Sunday, September 29, 2013

Segamat.

Bebudak Segamat ni rajin betul.

0030 boleh borak-borak tanya definisi Public Sector kat grup WhatsApp.
Aku ingat semua buat rilek sebab tak konfem kuiz esok jadi ke tidak.

Kalau kat KPTM ni, sure semua buat-buat
'Eh, hari ni ke Miss? Hari ni kelas sejam je. Ingat next class?'





Aku dah la tengah semangat last minute buat slide ni.

Terbantut ah ceni.
Sambung PSA nampak gaya.

Tuesday, September 24, 2013

Rutin

Bismillah.

Selalu terbaca keluhan orang dewasa yang dah bekerjaya, betapa penat dan bosannya mereka dengan sehari-hari. Pelajar pun tak terlepas dari situasi yang sama sebenarnya.

Rutin.

Yang dibosankan itu adalah rutin sebenarnya.
Bangun pagi-mandi-solat-kelas/tempat kerja-balik-mandi-ulangkaji-tidur-bangun pagi
Macam robot.

Aku cadang, ubahlah rutin kita.
Satu hari dari kebiasaan, ambil perkara yang berbeza.

Kalau selalu naik kereta, keluar awal dan jalan kaki.
Kalau selalu mandi lewat sebab kelas petang, bangun pagi dan segarkan diri.
Kalau selalu guna jalan A, pilihlah hari ini untuk ikut laluan berbeza.
Kalau cepat mengantuk di meja belajar, bergeraklah menghirup udara di taman.

Kerana nikmat Allah terbentang luas di muka bumi ni.
Banyak sudut dunia yang kita tak nampak atas rasa beratnya untuk mencari.

Terfikir.

Sebab di Shalam ni, nak ke fakulti memang kerjanya memanjat setiap hari.
Lepas panjat bukit, panjat tangga ke lobi. Baru ke lobi.
Nak ke kelas tambah lagi 362 anak tangga ke kelas di tingkat 11.
Lif? Ada.
Kalau kau bernasib baik lif kosong, melompat-lompat la masuk ke dalam.
Tapi most of the time, in your dream.
Hahah.

Jadi semalam aku guna laluan berbeza.
Walaupun kena tukar 2 bas, tapi aku suka.
Masih kena panjat 11 tingkat.
'Oh, kenapa hari ni tak penat? Sebab aku dapat tengok perkara baru.'

Hari-hari tengok belakang orang dan tangga, semalam aku dapat tengok tangga. Dan dedaun berguguran.
Alhamdulillah .

Jadi untuk berbeza hari ni,
aku pilih untuk ke kelas lewat pulak. Ngahaha.

-----------------------***-------------------------

maybe it's ur time to continue pondering why and how things happen and share with the world..
-UA,
penukil blog amatur yang dah pencen sebab makin sibuk dengan alam dewasa.

Sunday, September 22, 2013

Bila kita post gambar kita(yang rasa comel/cantik), pastu ada jantan tah mana-mana komen 
'Subhanallah, indahnya ciptaan ALLAH'
'Pagi-pagi skrol gambar kat Insta dan tengok keindahan macam ni buat saya hepi'

Choyyyyy!
Serius kau rasa bahagia?

Aku takut kot. 
Letak pujian pada Allah untuk mansuhkan larangan Allah ke apa ni?

Ada Al-Quran tak? 
An-Nur:30-31

OK. 
Aisyah, padam gambar sekarang.

Wednesday, September 18, 2013

Selalu je ada beberapa kenalan aku yang tak semena-mena bagitahu,
'Eh, aku baca la blog kau.'

Oh, ramai silent readers.