Friday, November 25, 2011

Tahun 1433

Hijrah itu daripada yang tidak tahu kepada berilmu, daripada gelap kepada yang cerah.



Salam Awal Muharram.
Selamat tahun baharu. Dapat buku baharu, jadi orang baharu.

Friday, November 18, 2011

sem 4 yang gembira

Aku sudah mahu memanjat tangga ke-4 setelah mendapat semangat yang baik daripada sahabat. Puas aku berfikir bagaimana mahu menterjemahkan 'friendly reminder'? Peringatan yang sangat... kawan? Huhu.
Peringatan tulus ikhlas mungkin paling sesuai jika dialih bahasa. Ya, kawan yang baik memberi peringatan tentang cita-cita yang aku pernah sebut tapi tak letak di hati. Belum benar-benar bersungguh. Itulah, kadang-kadang manusia selalu mengambil serius setiap butir kata yang keluar dari bibir; yang kita sendiri anggap sebagai buih-buih belon sabun. Terbang entah ke mana di bawa angin. Pecah, dan dilupakan. Rupanya buih belon itu diperhatikan dengan teliti organisma sekeliling.


 
Baik.
Jadi, mahu tak mahu aku terus.
Sebab entah dari mana datang roh yang membara ni. Harap-harap momentum kekal hingga akhir garisan.
Aku dapat kelas baru, ahli kelas baru, guru-guru baru. Suasana baru nanti. Ah, gembira.


 

Oh tamat cuti juga aku berpuas hati. Aku dapat laksanakan banyak perkara yang aku mahu. Cuma aku kurang menelaah bahan ilmiah. Aku dah faham makna frasa 'ilmu di dada kian beransur hilang'. Terasa betul. Masuk semester baru ini pula aku rasa banyak yang menanti. Sekalian tanggungjawab yang aku dah bersedia untuk angkat kedua tangan. Sungguhla aku tak mahu untuk sisa-sisa semester ni menanggung dan menjawab lagi perkara sampingan selain belajar.


Aku tanya kamu, bolehkah begitu?

Friday, November 11, 2011

Kali pertama.

Mulakan kerja kali pertama dengan Bismillah....


Setiap manusia pasti akan ada kali pertama yang tersendiri. Pasti ada.
Kali pertama menunggang basikal dan terjatuh,
kali pertama mendaftar ke sekolah
kali pertama berdiri di khalayak ramai
kali pertama menghadiri temu duga
kali pertama dapat keputusan peperiksaan yang berbeza
dan apa pun yang tidak pernah dilakukan atau lain dari sebelumnya, itulah kali pertama.


Kali pertama seharusnya tidak terhenti setakat itu, kerana akan ada peristiwa lain yang menjadi kesinambungan kali pertama. Situasi yang sama, hanya detik yang lain. Lantas, mulut akan menyebut ," Ah, teringat kali pertama aku blablabla dahulu."


Mungkin waktu tu kita mengulang perkara yang sama dengan 'kali pertama'. Cumanya, waktu itu sudah rasa biasa-biasa. Tak sespesial perasaan kali pertama. Lali, bosan, atau jadi lebih baik. Ada juga yang cuba-cuba menangguh kali pertamanya kerana takutkan cabaran. Perbuatan menangguh tidak akan menyelamatkan diri dari menghadapi kali pertama, sebaliknya hanya memberi kelegaan sekejap waktu. Sampai ketika, mesti dilaksanakan juga. Jadi, apa rasional menunda kerisauan kita?


Kali pertama itu memang akan ada dalam bermacam cara. Bersedia sahaja untuk hadapi rasa-rasa.
Ibarat menghidupkan enjin kereta. Menekan-nekan pedal minyak, tetapi gear masih dalam mod neutral. Tak berganjak. Kerana apa? Memikirkan konsikuansi yang tidak-tidak.


Kalau kamu berada dalam situasi kali pertama, ingat pesan aku.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan kuat-kuat dan bergeraklah. Kerana kelak, mahu tidak mahu kau akan tetap hadapi perkara yang sama.



Hanya ada dua situasi sahaja kali pertama tak akan berulang dalam hidup kita.

Saat kita dilahirkan, dan saatnya kita mati.







Cubaan kali pertama mungkin tidak mencapai jangkaan kau.
Tidak kemas, kurang memuaskan.
Namun, tetap akhirinya dengan Alhamdulillah ..










 

11.11.11
Orang sibuk hebohkan tarikh ini, aku pun mahu juga.
Ada apa sebenarnya?




 




Wednesday, November 9, 2011

Bestfriends forever.

Aku tak percaya pada kata-kata tu.

Aku gunakan ayat tu sejak tadika lagi untuk kawan-kawan yang selalu teman aku bermain, makan, dan pergi ke tandas.
Tapi sampai sekarang, rakan se-tadika pun aku tak dapat jejak.
Nama pun sudah lupa.
Kalau ada yang tulis status sedih atau gembira di Facebook, 
culas betul aku mahu bertanya kenapa.




Mungkin kerana aku kurang romantis.





"You get to add new friends, you get unfriend-ed by a few old ones
and sometimes you're blocked by or forced to block others..
I guess that's Facebook life eh?" -Azri

Mahu marah

Tajuk sahaja sudah negatif.
Tapi aku terasa nak marah-marah. Boleh?
Tak. Jangan marah-marah.
Allah tak suka. Rasul tak suka.
Ok jangan marah.



Kamu tahu, aku rasa seperti sudah tidak mahu berkomunikasi dengan manusia.
Sama ada akan wujud perselisihan, atau aku sering rasa dibuli bila tak mampu nak bidas balik.
Skil halus aku dah merosot.
Betul ni, aku dapat rasa.
Jadi Anis, bukan aku tak mahu bercerita. Aku tak tahu mana nak mula.



Kamu kalau ada masalah, jangan biasakan diri pendam.
Ada sahabat, pergunakan dia.
Jiwa dia mungkin lebih terseksa melihat kamu murung konon mahu elakkan dia dari bermasalah.
Sebenarnya, muka itik masam itu lebih menyerabutkan fikiran.
Dan lama-lama, kamu berpotensi jadi zombi.



Macam aku.

Sunday, November 6, 2011

sometimes, I just want to be listened.

Tapi, ada manusia berpesan dalam tintanya,

'Jangan sebarkan rasa sedih =)'





Bertahanlah. Selagi termampu.

Thursday, November 3, 2011

20114

"Selagi ada denyutan nadi, selama itu aku cuba berdiri"


Bismillah wal hamdulillah.



Untuk yang menjenguk blog ini untuk tahu kedudukan aku;

Ketahuilah kalian bahawa perjuangan ke tingkat 6 dah terhenti di tangga ke-3. 
Ah, nak buat macam mana.
Aku sendiri pun tertawa.
Kadang-kadang aku rasa sedang mengekperimentasi diri sendiri dengan dunia.
Cuba apa saja pemboleh ubah manipulasi untuk dapatkan hasil bergerak balas.
Huha.

Alhamdulillah.

Teruskan.