Wednesday, September 23, 2009

ketupat.kekuih.dodol

wo0aa. dah raye eh?
xsempat2 aku nak post cerita pasal puasa ke, terawih ke.. dah nampak org makan2 kekuih raya.
xpe je. alhamdulillah.panjang umur aku dan rakyat malaysia yg dapat nikmat beraya nih.

1)raya tahun ni biasa2 je. budak2 yg beraya kat rumah tok aku pun x ramai.penat aku fikir kenapa.rase cam dah xde budak dah kat muka bumi ni. semua dah besar cam aku.sibuk nk exam .so, mereka duduk di rumah dan baca buku senyapsenyap.em. mungkin?

2) duit raya.yg ni best. melangkaui jangkaan. lebih lima ringgit we~
ingat senang ke nk dapat dalam usiausia camni?ahaha..aku masih mudaa..em.muka cam budak lagi kott aku nih.

3)kuihkuihsdodolketupatrendang. sedappp. alhamdulillah. tp control2 gak ar. xmau sia2kan hasil puasa sebulan.


tu mukadimah.
masuk isi penting. sari berita utama.

banyak perkara yang dah dilupakn sejak akhir2 ni. kata abang aku, setiap kali raya, banyak perkara dah jadi cliche. kau tahu maksud cliche? em. gi bukak kamus oxford edisi keempat.

- kuih raya.kalau pergi kedai, semua nampak cantik.warnawarni.bentuk macammacam.petakbulattiga segi.mmg cantek.tp rase?adoihh..sume rasa mentega dan gula.
ye2 aku tau.mmg tu benda asas.masalah dia kalau dah semuaaa rasa sama, kembang gak tekak nih.kalau time kecik2 dulu, kuih paling feymess skali mesti almond london,batang buruk,kuih siput,etc.etc.lain2 kan rasanya? skarang rating kekuih tu semua dah jatuh.iskk.iskk..

-kad raya. berapa banyak kad raya korang dapat tahun ni?atau lagi banyak yg diberi tp x dibalas?em. perubahan ketara yg x best. dulu sehari untung kad raya ade dalam 3-4 kad.
seminggu sbelum raya da penuh kotak surat depan rumah. kalau kat asrama, setiap hari mesti ade org selit2 dlm beg,dlm buku..sweet en?haha.
sekarang, mane ada dah. dalam 1 minggu, 1 kad raya pun belum tentu sampai.lg2 satu kad raya pun korang x bagi.harap je lahh.

-rancangan hiburan. ok. ini sedikit lagha dan siasia. tp sebagai manusia yg selalu leka, aku lyn gak benda2 camni. saaaaaaame je we! lagu lagu malar segar,menari nari , ghazal rock?haihh..mcm kuih tadi ar. bahan asas ttap same, bentuk dan bekas je lain2. semua direbrand dgn nama raya,aidilfitri,zahir,batin.yg nih lagi save. filem2 yg pnah tayang kat panggung mesti ade time raya..aku x bole terima langsung. dipengakhiran, aku ttup je tv tuh.
haa..perkara terbaik pernah aku buat.


tu pendapat dari kornea dan lensa mata aku jer.



.ecahz.

2 comments:

Nazratul Fareha Salahuddin said...

menarik :D

mimi! ;) said...

almond london.

kuih gunting.

semperit.

tart nenas.

mak saye buatt (:

homemade! hahah.