab pada hemat sekali pandang aku, 80% pekerja di situ orang melayu. berpakaian seragam, pakai penutup mulut, open cooking ( betul ke ayat ni?) dan yang penting, harganya mampu @ affordable untuk dibayar. sangat meyakinkan. berbeza sangat dengan food court kl sentral. tak sihat tak lazat!
hey, kauorang janganlah makan kat foodcourt kl sentral tu ye. beli air mineral cukup. lepas tu pergi makan tempat lain yang lebih bagus. bukan kat tempat harga mencekik darah macam kat situ. nak mengingatkan je.kedai no 4, 8 & 12..tuan punya, cina. cuba cari. aku tak ingat sangat. memang ada kedai yang tak ada tanda halal, tapi paling ramai pelanggan. nasi goreng fish&chip la konon.
hahhh. sama kalau kat mid. nak makan tengok-tengok sikit. aku pernah pergi midvalley seawal 9 pagi. sembilan pagi ye. tak ada siapa-siapa melainkan pekerja mid tu sendiri. sengaja lepak di food court atas tu dan mengusha. sederet kedai makan sizzling claypot bagai tu, satu tuan punya. sama pembekal. cina mali. pekerja indonesia  berlagak cakap melayu. pehh..kembang tokak eden. tekad je tak makan kat situ dah.  kau yakinkan aku yang bahan-bahan dia HALAL&SUCI, baru aku makan kat situ balik. kalau tak, aku nak ajak kau makan KFC je. lagi ok. kot?

heh. dah lah. aku nak cerita pasal alamanda je tadi. masuk pasal makanan pulak. tapi ingat tau, kalau nak makan tu tengok-tengok sikit tanda halal. tanda halal yang HALAL. bukan yang main bedal. okay? aku sayang kauorang nih. itu pasal bagitau.

bukanecah: orang putrajaya, jangan marah oh. lain kali jadi pemandu pelancong saya ye.
                                                                      

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
[surah al-baqarah:168]

you are what you eat.


Monday, April 19, 2010

entri panjang untuk kauorang; Majlis Graduasi Ting.5 2009 ;D

bismillah walhamdulillah.
masih lagi entri bergambar.
tak banyak nak diceritakan sebab..memang lebih banyak gambar digunakan untuk ekspresikan kegembiraan kauorang hari tu.kan?kan?
*sesetengahnya aku copy paste gambar dari fesbuk. halalkan ye.kalau nak kredit, cakap ar.*


masuk-masuk. tu dah ada penyambut.
   


                sila sila layan diri. nak set up minit terakhir jap.                            
jemput duduk. :)

majlis bergambar graduasi akan bermula sebentar lagi.

3..
2..
1..


and
the ceremony begins~

abie&anis

mimi;si pembuli, najhan;kakak cantik, rihab;paling sopan.

dayah jaafar; ketua asrama ;D
gambar khas buat mimo <3
diikuti anati.
dan fada.


beratur luar dewan, mula penyampaian skrol..

sesi bergambar.
cari port terbaikkk.

gambar1: untuk kita-kita je.

 gambar2:ada abi&mr pibg. dan cikgu-cikgu berjasa.
'matrik selangor!' ye korang? semangat~heh.

zoom sikit..
kredit untuk ata'ain.edit-mengedit memang faveret dia.



lagi, gambar lain yang ada sedikit je unsur graduasi.
fotogedik namanya:D
abu bakar's; nisa, maizatul&khadijah <3

kawan baik; maariah,sittul,haziqah,syikin, hajar

ex-smakl; mijah&fatin
sesiput put puttXD; 'atiqah,shieda,huda<3, azyan, mimi<33

masih AB's; nanad, yana, ata'ain, cik haa, yan tira(umar)

mereka guru terhebat; pn rafidah, pn eliza, pn siti, pn seriani, pn madihah <333 
terima kasih sebab sudi datang cikgu.


 dan mereka....

 .akin&naA.

.cik haa&khadijah.

.ata' ain&fada.

.amy.

.mimie&najhan.

.faas&yan.

da snails :D

 mereka orang-orang yang banyak membantu.





aku wakil je bagi pihak tertentu untuk ucap terima kasih .
sebab, tuan punya badan terpaksa berada di sini mencipta kenangan tersendiri ;D







sekian,

nahh. ambek skrol nehh..



-the end-


p/s:sori  oh pada sesiapa yang gambarnya tak ada dalam nih.
gambar dalam simpanan sangat terhad.
siapa nak, cakap ah. nanti wa tambah.hehe.

di sebalik tabir..Majlis Graduasi 2009

bismillah walhamdulillah.

pejam celik,duduk bangun, pergi balik, tenang kalut..majlis graduasi dah pun selamat&selesai diadakan.
mungkin agak terlewat majlis ni, tapi berbaloi sebab bagi aku, ini majlis terakhir yang kami uruskan sebelum betul-betul digelar;  ALUMNI.
jadi, mari aku hidangkan gambar-gambar di sebalik tabir majlis ni.mari, mari..

 
mula dalam pukul 12 tengahari. warm up baru.




petang&malam, baru kerja kuat..
cari ape tu? yang bawah ni eh?







tadaaa~dah jumpe..
hahah..



bahagian paling susah&paling lambat siap, backdrop.
 
 
 

hasil;



ini dia team pukul 8+++ pagi.







semua orang bekerja keras dalam memastikan majlis ni nampak gah&berjalan lancar. namun, tanpa mereka, tak mungkin majlis graduasi tetap dijalankan. mereka ketua perempuan terbest yang aku pernah ada.

ketua backdrop;


ketua batch;

dan ketua segala ketua;
kalau tak ada dia dan semangatnya, tak akan ada majlis grad ni.









terima kasih tak terhingga untuk sekalian rakyat tingkatan 5 2009 yang turut membantu menjayakan drama 'Di Sebalik Tabir..Majlis Graduasi 2009' ini sama ada secara langsung atau pun tidak.
gambar-gambar yang dipamerkan hanyalah imiginasi nyata penulis.tidak ada unsur-unsur racist.harap maklum






oh ya, atas permintaan, saya ingin perkenalkan, jurufotogedik yang tak bertauliah
sepanjang drama ini;
 kepada sesiapa memerlukan khidmat beliau, boleh hubungi saya. ;D



-to be continued-