Bismillah.
'Sometimes critical mind kills'
Facebook itu kadang-kadang boleh merunsingkan.
Oh, biar aku betulkan.
Bukan lagi kadang-kadang. Acapkali merunsingkan. Atau sentiasa; setiap kali kita bertekad untuk daftar masuk dan melihat luahan hati dan pendapat manusia. Selalu membawa kepada kebimbangan yang tidak berasas lalu meleret kepada perbincangan tampak indah dan berisi pada mulanya tapi hanya sia-sia pada akhirnya. Langsung tak memberi manfaat. Lebih parah, tercetus perang saudara.
Hebat Facebook.
Hebat Facebook.
Entah macam mana aku perlu huraikan. Dada aku sesak bila baca bermacam jenis fatwa, berita dan perbincangan yang tak berkesudahan. Semua nak keluarkan fatwa masing-masing.
Bila ada perkara yang tak cocok, tak akan berhenti bertanya kenapa dan kenapa. Bukan tanya untuk tahu. Tapi mahukan jawapan yang boleh puaskan hati sendiri. Nafsu.
Ah, saat ni mungkin ada manusia entah ceruk mana yang berdekah-dekah melihat kita bertelagah.
'Use their weapon against them'. Itu yang sepatutnya.
Sebarkan gambar pembunuhan berleluasa. Macam tak ada jiwa.
Keluar pelbagai hadis dan ayat Al-Quran. Supaya menang dalam medan perbincangan.
Kata-kata pujangga yang di puja-puja.
Artikel tentang kahwin usia muda. Ini lagi buat aku pening kepala.
Langkah, apa kata aku ambil mudah je intipati Facebook? Boleh?
Ok set.
~Selingan: Aku sekarang sangat giat menonton sinetron Para Pencari Tuhan.
Badly recommended oi!
Isu yang menarik perhatian aku, ialah bila mana ada watak manusia rasa cukup segalanya diniatkan dengan hati.
Asrul : Aku sudah tidak perlu pergi ke Mekah menunaikan haji. Hati aku sudah sentiasa ada di Kaabah.
Udin: Hm. kalau betul begitu aku juga tidak perlu solat kerana hati aku juga sudah berada di Kaabah. *senyum*
Aku rasa itu realiti. Mencari perkara yang boleh menghalalkan rasa hati.
Selalu tersesat dalam perjalanan mencari Tuhan.
Selalu tersesat dalam perjalanan mencari Tuhan.
No comments:
Post a Comment