Saturday, April 16, 2011

Belajar Tamadun Supaya Kita Bertamadun


Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu kelas dah habis,  dan ada berbaki seminggu untuk buat air rebusan buku-buku dan minum. Ok itu sangat kuno dan tak ada testimonial yang mengatakan aktiviti itu memberi kesan yang baik. Menambah karbon dalam badan ada.
Seminggu untuk lihat segalanya dengan akal fikiran yang dipinjamkan dibantu sepasang mata ni. Baca, faham dan ingat (dan amalkan) 6 subjek ini.

Aku rasa gelisah juga. Gelisah sebab dibayangi kejayaan dulu.
Kau tahu, budak kelas aku semua dapat markah tinggi-tinggi untuk bantu markah final ni. Kalau dapat 35/40 tu pun masih dikata 'alah, sikit je..'
Lepas tu siapa yang cakap macam tu mesti kena marah dengan aku. Susah la nak buat orang fikir yang dunia ni sekejap je. Biarlah. Mind set.

Baiklah. Ini rumusan yang aku dapat lepas baca Tamadun Islam. Kalau kau rasa bosan dengan perkataan TAMADUN, maknanya kau tak ambil peduli apa dah dan akan jadi pada kita .

Dari pembacaan aku, antara sebab kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir ialah disebabkan  masyarakatnya RASA SELESA DENGAN ILMU yang ada.

Ketika zaman kerajaan Bani Umayyah, Eropah sibuk belajar pelbagai ilmu dengan orang Islam. Dikatakan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian pada masa tu sangat rapat  sebab Islam dah bawa keluar Andalusia (zaman Umayyah tau ni) dari pemerintahan autokratik. Pendidikan, teknologi dan ilmu lain diajar kepada semua masyarakat. Semuanya dalam bahasa Arab. Zaman inilah suasana pembelajaran atau 'pesta ilmu' dijalankan dengan meriah. Al-Hakam II, pemerintah Andalusia zaman itu memainkan peranan dengan sangat menggalakkan pelajar-pelajar mereka ke Timur untuk bawa balik buku-buku dalam pelbagai supaya orang lain dapat manfaat jugak.

Untuk memajukan negara, mereka tak bawa masuk artis dari luar atau buka hub hiburan, tapi sangat banyak mengimport ilmuwan-ilmuwan dari pelbagai tempat di Andalusia. Ilmuwan dari Timur ni ditawarkan untuk berkhidmat dalam bidang sains terutamanya, dengan gaji yang lumayan. Aktiviti penterjemahan dari bahasa Yunani ke bahasa Arab pun giat dijalankan.

Apa lagi yang ilmiah?
Perpustakaan. Setiap negeri akan ada satu perpustakaan iaitu sebanyak TUJUHPULUH buah yang diisi dengan 400,000 jilid buku dan 17 institusi pengajian dibina untuk pastikan semua orang dapat pendidikan. Kesannya, Andalusia berjaya lahirkan ramai ilmuwan terkenal dan semua penduduk tahu membaca dan menulis. How cool is that?



Lihat graf di atas kalau anda pandai baca graf. Belajar ekonomi buat aku suka graf.

Zaman kegemilangan berada di puncak ketika zaman Abbasiyah. Juga sebab ilmu.
Dan dalam ketiga-tiga zaman ni ni, kegiatan penterjemahan menjadi sebab utama mereka dapat capai kecemerlangan. Rahsianya kalau nak negara kita maju, kita pun kena ada aktiviti penterjemahan yang aktif!Kenapa bangsa selalu kena tipu? EM. Sebab tak faham bahasa asing. Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya. 

Seterusnya yang aku nak highlightkan part graf menurun.

Macam yang aku tulis di atas, antara sebab tumbangnya kerajaan Uthmaniyah ialah disebabkan mereka tak nak belajar perkara baru. Nampak tak graf Eropah warna merah tu meningkat? Itu hasil usaha mereka mendampingi ilmuwan Islam sejak zaman Kerajaan Umayyah lagi. Meningkat dan terus meningkat disebabkan ilmu pengetahuan yang dicedok tanpa rasa jemu dan malu dan dalam masa yang sama pemerintah zaman kerajaan Uthmaniyah hidup macam tu juga. Mereka anggap, ilmu kurun ke-19 masih sama dengan ilmu kurun ke-13. See. RASA SELESA.

Kesimpulan
Kita tak cukup belajar semata-mata belajar untuk dihabiskan atas kertas je. Faktor kejatuhan lain zaman Uthmaniyyah macam sibuk berfoya-foya dan berhibur, malas nak tuntut ilmu, keterbelakangan dalam persenjataan, banyak bergaduh sesama Islam sebab perkara remeh,keruntuhan moral anak bangsa, tak amanah pun sangat mirip dengan zaman kita. Allah suruh kita cari akhirat dalam dunia. Bukan meninggalkan dunia dan berharap pada akhirat semata-mata.

Kata pensyarah aku, 'Awak ubahlah'.

Awak itu bukan aku seorang, tapi remaja sezaman dengan aku. Tapi aku tengok semua orang macam sibuk layan perasaan cinta dunia tak sudah-sudah, layan korea, layan Akademi Funtapisiasia, layan konsert Adam Lambert Lady Gaga Bruno Mars, layan Farmville, layan twitter dan tak ada siapa nak layan aku yang mencari teman seperjuangan ni. Ada sahabat pun, suka hilangkan diri dan aku tak tau kenapa, sampai sekarang.

Banyak sebenarnya aku nak cerita tentang ini tapi aku ada date dengan subjek lain.

Aku sangat tertampar dengan kebenaran yang aku baru sedar ni. Padahal ini la jugak perkara yang aku belajar waktu SPM dulu. Ahah. Dulu pilih nak hafal Ulum Hadis, Hadis, Al-Quran Ulum Quran je. Yang senang nak dapat markah. Sekarang, semuanya tak manis macam dulu. Aku nak target markah tinggi, dan tak nak jadi orang lupa bila ditanya balik tentang tamadun.
 
-Orang yang melupakan sejarah, akan mengulanginya- George Santaya.
 
Wassalam. Chaw.

No comments: