Tuesday, June 3, 2014

Cerita biasa pt 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada dua cerita  eh dalam ni.

Satu;
entri lepas aku ada cerita yang aku tak sambut harijadi.
Aku taip entri tu pagi.
Masa aku rasa 28 Mei hari tu seperti 28 Mei tahun-tahun lalu.

Rupanya petang tu,
ada dua orang makcik SMAKL ni buat kejutan depan pintu rumah aku.

Nurul Syamimi dan Nazratul Fareha,
terima kasih banyak untuk kejutan yang betul-betul buat aku terkejut.

Sebab rumah tengah kecah macam kena pecah.
Sebab aku tak sangka sangka ada dua manusia yang sudi luangkan masa dari UM dan Segambut.
Sebab aku baru keluarkan entri poyo tak kisah tak ada orang sambut harijadi aku.

Umur 22 pun dapat lagi belon-belon manis yang aku selalu tengok para hipster buat pada kawan mereka yang sama hipster.
Aku tak hipster, jadi tak sangka aku pun boleh dapat kejutan sebegitu sederhana tapi manis.

Malamnya,
mak ayah belanja pizza.
Aah. Itu pun hipster jugak.

Depa cool. 







Cerita dua;
aku deaktif sekejap Facebook.
Ni bukan la macam zaman kanak-kanak dulu, yang deaktif supaya orang tanya mana hilangnya seorang Cece.

Akhir-akhir ni aku dapat rasa hati dah semacam terikat sangat pada laman sosial, terutamanya Facebook, Instagram dan WhatsApp. Mujur dah awal lagi deaktif Twitter.

Woi banyaknya laman sosial kau Ce?

Rasa terikat yang keterlaluan tu,
sampai tahap bangun pagi-pagi,
hati gian nak buka FB dulu sebelum habiskan doa, nak baca WhatsApp dulu sebelum baca Al-Quran.


Peh.
Rasa yang sangat tak best, tahu?

Jadi, aku rasa kena buat sesuatu.
Aku tak mahu masuk Ramadhan dengan hati yang terikat dengan perkara dunia ni walaupun perkara tu mendatangkan kebaikan untuk manusia lain.
Maksud aku, ada je orang meningkatkan amal dengan baca artikel kat FB kan?

Aku tak boleh, jadi aku lepaskan diri.
Macam lukisan aku dalam Insta tu, yep. Itu kiasan apa yang aku rasa.
In fact, aku nak je lukis hati aku yang terkunci sebenarnya.
Tapi korang ni bukan boleh percaya. Mulalah kata aku ni nak kahwin la, rindu orang Mesir la.
EH.


Minggu ni kalau ke kelas, aku tinggalkan fon Android yang membenarkan aku untuk layari internet di mana sahaja di Menara SAAS.

Hari pertama, memang rasa sangat produktif. Rasa macam sem 1 diploma dulu.
Rasa tak terkongkong.
Bukan pakwe-makwe je buat kau terkongkong. Teknologi pun boleh buat,tahu?

Oh ni baru hari kedua. Heheh.


Ok tu je dulu. Aku ada cerita ketiga ni. Sambung entri lain supaya kau tak bosan.

Cerita biasa si Z pt 2.

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita ketiga.
Dalam kelas akaun, madam buka cerita.
Bagi seorang pelajar akaun, lulus cemerlang dalam akaun seharusnya jadi perkara biasa la kan?
Untuk degree ni, kitorang dah diingatkan kertas paling kritikal adalah FAR450, semester 6 nanti.

Ada seorang hamba Allah ni, pelajar jurusan akaun, seorang lelaki. Namakan dia Z.
 Z ni berkebolehan jadi imam jugak. Dia selalu dapat panggilan jadi imam sekitar Shah Alam.

Masa madam cerita ni, aku tahu budak-budak perempuan kelas aku mata dah bersinar-sinar, hati dah kembang kuncup. Haha.


Kisah Z dan FAR450, dia dah ulang kertas ni sebanyak 3 kali.

Cerita madam, beliau pun dah cuba yang terbaik untuk bantu pelajar ni. Bukan setakat ajar dalam kelas, siap ada konsultansi satu-satu. Kata beliau, budak lelaki memang tak pernah tunjuk dia tak faham dalam kelas. Diajukan soalan, mengangguk semedang macam tak ada masalah langsung.

Sampai la dia gagal kali ketiga, dia kena bar.
Baru madam perasan yang dia ni ada masalah dalam subjek FAR450.
Bila madam tanya pada kawan-kawan Z, diorang kata Z memang lemah bab kira-kira.
Saaaaaaangat lemah. Macam aku.
EH.

Madam kata pada Z, pergilah merayu untuk ambil semula kertas FAR450 ni.
Dan Z ikut kata madam, dia merayu.

Alhamdulillah, pada percubaan ke 4 dan semester ke 10, Z berjaya lulus FAR450.
Lagi, lepas je Z grad, dia dapat tawaran bekerja dengan NAZA.
Dalam masa yang sama, disebabkan Z ni berkebolehan menjadi imam,
maka dia masih terima tawaran untuk jadi imam separuh masa.

Cool ait?


Moral of the story?

Satu;
Madam kata,
kebanyakan kita ni selalu rasa usaha sekali dua tu dah cukup, dan menerima satu kegagalan itu dirasakan sangat teruk.

Mungkin kita tak pernah jumpa manusia yang hidupnya sentiasa masuk gaung, luka sana dan sini.
Kalau pernah jumpa pun, kita suruh dia bersabar tanpa kita rasa faham pun. Kita rasa kesian pada si gagal, padahal itu tak perlu.


Kedua;
pergi baca maksud ayat Kursi. Nanti kau faham sesuatu yang dinamakan rezeki.


Ketiga;
kita selalu rasa kita boleh faham sesuatu subjek atau perkara, kerana KEMAMPUAN KITA sendiri.
Walhal, kefahaman yang kita dapat tu, ALLAH yang BAGI.
Kita tak sedar, sebab rasa mudah faham tu kita dapat kerana usaha kita.

Tidak.
Dalam menuntut ilmu, rendahkanlah hati.

Tanya balik diri kita,
setiap kali faham apa yang pensyarah ajar dan faham ketika mengulangkaji pernah tak kita ucap Alhamdulillah sungguh-sungguh?

Ataukah yang kita selalu sebut, ''Ohhhhh. Macam tu je rupanya. Ceh."

Hm?



Ok itu je aku nak kongsi. Semoga bermanfaat la untuk pembaca yang entah siapa.
Sebab aku terasa gak ni.