Wednesday, August 29, 2012

'Abang Hasyim!'
'Dapat fly eh?'

'Aah.' Senyum.

'Pergi mana?'

'London.'

'Woahh.. dapat course apa?'

'Software engineering.'

'Oo. Tahniah eh.'

'Thanks. Dah sem berapa?

'Lima.'

'Oh, dah nak habis dah..'

'Oh em. Insya-Allah.' Senyum. Kedua-duanya berlalu pergi.




Bekas presiden kolej aku.
Dah nak fly dah dia.

London beb.

:)

Wednesday, August 22, 2012

Pasca Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah masuk Syawal, alhamdulillah. Pemenangkah aku dalam bulan Ramadhan?
Entah aku tak tahu.

Tapi aku cuba nak kekalkan apa yang dah dilatih sebulan yang lalu.
Kata orang, 11 bulan sebenarnya tempoh berlatih untuk satu bulan Ramadhan. Tapi 11 bulan dah jadi leka, bulan Ramadhan baru semangat nak bermula, apa salahnya kan?

Kata Amin Idris, kalau nak buat perkara baik, masa yang paling tepat ialah sekarang. Sekarang aku, masa bulan Ramadhan hari tu. Harap-harap momentum kekal padu dan jitu.


Member Mesir yang tengah cuti lama, Indah roger hari tu. Ajak i'tikaf kat masjid-masjid. Amatlah teruja hati saya. Tapi mengenangkan duduk di asrama bersama tanggungjawab, terpaksa aku tolak dengan kesedihan hati. Sobs. Tapi, aku sedapkan hati. Bulan penuh rahmat dan keampunan, kalau buat apa pun dengan niat baik, Allah akan hitung kan? Walaupun sebesar zarah. -Aa. Aku masih terfikir dan runsing, apa beza ayat seBESAR zarah, dengan seKECIL zarah? Ada beza kan kan?


Hanya beberapa hari terakhir Ramadhan, baru aku berkesempatan qiam kat masjid. Itupun sebab mak ayah aku pergi. Wahhhhhh eksaited sungguh. Sebelum-sebelum ni, mak rajin stay up kat surau area rumah untuk tadarus. Biasa la, tadarus kan khatam awal. Kemudian mak ajak ayah cari masjid. Kira aku ni menumpang je.


Cerita.
Dalam kereta, mak dengan ayah berbual.
Dalam kereta, aku duduk belakang dan mendengar.

Mak kata, seronok qiam kat masjid. Tenang, sejuk, dapat jemaah dengan imam Mesir, sahur sekejap kemudian sambung solat. Lepas Subuh, sambung baca Al-Quran.
Seronok sungguh la mak.
Ayah pun bersetuju.

Lalu ayah pun menyambung,
'Tapi itulah, kan. Kita ni sebenarnya kurang mujahadah. Solat pun dengan air-cond, dapat makan sahur free, berbuka free. Kat mana agaknya lah kan kita punya nilai ibadat tu. Kalau orang dulu, masak untuk famili, sekali dengan jiran. Eratkan silaturrahim..'

Aku, berfikir.
Aku tahu ayah sebenarnya tengah muhasabah diri. Tapi seakannya terbias ke aku dong~!

Solat tarawikh di awalnya, mahu kejar 20 rakaat. Tak kisah la khusyu' ke tidak. Bantai tajwid pun tak apa asal 20 tu sampai. Tapi solat wajibnya, masih leka dan lalai depan laptop sampai terbabas. Wa a'auzubillah. :'(

Baca Al-Quran 1 juzu' sehari pun tak mampu. Hari-hari awal boleh cerita la. Baca... fuh, best je.
Lama-lama eh apa pasal terasa makin baca makin banyak? Apakah itu petanda hamba Ramadhan? Sadiss.


Entahlah. Apa nilai ibadat kita agaknya? Apa nilai ibadat aku?
Buat sikit dah terasa banyak. Terasa sesak dengan perkataan 'sibuk' yang kita cipta sendiri.
Aku, bila nak sebut yang aku sibuk, aku mesti rasa macam ralat dan terdiam.
Sebabnya, aku tahu, manusia paling sibuk kat dunia ni Rasulullah seorang je. Sibuk Rasulullah, masih libatkan orang dalam seharian dia. Sibuk baginda, masih tak lupa Allah. Sibuk baginda, masih banyak tauladan boleh dicedok.
Sibuk kita? Cehh. Sibuk buat assignment ambil main Facebook sebenarnya. Tak gitu, Aisyah? Wohhh Sadiss!

Dahlah. Terasa emosi pula tiba-tiba.
Pesanan penutup, apa yang kita dah azamkan nak buat bulan Ramadhan, teruskan je bulan-bulan yang lain.
Al-Quran tu, kata ustaz, kalau nak baca jangan tengok halaman-halaman belakang. Baca je muka surat yang kita buka. Sebab, makin diselak terasa banyak lagi nak baca. Last-last malas nak baca. Satu hari, setengah muka. Insya-Allah tak susah pun..

Terpanjang pulak.
Assalamualaikum.