Thursday, March 24, 2011

Selamat.

Adik-adik dah dapat keputusan SPM semalam.

Pagi 23 Mac tu, aku rasa berdebar betul. Ceh. Lebih kaki daripada selipar.Berdebar nak tahu berapa orang dapat A lurus, berapa A senget-senget dan berapa orang dapat saudara-mara abjad A yang lain. Memang dah dimindsettingkan yang A itu penting dalam hidup. Sampaikan aku pun tak boleh nak lari daripada kelompok ordinary yang bertanya soalan ordinary kepada adik-adik lepasan sekolah yang extraordinary. 'Macam mana result?'
Sebenarnya soalan ordinarynya; berapa A kamu dapat?

Fitrah pelajar di sekolah molek itu, dididik untuk sebut Alhamdulillah dulu. Tapi hati tak tahu dah redha belum kan. Takpe, ambil masa nak didik hati itu. Sehari, seminggu. Ambillah.

Bila tahu sesetengah adik-adik aku  bersedih dengan keputusan yang diorang dapat, aku tak tahu macam mana nak tenangkan sebab.. em. biarlah mereka luahkan rasa itu. Sebab aku pun pernah rasa sakit yang amat tu. Nak cakap banyak waktu macam ini kurang sesuai. Aku tahu adik-adik SMAKL tahu mana nak cari kekuatan. Manusia sebagai medium sahaja. Mereka akan kembali serahkan rasa pada Yang Maha Mengetahui juga pada akhirnya. Menangis pada manusia tak masyuk sangat. Cecita pada Yang Maha Mendengar. Hati tenang, nampak pula jalan keluar.


Waktu aku sedih guling-guling dulu, aku selalu dengar ayat ini; SPM bukan penentu masa hadapan. Masa tu aku rasa orang yang cakap macam tu tah pape tah . Dia tak faham kot kekuciwaan ini.
Sekarang aku dah sedar apa maksud ayat tu. SPM memang bukan penentu masa depan. Cuma, penting untuk dapatkan tempat terbaik untuk membentuk masa depan. Betul, kita tak tahu apa-apa tentang masa depan. Kita selalu harap dapat yang terbagus dan lupa yang keburukan, kegagalan yang kita cuba elakkan itu mungkin akan bantu kita jadi manusia lebih baik. Selalu berada dalam keadaan selesa boleh buat kita takabbur dan sombong. Sedangkan sifat-sifat tu adalah hak eksklusif Allah :)

Selamat berjuang.










Aku final 20/4 ni. 10 hari exam tanpa ada study week. 
Tengoklah sejauh mana Siti Aisyah jadi kuat seperti yang dia bebelkan. 
Dekan macam dah kata babai sebab asyik main-main.