Sunday, April 3, 2011

Majlis Fikiran Terbuka

Aku mula catatan ni Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Harap-harap catatan ni tak undang salah faham atau kebencian orang pada aku. Dan moganya kemerepekan-hati-yang-diluahkan ni tak dipengaruhi emosi aminnnnnnnnnn.
Peace.


Ummm.
Tadi kan, saya ke SAB [Sekolah Atas Bukit] untuk attend Hari Membuka Dompet Terbuka Asrama. Yeah. Memang senyum lebar dapat ketemu rakan-rakan. Nampaknya bukan saya saje rasa begitu kerana adik-adik dan kakak-kakak termasuk abang-abang ex-SAB juga bergumbira dengan jayanya. Tengok gerai yang meriah dengan hiasan buat saya teringat zaman muda dulu berjaga 2-3 pagi buat segala benda demi mengindahkan gerai dorm untuk Hari Terbuka ni. Masa tu lah mengeratkan silaturrahim dengan ahli dorm.

Tapi setelah belajar tentang business kan adik-adik, kakak mu ini baru mengetahui satu konsep di mana pelanggan lebih suka jika dapat melihat produk itu dengan jelas dan tidak tenggelam dengan dunia imiginasi hiasan semata-mata. Belon-belon gantung-gantung itu memang meriah, tapi kita tak jual hiasan. Kita nak jual produk. Mesti pastikan produk tu dah dihighlightkan dengan  sesungguh hati. Sebagai contoh, adakah anda masih akan membeli produk Dr Rozmey sedangkan anda tak tahu pun apa fungsi sebenarnya? Anda lebih mengenali nama,rupa dan cerita peribadi Dr Rozmey daripada produknya bukan? Maknanya, pelanggan tak nampak mana produk sebab dah tenggelam. Begitulah analogi yang saya kira sama walaupun tak sama sangat.. Okay sila jangan rasa lemah semangat ye. Saya bagitau je tips untuk usahawan berjaya :)
Moga usaha kalian ini dapat redha Allah untuk jadi usahawan Islam kreatif berjaya aminnn.



-Sambungan di bawah khas untuk mereka yang bersama saya selama 5 tahun-

Ye lah. Kegembiraan berterusan sepanjang majlis. Jumpa cikgu, salam-salam. Jumpa kawan, cerita-cerita.
Tapi entahlah. Saya tak dapat apa yang saya mahu di sana. Saya pergi bukan saja-saja. Hati rasa atmosfera SAB dah pelik. Waktu pelik dan tak best pada tahap kritikal tu, saya cuma mampu berdoa-
agar Allah pelihara adik-adik kecik yang suci pemikiran tu agar tak terpengaruh bila tengok watak senior lepasan sekolah. 
Agar bakal lepasan sekolah tak rasa habis sekolah bermakna dapat bawa pasangan tak halal enjoy sama-sama atau beramah sangat sesama mereka.
Agar SAB masih dapat jadi taman islam yang mendidik jiwa soleh wa musleh.
Agar sekolah itu bukan sekadartempat meletak anak untuk dapat 9A lalu diragut ke sekolah lain untuk dapat endorsement yang lebih gah.
Agar guru-guru ini redha dengan ilmu yang diajar.


 
Kalau kau ada masa, bacalah entri Kak Juma ni. Aku terasa kot.


Ada satu insiden yang berlaku tadi, yang menyebabkan aku rasa sesetengah pelajar lelaki SAB sangat menakutkan. Sedih. :(







Status Fada satu ketika dahulu, 'If you're too open-minded, your brain will falls out'
Nampak lucu, tapi untuk saat ini aku rasa status ni relevan.





No comments: