'Aku lagi takut bila hati mati. Semua benda tak boleh nampak, dengar dan faham.'
Bismillahirrahmanirrahim..
Yang Awal. Yang Akhir.
Petang tadi masa dalam kereta lepas habis kelas memandu, Sir berborak-borak dengan pelajar lelaki.
Mr Sir: Sekarang banyak panas aa. Sekejap hujan, sekejap panas. Hailaaa..
Pelajar A: Ye lah. Itu iklim dah berubah. Dunia sudah tak selamatlah.
Pelajar B: Sekarang itu Thailand pun sudah banjir. Banyak negara pun sudah kena bencana. Malaysia belum lagi.
Mr Sir: Itu macam aa. Sekarang mahu buat apa, buat sahaja ikut suka. Mahu duit kaa, mahu makan kaa..Nanti sudah mati, apa pun tak ada. Betul tak? *sambil pandang aku.
Sudahnya, aku tak boleh berhenti berfikir.
Sudahnya, aku tak boleh berhenti berfikir.
Cerita lain.
Hari tu satu keluarga pergi makan kat luar. Ah, dah lama tak makan sama-sama. Bahagia.
Waktu makan, ayah bercerita tentang kemungkinan yang akan terjadi disebabkan banjir di Kemboja. Dinasihatkan setiap keluarga ada simpan bekalan makanan memandangkan banjir di sana akan menganggu bekalan beras di Malaysia.
Pernah baca.
Cerita lain.
Hari tu ramai bising-bising kata bulan cantik. Ada lingkaran cahaya luar bulan. Aku tak dapat tengok .Tak nampak langsung. Kemudian aku terbaca status kawan, "It may be beautiful, it may be gorgeous. But think about something else. It may be a warning. Everything happened has its own purpose."
Aku setuju.
Itu semua petanda yang aku pernah baca dan teringat bila dikaitkan.
Bencana alam, terputus bekalan makanan, fenomena-fenomena luar biasa.
Bencana alam, terputus bekalan makanan, fenomena-fenomena luar biasa.
Itu mungkin bukan isu untuk sesiapa. Ikut suka lah. Tapi peringatan untuk aku yang banyak berfoya-foya.
Panjang mana umur, bukan juga urusan aku. Banyak mana point amalan yang dah dikumpul, itu ya.
Sampai hati ya, masih banyak ketawa daripada banyak menangis.
Ada Himpunan Sejuta Umat dekat Dataran Shah Alam 22hb Oktober nanti.
Datanglah, bawa kawan-kawan kau.
Ini berkaitan akidah. Nak bagi jelas, nak bagi faham tentang masalah akidah kat Malaysia ni terutamanya.
Kalau kau boleh sesak-sesak nak tengok artis kegemaran kau,
kalau kau boleh post segala macam kes murtad dan penghinaan dekat FB,
kalau kau boleh cakap berdegar-degar tentang masalah umat,
apa kata kita sama-sama pergi berhimpun minggu depan.
Aku pun baru nak latih diri untuk ambil tahu.
Jangan risau, ini bersih. Tak ada water cannon dan gas pemedih mata.
1 comment:
mohon padaNya jangan dibutakan mata hati itu..
Post a Comment