Thursday, October 6, 2011

Assalamualaikum.
Hari Jumaat.

Aku baru mula cuti sebulan lepas habis peperiksaan hari tu.
Sem 3 dah tamat alhamdulillah. 
Keputusan peperiksaan wallahu'alam.

Aku risau dan terkilan dengan diri sendiri sebenarnya.  Sem ni, aku tak dapat nak penuhi permintaan kawan-kawan yang minta aku ajar sekian-sekian subjek. Mentah-mentah aku tolak sebab aku pun tak ulangkaji subjek tu. Satu SUBJEK keseluruhan, bukan TOPIK.  Sem ni, selalu pentingkan diri. Sangat-sangat. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Sungguhla aku sedih sebab tak dapat nak bantu. Aku pun baca untuk survive. Determinasi tak cukup kuat.

Dan insiden tertinggal slip peperiksaan kat asrama memang buat aku cuak. Pagi Ahad, aku terpaksa menapak sendiri ke kolej. Tak ada teksi kolej langsung pagi tu dan aku seorang je pelajar sem 3 yang duduk asrama, ada paper pagi tu. Ok tak kisah sebab boleh je jalan kaki 20 minit.
Bila dah sampai, rilek-rilek. 8.30 pagi, bila nak masuk dewan baru aku perasan yang slip tak ada. Ohhh.............Terfikir terpaksa mengulang subjek pada sem depan.
Ohhhhh.......Tangan dah sejuk ..
Ohhhhhh....Tak tahu nak buat apa...
Allah bantu ohhhhhhhh....... Lepas tu dapat ambil slip dengan bantuan kawan. Oh.


Kesimpulan, peperiksaan dah habis.

2 comments:

Anonymous said...

Entry ni buat aku gelaklah :D .Selamat bercuti ^^
p/s : jgn buang masa cuti sem ni yek :p

Anonymous said...

Entry ni buat aku gelaklah :D .Selamat bercuti ^^
p/s : jgn buang masa cuti sem ni yek :p