Wednesday, August 21, 2013

Hari se-bujang.

'Lain orang lain cerita'

Bismillah. 

Semalam sebahagian daripada Puteri 18 hangout berukhwah. 

Macho berdiri: KakYan, MingMing, Huda, Anon, Anis.
Duduk bergaya: Aimi, Ummu, KakYong Anati Fatimah Mohamed Salim, Mimie, Abie.


Bachelor's party katanya. 
Sebelum Anna melangsungkan walimah bulan 9 ni. 

Aku suka semalam. Kebersamaan semalam. 
Saat semua duduk santai di Secret Recipe, pesan makanan dan buka cerita. Ngeteh. 
Of course, semua nak mendengar cerita 'kakak sulung' ni, yang lima tahun sama-sama di SMAKL, bagaimana berkenalan dengan bakal suami dia.
Aku. Tak dengar sangat. Banyak main-main. Sebab nanti aku jiwang. So, back off. :D

Tapi serius aku sangat suka semalam. 
Muka masing-masing serius haa mendengar cerita Anna. Siap ada sesi soal jawab.
Aku rasa yang ramai nak tahu, apa gaya dia meyakinkan mak ayah yang mereka bersedia. 

Point yang penting; kau tunjuk la gaya yang kau berusaha untuk buat yang terbaik.
Sebagai pelajar, biar cemerlang dalam pelajaran, yakinkan la sikit mak ayah. Cemerlang tu tak bermaksud four flat semedang. Cemerlang dari segi sahsiah, kelas tak ponteng, result tu sedap dipandang. 
Bermaksud kau ada usaha penuhkan satu tanggungjawab sebagai pelajar. 

Ready for marriage is subjective.

Nak tengok kepada financial, sampai bila-bila pun tak mampu. 
Aku yakin, kalau dah tiba masa Allah mesti kuatkan hati untuk terus buat keputusan. 
In fact, dalam apa perkara sekalipun, hati tu Allah yang pegang. 



Alah. Ni entri bagi tips kahwin ke apa. -_______-




Hm. 
Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan segala usaha dan perjalanan mereka. 
Bukan sampai hari majlis, tapi sampai bila-bila. 
 



....'lain orang, lain cerita. Lain cerita, lain perjuangannya.'

Syok sendiri.

Kadang-kadang.
Hm.

Most of the time.
Aku suka baca blog sendiri.
Haha.

Sebab apa yang aku tulis tu peringatan untuk diri sendiri.
Dan aku dapat tengok pekembangan pemikiran aku sejak zaman sekolah.
Zaman sekolah dulu lagi bagus sebenarnya sebab aku pandai menghurai.
Darah muda katekhenn.

Monday, August 19, 2013

Mesir.

Bismillahirrahmanirrahim.


In one of the conversations between me and seorang member ni,
dia tanya tentang hari Kiamat.
Tentang Mesir.


Dia tanya aku,
'ape yg kau buat selain double/triple up takwa kau?'

Terdiam jugak la sebentar.

Rasa bila nak menjawab tu, banyak yang membohong kalau kata aku banyak usaha.
Rasa macam tak ada.

Aku tak pergi demo.
Aku tak tukar DP.
Aku tak banyak kongsi di FB.

Tapi insya-Allah,
aku rasa lah, aku ada la membaca sikit-sikit pasal isu ni.
Dan aku rasa, pengetahuan isu semasa sangat penting untuk perbaiki diri.
Kalau faham apa yang berlaku, insya-Allah kau akan sungguh-sungguh mendoakan kesejahteraan untuk umat Islam.
Kau akan solat awal waktu, ubah akhlak jadi baik.
Takkan sampai hati nak melagho, spend masa untuk sesuatu yang kau yakin tak beri kebaikan,
atau semata untuk hiburkan hati sendiri.
Buat perkara yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang sebab itu je cara untuk doa diterima.

Secara jujurnya, aku sangat tak mampu nak tengok video yang banyak dikongsi tu.
Sejak zaman sekolah pun, bila ada tayangan Palestin kat surau, aku akan buat tak tahu.
Tutup mata, pandang karpet.

Aku dengar je. Sebab boleh la faham Arab sikit-sikit.
Aku rasa 'sakit' dengar luahan para pejuang, yet aku tahu aku selalu leka dengan dunia.
Apatah lagi kalau aku tonton tayangan tu, pasti-pasti aku rasa loser.

Cuma hari tu,
aku tertengok juga satu video pasal khutbah di Syria. Pasal Syiah.
Ayah kena tembak depan anak. Muslimah kena rogol terang-terang. In fact, ada seorang lelaki nak pergi selamatkan perempuan tu pun kena tembak waktu tu juga.
Kau bayang, perempuan dirogol tu kira umpan je untuk bunuh ramai muslim sejati.


Ah. Mind blown sungguh. 

Taubat la. Aku tak sekuat tu nak tengok semua tayangan berdarah.

Yes, Kiamat is coming.
Are we that ready for the Day of Judgement?
No, we're never ready.

But,
we should have been preparing from the day we know the fact.

Allah je tahu bila mana ada member yang ketuk inbox aku dan tanya permasalahan agama.
Atau share perkara bermanfaat di Facebook.
Aku rasa aku ni jahil, sebab orang lain berpusu-pusu tambah ilmu.

------------------------------

Manusia akan sentiasa memusuhi apa yang tak difahami.

Apa yang nyata sekarang,
musuh Islam serang dari segenap sudut.
Itu yang aku sangat perasan. Kalau agama ini tak bawa kebenaran, masakan bertubi-tubi serangan dilancarkan untuk agama yang satu ni?
Kenapa tak jatuhkan agama-agama lain?

Sebab hanya kebenaran Islam yang dah termaktub dalam setiap kitab mereka.
--Yang sebenarnya diselewengkan pun.


Kalau kau rajin baca post aku yang panjang ni,
aku berbesar hati untuk kongsi ini.
Siap map lagi untuk kau buka mata, apa yang Islam sedang hadapi di luar sekarang.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200106591457530&set=a.3396380798280.2122943.1532546686&type=1&theater


Luar. Bukan Malaysia.
Di satu sudut Malaysia ni tengah sibuk prepare untuk konsert Metallica.



Monday, August 12, 2013

3 pagi

Ada sesetengah perkara,
masa pun tak akan mampu memahamkan kau.

Kau pun terpaksa hidup dalam lingkaran tanya -- apa dan kenapa
tanpa suatu kepastian

Kata orang,
Jangan pernah ditulis perkara jengkel yang menyakitkan hati
menyedihkan jiwa.
Sebab sampai bila-bila pun
Hidup kau akan dihantui benda remeh

Buat tak kisah dah lah.

Cuma satu la kot aku nak pesan pada diri.

Jangan dipanjang rasa kebencian
Ini bukan cerita Antara Dua Darjat
'Kalau ngkau aku tidak soka, dengan keturunan ngkauuu sekali aku benci '

Duh.

Buat apa yang kita nak orang buat pada kita.
What goes around comes around is not applicable on hatred and hate.

Sebar cinta.

Sunday, August 11, 2013

Plot.

Aku kata sampai bulan tujuh sahaja
Masih tak nampak sebarang tanda
Terus membisu seribu kata
Aku tak perlu seorang lagi manusia teragak-agak dalam hidup aku
Sebab watak aku sendiri dah mengganggu hati
Terima kasih banyak ah pada member yang bantu aku
untuk rungkaikan cerita tanpa plot ni.
'Aku tak sangka kau still tunggu dia Ce.'
'Lepas ni boleh la isi borang BM.'
Gahhaha.
Nak buat macam mana bos. Orang dah tak nak.
Biar la.
Masuk degree dengan lebih tenang alhamdulillah.