Tuesday, January 21, 2014

MEDNO 001

Mencari Emas Di Negeri Orang (MEDNO)

Salam! 

MEDNO adalah singkatan untuk perjalanan sepanjang aku di UK insya-Allah. 

Sebab mula-mula nak update kerap di FB seriously aku rasa poyo dan tak perlu untuk semua orang tahu. Nak upload gambar banyak-banyak di Insta pun malu. 
Jadi, aku rasa blog paling best tempat nak bercerita. 

Tapi, aku ada update dan upload juga di dua tempat tu sebagai tanda terima kasih untuk sekalian pendoa-pendoa asing, yang tak lokek untuk aminkan impian aku ke UK jadi kenyataan. 
Dan aku tahu, antaranya adalah kalian; pembaca tegar blog picisan ni. 

TERIMA KASIH. 

Moga kemakbulan doa rahsia ni terbias semula. 

---------***--------

Kenapa perjalanan ni sentimental untuk aku? 

Sebab impian ke UK ni mula tercetus dalam teksi, lepas nampak kapal terbang dan dapat tahu senior KPTM aku merupakan batch diploma pertama akan fly.
Sejak tu, aku selalu doa supaya dapat ke UK dengan cara yang terbaik.
Lepas tak nampak jalan untuk sambung belajar.
 Apadahal macam-macam mana pun.
Janji sampai :p


Masa diploma, aku pernah teringinnnnnnn sangat nak naik kapal terbang.
Buat kali pertama.
Kau tahu tak ni?

Allah makbulkan dengan bagi rezeki  aku ke Sabah.
Dengan budak rumah. Guna duit simpanan. Gamble.
Teringin punya pasal.


UK ni, satu lagi bukti buat aku yakin dengan 'rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka' dari ayat 1000 dinar.
Kau baca maksud dia ke tak ni?
Baca la. Baru kau rasa.

Panjang cerita lagi ni nak hurai macam mana aku dapat pergi.
Lain kali lah.

Asyik disuruh keluar dari Malaysia.
Jadi, MEDNO lah kita ye?

:)





Aku ni menaip guna fon. Jadi kalau ada typo semedang, harap maaf.


Sunday, December 22, 2013

Sooner.



Kau tahu apa maksud bila tabs dibuka semaksima mungkin?

Maksud dia, orang tu jenis tak fokus.


Dan,
apa signifikan muat turun koleksi kertas peperiksaan sambil men-Google 'Things to do in Manchester?'

Maksudnya exam dah nak dekat
tapi tak reti-reti nak fokus dulu baru fikir pasal benda lain.



Omai Subhanallah.

Aku dah tak boleh berfikir secara waras.


---------------------***-------------------

Kau tunggu jela.
Harus blog ni akan jadi mirip Fatin Liyana.




Sunday, December 15, 2013

Bismillah. 

Sehingga umur 21,
sekarang baru aku berdepan betul-betul
dengan manusia yang sudah putus harap dengan kehidupan. 

Selama ni aku dengar cerita / drama je. 

Dan dalam realiti, 
rupanya menakutkan.


Aku fikir, 
itulah agaknya aku. 

Aku terus begini. 

Wednesday, December 11, 2013

Ki

Syauqi Mahyuddin. Coki.
Kawan Mimi.

Tak ada kaitan secara langsung dengan aku.
Bukan kawan sekolah.
Bukan kawan kolej.
Bukan kawan UiTM.
Bukan.




Tapi kerana dia,
Buat Mimi tersenyum semula
aku rasa dia adalah sebahagian orang yang aku terima dalam hidup aku.

Cuma dua kali aku pernah berjumpa dia.

Konvo Mimi.
Dan konvo aku.
Ironi kan?


Memang jarang aku bertegur dia.
Kalau berjumpa depan pun, tak tahu nak bualkan apa.
Sebab dia budak Art Design.
Aku rasa aku tak cukup cool.

Sampai dia pernah kata,
"Cece ni, depan-depan malu"

Mimi banyak cerita pasal dia.
Pasal mereka.
Aku tahu, Coki ni baik.
Tapi aku masih tak tahu nak bagaimana bila jumpa Coki.

--------------------------------------------

Cuma itu rupanya kenangan aku dengan empunya samaran bernama Coki.

Seperti kata kawan-kawan dia,
tugas Coki kat dunia ni dah habis.

Dan sejak hari aku terima berita kemalangan dia,
baru aku cuba 'kenal' siapa Coki.

Kau pernah dengar,
'The man who decided to change on 12th hour dies on 11th'?

Aku rasa itu kisah Coki.
Mungkin sebab itu,
senyuman terakhir itu la yang dia tinggalkan untuk ahli keluarga dan sahabat handai
supaya mereka berlapang dada.

Dan, terima kasih.
Kau ajar aku,
untuk bersihkan laman sosial aku.
Untuk peringatan yang mati itu datang tak diduga.

Moga baik untuk kau, Coki.

Aku menulis bukan kerana aku tak akan mati.

Aku menulis kerana kau, orang asing.
Yang datang entah dari mana,
membahagiakan kawan aku yang pernah jatuh.
Yang tak pernah janjikan dia perkara manis.
Cuma usaha yang diletak untuk halalkan hubungan kalian.

Itu aku respek.

Moga baik untuk kau, Coki.
Moga baik untuk kita semua.

Terima kasih Allah.
Untuk pernah hidupnya manusia bernama Syauqi.