Assalamualaikum.
Aku nak cuba buat entri setengah jam.
Mula.
Hari biasa.
Alhamdulillah, sekarang aku tengah mula praktikal di sebuah firma audit kecil di Jalan Kampung Attap.
Aku bersyukur dapat tempat yang hanya 15 minit perjalanan (dengan kereta) dari rumah aku. 15 minit itu pun sebab keluar rumah terus highway menyesak. Kalau datang waktu lengang, 5 minit boleh sampai.
Tempat aku ada 4 budak praktikal.
2 perempuan dari UiTM dan 2 lelaki dari UM.
Hujung minggu.
Aku sekarang ambil part time tolong sorang bekas kartunis Ujang, Leen Mafia nama pena dia.
Kalau kau peminat Ujang sejak darjah 6, kau kenal lah kot.
Aku terserempak dengan dia di satu Himpunan Kartunis. Kitorang saling tukar FB, dan aku tak sangka dia hubungi aku semula untuk tawarkan jadi Research Assistant untuk tesis PhD dia yang ambil tema kartun politik.
Nothing much.
Kerja aku lebih kepada mencari data atau menaip transkrip. Mudah sebenarnya.
Cuma aku ni penangguh kerja dan lepas balik kerja dah mudah letih macam orang tua, kerja yang aku boleh buat malam..aku tangguh sampai hujung minggu. Padahal hujung minggu tu kadang-kadang kena lepak kat perpustakaan dengan dia.
Seronok berkawan dengan pelajar PhD ni. Lagi-lagi kalau dia dalam bidang yang kau minat.
Berkerja dan berkawan dengan kak Leen, buat aku tercelik sikit bab politik walaupun dari perspektif seorang kartunis.Mana pulak datang rajin aku nak membaca pasal pemikiran, politik etc tanpa motif kan?
Jadi ini lah masa dia.
Hobi
Doodling. Kadang-kadang aku rasa aku dah
overdo. Tapi itulah cara aku kongsi cerita dengan orang tentang pengalaman aku. Bosan la kalau membising di FB dengan perkataan. Guna kartun, lain sikit feel dia.
Selain meluah perasaan,
doodling pun bantu untuk aku buat
network.
Berkawan dengan kak Leen, pergi ke majlis-majlis yang ada pelukis bagi aku lebih pendedahan untuk minat aku ni.Aku tak tahu sejauh mana aku akan pergi.
Aku tak pernah pasang impian untuk hobi ni. Mungkin sebab tu gerak aku dalam bidang lukisan ni lambat kot. Sikit-sikit lah. Baru jumpa ruang pendedahan.