Sunday, November 15, 2015

Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.

Puncak Alam dilanda banjir semalam.
Satu perkara yang dalam bahan bualan dek tidak selari namanya dengan apa yang terjadi.

Dalam perspektif aku,
aku dapat lihat kenapa nikmat Allah itu diturunkan hanya bersesuaian dengan apa yang kita perlu dan mampu tangani. Selalu sahaja kita mahu apa yang kita mahu.
Namun apabila kita dapatinya melebihi apa yang kita perlu, mudah kita lupa pada pemberi.
Lebih teruk, kita rasa tidak cukup dan dibalas dengas rungutan.

Maksud aku,
baru beberapa minggu lepas kita diselubungi jerebu.
Kita minta hujan.
Kita tak tahu banyak mana hujan yang kita perlu, yang penting tak mahu jerebu. Hanya mahu hujan, biar lekas kembali nyaman.
Hari ini, Allah terus-terusan menurunkan yang kita panggil nikmat.
Namun aktiviti kita tergendala kerana nikmat ini, mudah sekali kita rungutkan,
'Aduhaii. Hujan la pulak.'
'Alaa. Basah laa nanti.'
'Ah. Payah la nak bergerak macam ni.'

Wahai kita yang pelupa,
masihkah doa supaya hujan ini bukan suatu bencana
ada dalam ingatan?