Sunday, April 10, 2011

Suka Hati La Aku Nak Jadi Baik Pun.

Mula-mula aku takut apa yang aku perkatakan ni salah. Tapi ini untuk rujukan aku dan aku lega bila ada penulis lain perkatakan tentang ini. 
http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/04/akhowat-bukan-malaikat.html


Bismillahirrahmanirrahim.

Remaja yang sedang meningkat umur ni, semuanya sedang mencari identiti tersendiri. Tak, tak. Bukan cari dalam semak belakang rumah atau cari kat balai polis. Identiti ni sangatlah maya. Tak dapat dilihat secara material, tapi boleh nampak dari segi usaha dan output kemudian.

Semalam aku terbaca blog seorang sahabat yang kata, dia nak kembali pakai tudung labuh :)
Dia tulis, dia tak selesa orang judge dia dengan pakaian dia sekarang walaupun dia sedar yang dia dah tersasar sikit. Lepas berpakaian tak macam dulu yang lebih mengikut syariat, watak dia pun sedikit berubah. Aku rasa dia TAK BERUBAH selepas dia berpakaian biasa-biasa ni. Itu memang dia. Cuma orang yang salah tafsir.

'Peoples Do Judge A Book By Its Cover' - itulah topik yang akan dibincangkan pada hari ini.
Ada orang pakai tudung labuh suka dengar lagu rock kapak, ada budak baik suka tengok wrestlling, ada budak nampak sombong tapi dia sebenarnya sangat bising bila dah kenal orang.

Kita sebagai mangsa penilaian, tak boleh mengubah persepsi orang terhadap kita. Susah. Sebab mereka ada dua mata je untuk buat penilaian dari luar tapi mereka tak ada mata sakti nak tengok niat dalam hati kita. Ada je X-ray nak tengok hati, tapi NIAT tu masih tak dapat nak tengok.

Kadang-kadang kita nak juga buat apa yang kita suka [baca: apa yang disukai, bukan sesuka hati]. Dengar lagu tak soleh, ketawa-ketawa, makan jajan, pergi Times Square sorang-sorang tengok orang, marah orang sebab buat dengki kat kita dan lain-lain. Disebabkan kritikan orang, kita kena berhenti buat itu. Waktu tu, kena tengok baliklah apa yang ditegur tu ada relevan ke tidak. Contoh yang aku selalu dapat waktu kat kolej

Situasi 1(Waktu rehat tengahari-kolej)
Aku: Aa. Laparlaaa. Nak makan ape ek?
Mereka: Pegi la beli roti kat Koop.
Aku: Aa. Tak nak ah roti.
Mereka: Muffin ada.
Aku: Aa. Tak nak gak muffin.
Mereka: Habis tu nak makan apa?
Aku: Aa. Rasa macam nak makan Corntoz ah. Boleh tak?
Mereke: AISYAH MAKAN CORNTOZ KE?

Situasi 2(Waktu makan malam tak tau nak makan ape- cafe asrama yang tak jual goreng2-)
Aku: Kak Tipah, lapar la. Apa yang ada?
Kak Tipah: Burger ada, kentang goreng ada. Kat depan tu ada roti gulung.
Aku: ........ Kak, nak makan megi boleh?
Kak Tipah: ........
Aku: Oo. Tak boleh eh?
Kak Tipah: Bukan tak boleh. Tapi, AISYAH MAKAN MEGI KE?

Situasi 3 (Dalam surau. Saya ini memakai tudung syria yang pendek itu sebagai inner ye.Bila nak pi ambil wuduk, saya pakai tudung syria itu aje. Boleh bayang?)
Mereka: Eh, Aisyah nak pergi mana?
Aku: Ambil wuduk ah. Kenapa?
Mereka: Aisyah pakai tudung siapa tu?
Aku: Tudung Aisyah la. Awat?
Mereka: Oo. [Muka tak puas hati penuh persoalan]
Aku: Ohhhhh. [Menjelaskan sehingga mereka faham]

Haa. Itu yang jadi pada akulah. Orang nakal macam aku pun masih ada yang sudi menegur. Aku anggap tu teguran lah bila orang tak sangka aku buat begitu begini. Makan jajan tak bagus, makan megi tak bagus, pakai tudung syria tak boleh sebab singkat. Kira mereka faham benda benda itu tak betul dan bila orang yang diorang ingat tak buat pun buat, diorang akan rasa benda tu tak salah.

Jadi, orang yang ditarbiyah dan ada ilmu, KITA KENA BERUBAH.
Itu tak dinamakan hipokrit, melainkan itu merupakan starting point yang cun untuk kita berubah. Setiap kali aku rasa lapar, tak tau nak makan apa dan rasa nak makan jajan, keinginan negatif aku boleh terbantut teringatkan kata-kata orang. Bukan fikirkan persepsi orang, tapi peringatan daripada orang. Bukan ke itu satu anjakan paradigma yang bagus?

                                          

Ok, mari kembali ke cerita tudung labuh. Aku bukan orang yang layak nak cerita pasal tudung labuh. Tapi, tudung labuh ni bagi aku memang ada satu kredibiliti yang tinggi. Kalau dah pakai, akhlak kena jaga. Bukan berakhlak kerana tudung labuh, tapi bertudung labuh kerana berakhlak. Jangan melenting bila orang tegur, 'Nama je pakai tudung labuh, tapi perangai samaaaaaa jee. Aku rasa orang yang tak pakai tudung lagi bagus daripada dia.'

Apakah yang dimaksudkan dengan perangai yang sama, kawan-kawan?
Perangai sama dalam pemahaman saya sendiri ialah dari segi percakapan, tingkah laku, dan pergaulan.
Sama dengan siapa?
Em, itu aku kurang pasti. Mungkin dia menyamakan kita dengan adik dia yang berumur 5 tahun. Atau jiran belakang rumah dia. Atau kucing belaan kesayangan dia. Atau dia bandingkan dengan masyarakat sekeliling yang rendah nilai moralnya. Aku rasa yang keempat.

Berubahlah. Nilai kata orang yang tak menyukai kita sebab itu yang sejujurnya. Buang sikap ego dengan ayat, 'SEKURANG-KURANGNYA AKU LEBIH BAIK DARIPADA DIA atau AT LEAST AKU TAK LAH BUAT MACAM TU .'

Hamboih kauuuuu. Kau tau tak itu ayat cover yang old style punya? Nak cakap yang kau lebih baik sebab tak buat apa yang orang lain buat. Meh baca aku tulis ni.
Sebenarnya kita pernah je buat  kesalahan yang sama tapi kita rasa apa yang kita buat tu boleh kawtim lagi berbanding orang lain.
 Ayat tu boleh membawa riak. Allah tak suka orang yang riak. Tak ada manusia yang sempurna melainkan dibezakan dengan takwa. Ingat tu ye kawan-kawan.




Tapi, pada satu tahap kau dah cuba buat yang terbaik untuk laksanakan perintah Allah dalam hidup kau, pedulikanlah kata nista manusia sebab itu hanya sementara. Allah sebaik-baik perancang kan.

Akhir kata daripada penaja, perubahan imej biarlah seiring dengan perubahan akhlak.
Petik sikit hasil tulisan adik, "watak, peribadi, aqal dan hati, mestilah seirama dengan al-quran."' -lebih kurang macam tu ah :p


Wallahua'lam.

No comments: