Saturday, March 26, 2011

Misi Mencari Toyyibat II-Jaulah Ke KiriKananBukit

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ana uhibbukum fil islam.
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Marilah kita sama-sama meluruskan niat agar pertemuan ini tidak lain semata-mata mencari keredhaan Allah dan demi menyambung rantaian perjuangan Rasulullah SAW, Insya-Allah.


Menn !
Setelah beberapa ketika tidak mendengar ayat tu sejak zaman sekolah, serius hati mendayu-dayu bila ada orang ingatkan balik. Aku dah kata, dapat bertemu orang yang sefikrah ni memang masyuk lah.


Merujuk post yang lalu, aku dah kata aku nak melawat satu tempat yang bisa beri aku keangin bayuan dan boleh tenteramkan jiwa. Sambil menyelam cari batu karang, juga demi menziarah adik-adik tercinta di tempat yang mereka panggil Kanan Kiri Bukit. Puas aku memikir apa relevan diorang ulang-ulang kirikananbukit untuk tempat tu. Rupa-rupanya nama saintifik untuk Kuala Kubu Baru [KKB]. Ceit. Sungguh kreatif.






Dream comes true. Nak melawat DQ, nak ziarah adik. Bahagia oh.






Ini, paling bahagia.



"Memilih pemimpin itu berdasarkan dua ciri; soleh dan kifayah. Dan dari kifayah itu perlu adanya as-shauqah iaitu faktor dokongan. Di mana boleh dapatkan as-shauqah bagi seorang pemimpin Islam? Orang-orang beriman .
Dan kat mana pula nak cari orang beriman itu? "
"Kita".








Tumpang lalu. Ini tajuk Ekonomi nak menyelit.

According to law of demand; when price increases,  quantity demand will also increase.

Let the price change to quality factor.
My new idea on law of 'orang beriman' demand is; when the quality increases, quantity demand will increase.
Translate : Apabila kualiti orang beriman meningkat, maka jumlah permintaan untuk mereka juga meningkat. Jadi, kena tingkatkan kualiti iman so that kita boleh meningkatkan jumlah orang beriman.
Wuhuuuu. Menangis sir kalau dia baca law yang dah dimanipulasi ni. Kekeke. Maaf sir.




Entah apa aku merepek.
Serius bahagia berjaulah tadi. Perkongsian yang sangat membuka minda. Dah lama tak rasa aliran ukhwah sekuat itu. Konklusi yang aku dapat, ke mana pun diri dicampak atau tercampak, kena bersyukur sebab Allah sudi lagi beri tempat terbaik untuk tarbiyah diri kita. Tempat paling tak best atau tempat yang heaven di mata manusia tak beri apa-apa kuman pun. Bersyukur, supaya kita dapat nikmat double insya-Allah.



Babai.
Assalamualaikum.

Friday, March 25, 2011

Misi Mencari Toyyibat I

Bismillahirrahmanirrahim.

Jasad  aku dah lama rasa jauh dengan orang baik. Hati selalu rindu pada orang baik.
Baik baik.  Ada ramai orang baik di sekeliling aku. Tapi aku perlukan orang baik yang bukan sahaja berfitrah, tetapi juga berfikrah.
Orang yang hepi kan aku itu orang yang baik.
Orang yang membenarkan aku jadi diri aku itu orang yang baik.
Orang yang selalu manja-manja dengan aku itu orang yang baik.
Orang yang selalu cakap dengan nada baik untuk jaga perasaan aku itu orang yang baik.
Apehal tah semua tentang aku.

Semua orang baik. Alhamdulillah.

Cuma, aku perlukan suasana baik untuk indicate balik iman. Ada sahabat cakap, "mereka di tempat baik itu pun manusia jugak".  Hm. Ada betulnya. Mungkin aku terlalu bercerita tentang keinginan aku menziarah tempat baik itu, melihat orang-orang baik pakaian dan insya Allah akhlaknya sampai sahabat ini rasa aku mengagungkan mereka. Oh tidak. Aku kata, aku perlukan kekuatan dari suasana. Kadang-kadang nak buat solat rawatib pun gitu-gitu je sebab rasa solat fardhu dah tip top. Puasa sehari seminggu rasa macam dah bagus sangat sebab tak ada orang lain buat. Atau rasa exam itu terlalu penting sampai rasa berat nak turun jemaah. Atau, tak baca ma'thurat sebab terlupa. Tersengaja mengumpat dan melayan rasa marah. Semua tu berlaku bila kita tak bersama orang baik yang boleh ingatkan kita. Betul?

Jadi, dalam perkara ibadat, kita kena tengok orang lebih banyak berbuat supaya kita ada rasa jeles dan nak buat lebih. Fastabiqul khairot ~
Dalam perkara ibadat, tiada Ithar ye [melebihkan orang lain daripada diri sendiri]. Itu ada hanya pada muamalat. 






Kesimpulan. 
Insya-Allah akan ke suatu tempat yang pada first impressionnya dapat meningkatkan iman. Di mana? Kalau rajin nanti aku beritahu. 

Em. Ini perjalanan yang jauh untuk menop up iman. Sungguh teruja untuk date bersama adik-adik sefikrah di tempat berbiah solehah. Chow.
Abaikan tatabahasa.  

Thursday, March 24, 2011

Selamat.

Adik-adik dah dapat keputusan SPM semalam.

Pagi 23 Mac tu, aku rasa berdebar betul. Ceh. Lebih kaki daripada selipar.Berdebar nak tahu berapa orang dapat A lurus, berapa A senget-senget dan berapa orang dapat saudara-mara abjad A yang lain. Memang dah dimindsettingkan yang A itu penting dalam hidup. Sampaikan aku pun tak boleh nak lari daripada kelompok ordinary yang bertanya soalan ordinary kepada adik-adik lepasan sekolah yang extraordinary. 'Macam mana result?'
Sebenarnya soalan ordinarynya; berapa A kamu dapat?

Fitrah pelajar di sekolah molek itu, dididik untuk sebut Alhamdulillah dulu. Tapi hati tak tahu dah redha belum kan. Takpe, ambil masa nak didik hati itu. Sehari, seminggu. Ambillah.

Bila tahu sesetengah adik-adik aku  bersedih dengan keputusan yang diorang dapat, aku tak tahu macam mana nak tenangkan sebab.. em. biarlah mereka luahkan rasa itu. Sebab aku pun pernah rasa sakit yang amat tu. Nak cakap banyak waktu macam ini kurang sesuai. Aku tahu adik-adik SMAKL tahu mana nak cari kekuatan. Manusia sebagai medium sahaja. Mereka akan kembali serahkan rasa pada Yang Maha Mengetahui juga pada akhirnya. Menangis pada manusia tak masyuk sangat. Cecita pada Yang Maha Mendengar. Hati tenang, nampak pula jalan keluar.


Waktu aku sedih guling-guling dulu, aku selalu dengar ayat ini; SPM bukan penentu masa hadapan. Masa tu aku rasa orang yang cakap macam tu tah pape tah . Dia tak faham kot kekuciwaan ini.
Sekarang aku dah sedar apa maksud ayat tu. SPM memang bukan penentu masa depan. Cuma, penting untuk dapatkan tempat terbaik untuk membentuk masa depan. Betul, kita tak tahu apa-apa tentang masa depan. Kita selalu harap dapat yang terbagus dan lupa yang keburukan, kegagalan yang kita cuba elakkan itu mungkin akan bantu kita jadi manusia lebih baik. Selalu berada dalam keadaan selesa boleh buat kita takabbur dan sombong. Sedangkan sifat-sifat tu adalah hak eksklusif Allah :)

Selamat berjuang.










Aku final 20/4 ni. 10 hari exam tanpa ada study week. 
Tengoklah sejauh mana Siti Aisyah jadi kuat seperti yang dia bebelkan. 
Dekan macam dah kata babai sebab asyik main-main.

Sunday, March 20, 2011

Separuh nafas.

Ye, akhir-akhir ni rasa seperti separuh bernafas sahaja. Belum sempat menghela, terpaksa menambah nafas yang ada. Kau faham metafora?

Aku nak bercerita, tapi kekangan masa tak izinkan. Pernah satu ketika dulu aku tulis di ruangan status Facebook, 'Aku harap aku dapat jadi orang yang sibuk dengan perkara bermanfaat'. Aku tak ingat berapa orang yang TERtekan butang like, ada dalam belas juga la. Dan sekarang, kata berupa doa tu dah termakbul. Sibuk dengan perkara bermanfaat betul-betul jadi ujian untuk aku.



When Adam Meet Hawa -
Dipertanggungjawabkan kepada Biro Kerohanian Asrama untuk dijalankan.
Bertarikh 18/3, Alhamdulillah program ini berjalan lancar apabila tiba part Dr Harlina. Secara jujur daripada pihak aku, ada part-part yang aku rasa terkilan ah sebab tak dapat buat dengan baik. Sepanjang minggu ni, hati aku sangat serabut dengan program ni. Allah dah banyak mudahkan, tapi aku yang masih fikir kesukaran. Sungguh negatif perasaan seminggu yang telah disebarkan kepada masyarakat sekeliling.
Aku cerita keresahan ni pada orang-orang yang terpilih, mungkin sebab aku percaya pada mereka. Antaranya pada adik yang dikasihi. Kata adik kkb yang dikasihi, "in sha Allah everything should be alright. There's always first time for everything kan.". Jadi aku teruskan. Terima kasih adik :)

Dipen-cerkan, rata-rata hadirin yang datang berpuas hati. Oh sudah tentu mereka suka pada Dr Har. Dr Har seorang doktor, aktivis dan ibu yang ada X-factor. Aku hantar barang kat kereta dia dan ternampak baju putih doktor dalam kereta beliau. Rasa respect toin toin datang tiba-tiba. Terkilan juga tak dapat join sepenuhnya sebab kena ke sana ke sini uruskan perkara lain, tapi aku tahu mereka dapat ilmu baru. Sama seperti aku.

Bila aku sebut tentang hadirin merangkap pelajar ASRAMA Siswi, kau tak boleh bayang yang jiwa mereka semua tenang. Jiwa dia bukan jiwa asrama SMAKL. Bukan jiwa UIA USIM DQ [tiba-tiba].They're  all expecting something different. Kalau setakat memaparkan statistik pembuangan bayi dan kemudian marah-marah dan kemudian pasang lagu yang mengingatkan ibu di kampung halaman dan kemudian insaflah wahai puteri yang dikasih tiang negara masa hadapan, bagi aku itu tidak cukup. Mereka perlu pada penceramah yang memahami mereka. Most important thing is, to be in their shoes [pehh. betul ke ni?] .Dr Har dah berjaya lakukan semua itu-pada aku. Moga mereka juga ada rasa yang sama.



Tamat tentang negative feeling.
Sambung kepada rasa sayang.





Dipost akan datang.