Sunday, March 20, 2011

Separuh nafas.

Ye, akhir-akhir ni rasa seperti separuh bernafas sahaja. Belum sempat menghela, terpaksa menambah nafas yang ada. Kau faham metafora?

Aku nak bercerita, tapi kekangan masa tak izinkan. Pernah satu ketika dulu aku tulis di ruangan status Facebook, 'Aku harap aku dapat jadi orang yang sibuk dengan perkara bermanfaat'. Aku tak ingat berapa orang yang TERtekan butang like, ada dalam belas juga la. Dan sekarang, kata berupa doa tu dah termakbul. Sibuk dengan perkara bermanfaat betul-betul jadi ujian untuk aku.



When Adam Meet Hawa -
Dipertanggungjawabkan kepada Biro Kerohanian Asrama untuk dijalankan.
Bertarikh 18/3, Alhamdulillah program ini berjalan lancar apabila tiba part Dr Harlina. Secara jujur daripada pihak aku, ada part-part yang aku rasa terkilan ah sebab tak dapat buat dengan baik. Sepanjang minggu ni, hati aku sangat serabut dengan program ni. Allah dah banyak mudahkan, tapi aku yang masih fikir kesukaran. Sungguh negatif perasaan seminggu yang telah disebarkan kepada masyarakat sekeliling.
Aku cerita keresahan ni pada orang-orang yang terpilih, mungkin sebab aku percaya pada mereka. Antaranya pada adik yang dikasihi. Kata adik kkb yang dikasihi, "in sha Allah everything should be alright. There's always first time for everything kan.". Jadi aku teruskan. Terima kasih adik :)

Dipen-cerkan, rata-rata hadirin yang datang berpuas hati. Oh sudah tentu mereka suka pada Dr Har. Dr Har seorang doktor, aktivis dan ibu yang ada X-factor. Aku hantar barang kat kereta dia dan ternampak baju putih doktor dalam kereta beliau. Rasa respect toin toin datang tiba-tiba. Terkilan juga tak dapat join sepenuhnya sebab kena ke sana ke sini uruskan perkara lain, tapi aku tahu mereka dapat ilmu baru. Sama seperti aku.

Bila aku sebut tentang hadirin merangkap pelajar ASRAMA Siswi, kau tak boleh bayang yang jiwa mereka semua tenang. Jiwa dia bukan jiwa asrama SMAKL. Bukan jiwa UIA USIM DQ [tiba-tiba].They're  all expecting something different. Kalau setakat memaparkan statistik pembuangan bayi dan kemudian marah-marah dan kemudian pasang lagu yang mengingatkan ibu di kampung halaman dan kemudian insaflah wahai puteri yang dikasih tiang negara masa hadapan, bagi aku itu tidak cukup. Mereka perlu pada penceramah yang memahami mereka. Most important thing is, to be in their shoes [pehh. betul ke ni?] .Dr Har dah berjaya lakukan semua itu-pada aku. Moga mereka juga ada rasa yang sama.



Tamat tentang negative feeling.
Sambung kepada rasa sayang.





Dipost akan datang.

No comments: