Antara perkara yang boleh recharge hati dan semangat aku ialah
bertemu dengan sahabat SMAKL.
Walaupun menggunakan masa, wang dan tenaga untuk bertemu mereka.
Sekalipun hanya bergurau sementara.
Gelak tawa itu, dah lama aku tak rasa.
Aku masih mencari rahsia,
jasadnya jauh, hati dekat terasa cinta.
Aku je kot rasa macam ni.
Tak apa.
Berusaha keluar awal pagi, dan pulang sebelum jam 4.30 untuk kelas petang dan malamnya.
Aku tak rasa penat, tahu.
Aura kasih sayang mereka ini luar biasa untuk aku.
Wednesday, January 30, 2013
Monday, January 28, 2013
Dua rakaat.
Kalau rasa hati tak best, nak cerita pada manusia tapi tak patut..
Ambil wudhu', solat dua rakaat.
Solat je jangan nak tanya nak pakai niat tahajud ke istikharah ke hajat ke.
Ha ah.
Sebab bukan jenis bercerita pada manusia, apatah lagi bagi hint entah apa-apa di Facebook.
Blog, bagi exceptional sikit.
Cuma kadang-kadang aku akan mesej random pada member SMAKL.
'Kenapa Ce?'
'Tak ada apa. Rindu.'
Jangan percaya. Aku tipu.
MUET, reportss, final, degree yang tak nampak.
...... tinggalkan blog.
Ambil wudhu', solat dua rakaat.
Solat je jangan nak tanya nak pakai niat tahajud ke istikharah ke hajat ke.
Ha ah.
Sebab bukan jenis bercerita pada manusia, apatah lagi bagi hint entah apa-apa di Facebook.
Blog, bagi exceptional sikit.
Cuma kadang-kadang aku akan mesej random pada member SMAKL.
'Kenapa Ce?'
'Tak ada apa. Rindu.'
Jangan percaya. Aku tipu.
MUET, reportss, final, degree yang tak nampak.
...... tinggalkan blog.
Saturday, January 26, 2013
Azam dan tawakal
26/1
Paper Taxation. Alhamdulillah Allah bagi rasa mudah nak jawab.
Mungkin sebab selalu buat latihan. Lebih, dari paper Tax sem lepas. Dan mungkin juga sebab aku rasa senang hati dengan pensyarah yang best. Aku rasa satu kelas ada perasaan yang sama pada Miss Syatila.
Sayang ^^
Sayang ^^
27/1
Tadi paper MAF. Financial Management.
Jarang pernah aku rasa hati memberontak rasa tak nak ulangkaji.
Peh ayat.
Tapi memang, sangat memberontak. Habis paper Tax 3.30 petang, aku boleh keluar jalan-jalan dengan mak abang. Padahal kertas MAF 10 pagi esoknya. Itu tak apa kot. Jumpa mak memberikan ketenangan.
Balik asrama pukul 6, makan-makan dah pukul 7.
Maghrib, cuba baca 1 topik. Uhhh. Cannot.
Lepas isya' punya la rebel, aku terus tidur walaupun tak mengantuk. Kalau orang tahu hati aku macam mana, mungkin boleh faham. Kalau cuma tengok luaran, hanya nampak seorang pelajar pemalas yang tak mahu lawan nafsu.
Jadi, aku tidur. Aku tak peduli pun. Aku tahu, biasanya kalau tidur tak mengantuk ni, aku akan terjaga waktu azan Subuh. Ah, biar. Nak jawab apa pun aku tak nak fikir. Tidur.
'Faiza a'zamta, fa tawakkal a'lallah.'
2.59 pagi aku terjaga.
Sebab telinga dan hati aku terngiang-ngiang ayat tu. Berulang kali.
Aku tak nak bangun, tapi makin kuat hati aku membisikkan ayat tu.
Jadi, aku bangun. Solat dan baca doa kefahaman yang aku percaya sangat mustajab sepanjang aku amalkan dari sekolah.
Kemudian, aku duduk di meja belajar, cuba 'baca' jalan-jalan pengiraan yang aku tak pernah buat sebagai latihan. Baca-baca. Sambil melawan pemberontakan yang berbaki.
Pukul 4.15, aku sambung tidur.
Subuh.
Baca sedikit teori dan pukul 9.35 pagi, aku gerak pergi kolej tanpa aku tahu, apa yang ada dalam pengetahuan aku.
Alhamdulillah, boleh jawab. Jalan kerja yang aku 'baca', keluar.
Tak berkualiti, tapi aku tak rasa loser sebab tak tinggal soalan.
Faiza azamta, fatawakkal a'lallah
Apabila engkau telah menetapkan keazaman, maka bertawakkallah kepada Allah) (Surah Ali Imran [3]:159)
Lain orang, lain pengajaran yang dapat disedut.
Untuk aku, aku rasa Allah ingatkan aku supaya belajar betul-betul untuk masa yang berbaki ni.
Semester akhir. Subjeknya mudah. Masanya banyak. Mahu atau tidak.
Mana mungkin aku patut rasa bosan dengan cabang ilmu Allah. Kan?
Cuma, sepanjang perjalanan ke kolej tu banyak la suara ghaib yang suruh aku buat pertimbangan semula untuk sambung Akaun.
Thursday, January 24, 2013
Misstatement
' Asyer pernah dengat term material misstatement dalam audit?'
'Pernah. Kesilapan auditor dalam meng-audit'
Kadang-kadang aku terlupa yang abang tengah pun ambil kos Akaun.
Bila dia jawab soalan aku tentang audit dan akaun, buat aku rasa aku boleh teruskan akaun bulan 9 ni.
Tapi dia juga yang cakap dengan aku.. ambil kos yang aku suka dan mampu.
Jangan salah pilih.
Time is running out.
Ah bulan 4 nanti sambung fikir.
Jap lagi ada test audit.
'Pernah. Kesilapan auditor dalam meng-audit'
Kadang-kadang aku terlupa yang abang tengah pun ambil kos Akaun.
Bila dia jawab soalan aku tentang audit dan akaun, buat aku rasa aku boleh teruskan akaun bulan 9 ni.
Tapi dia juga yang cakap dengan aku.. ambil kos yang aku suka dan mampu.
Jangan salah pilih.
Time is running out.
Ah bulan 4 nanti sambung fikir.
Jap lagi ada test audit.
Sunday, January 13, 2013
Monday, January 7, 2013
Susah nak tegur orang yang kita sayang.
Nak ikut pepatah Melayu yang suruh tangan-tangankan, tak mampu.
Nak tinggal-tinggalkan tak patut.
Kena ingatkan dengan ayat cinta.
Tapi itu pun aku tak mampu juga.
Aku tahu, dia sedar yang dia salah.
Dan aku tahu, kami punya banyak persamaan.
Walaupun tak ditunjuk penyesalan, meronta-meronta mahu mencari kebenaran.
Moga Allah permudahkan kita.
Nak ikut pepatah Melayu yang suruh tangan-tangankan, tak mampu.
Nak tinggal-tinggalkan tak patut.
Kena ingatkan dengan ayat cinta.
Tapi itu pun aku tak mampu juga.
Aku tahu, dia sedar yang dia salah.
Dan aku tahu, kami punya banyak persamaan.
Walaupun tak ditunjuk penyesalan, meronta-meronta mahu mencari kebenaran.
Moga Allah permudahkan kita.
Bagaimana kita melihat manusia yang lain?
Hati-hati saat menghakimi.
Kita tak pernah tahu, mujahadah apa yang mereka sedang hadapi.
Kata-kata sindiran tu mungkin boleh puaskan kita,
sebab kita ingat kita sedang dekatkan diri dengan Tuhan.
Jangan sampai kita menyesal,
tengok nanti,
tiada apa yang tinggal.
Sebab segalanya mengalir laju terhadap mereka
yang tak pernah putus mengharap dari Yang Maha Lemah Lembut.
Hati-hati saat menghakimi.
Kita tak pernah tahu, mujahadah apa yang mereka sedang hadapi.
Kata-kata sindiran tu mungkin boleh puaskan kita,
sebab kita ingat kita sedang dekatkan diri dengan Tuhan.
Jangan sampai kita menyesal,
tengok nanti,
tiada apa yang tinggal.
Sebab segalanya mengalir laju terhadap mereka
yang tak pernah putus mengharap dari Yang Maha Lemah Lembut.
Sunday, January 6, 2013
Pagi Isnin
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan
Pagi-pagi, dengar lagu ni. Kat IKIM pula tu.
Haru betul. Spoil la IKIM.
Nasib baik hari ni hari Isnin. Tak de kena-mengena.
Nasib baik jiwa aku kental.
Wahaiiiii orang jauh..
Selamat la dikau menjawab peperiksaan dengan jayanya~~~~
Tuesday, January 1, 2013
Air oh air.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kawasan tempat belajar aku sekarang tak ada bekalan air.
Kata sang lalat, ini berpunca kejadian tanah runtuh di Setiawangsa. Kalau nak
ikut mata kasar dan kedudukan geografi tanpa melibatkan ilmu kajitanah, aku
rasa macam jauh je untuk beri efek ketiadaan air ni.
Ceritanya, kejadian tanah runtuh hari tu dah sebabkan pam
air rosak.
Dalam tangan yang lain, hari ini adik-adik yang baru nak
rasa pengalaman hari pertama persekolahan dah kena sertai jerih payah tak ada
air. Aku rasa yang paling kasihan dalam hal ini tentu mak ayah dan cikgu.
Sedangkan waktu normal awal tahun pun, orang-orang tv paling eksaited nak rakam
‘cerita’ menangis adik-adik di luar kelas, inikan pula saat tak ada air. Tinggal
tak tajuk berita je.
Mungkin jadi, ‘Ketiadaan air-pihak pembangkang gagal laksanakan tanggungjawab’.
Eh jelik.
Aku duduk hostel ni.
Zaman duduk asrama dulu, kalau tak ada
air macam ni.. ada dua pilihan je.
Pili bomba.. atau dengan penuh debaran tunggu pengumuman cuti seminggu daripada warden. Heh. Sekarang?
Kalau rumah pun tak ada air, pengumuman dari rektor pun tiada guna.
Jadi
sekarang ni, tinggal pilihan pertama dan pilihan alternatif berbayar. Beli air
tapisan osmosis berbalik tu. Aku pilih beli. Sebab aku dah rasa pili bomba
zaman sekolah. Bagi peluang orang lain rasa pulak.
Budak rumah aku ada la tadah lima enam baldi air dari pili bomba. Berwarna
airnya. Walaupun suci tapi tidak menyucikan, aku belum rasa nak guna. Mungkin
mereka lebih perlu.
Subuh tadi, adik rumah aku ketuk pintu bilik aku. Dia tanya, boleh tak budak
rumah tingkat atas nak tumpang mandi. Rumah tingkat atas, susah nak angkut air.
Aku ok je. Diaorang yang tadah pun. Aku suruh adik rumah tu
tanya ahli rumah yang lain macam mana. Lagi-lagi yang lebih memerlukan. Ahli
rumah yang- junior aku, tapi senior dia. Nampak dia muka serba-salah. Jadi aku
kata, boleh je nak bagi budak rumah lain, tapi satu baldi je la.
Dalam 5-6 baldi, boleh bagi satu je.
Nampak tak?
Kat dunia ni, air tu pun satu nikmat besar yang kita selalu
tak nampak.
Tak nampak air tu boleh menyegarkan, buat masak, basuh baju, basuh kereta.. Hah
dah macam isi karangan sekolah rendah. Berita televisyen selalu buat ujian
banjir tu semacam musibah besar untuk semua hamba Allah. Satu sudut lain dalam
dunia ni, air lah jadi keperluan besar. Tak ada air langsung. Aku maksudkan,
langsung. Kawasan aku ni kira ada air lagi..
Lagi satu, aku termuhasabah sangat waktu adik rumah tu tanya
sama ada boleh atau tidak beri sedikit air untuk budak rumah lain.
Signifikan?
Di padang Mahsyar nanti, kita masih akan menjalankan proses debit kredit.
Saat timbangan Mizan tu sedikit lagi membezakan sama ada kita akan ke Syurga
atau neraka, saat itulah kita akan menagih simpati dan menebus pahala daripada orang lain.
Kata seorang Syeikh, waktu tu.. tak akan ada sesiapa pun
sanggup beri bekalan pahala dia pada orang lain. Hatta seorang ibu kepada anak,
guru kepada murid, seorang sahabat kepada sahabat yang lain, apatah lagi
seorang musuh kepada musuh yang lain.
Hanya, seorang insan mulia sahaja yang mampu buat begitu.
Rasulullah sallallahu a’laihi wasasalam.
Selawat la banyak-banyak. Tak kenal baginda kat dunia,
jangan harap baginda nak kenal kita di akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)