Bismillahirrahmanirrahim.
Jasad aku dah lama rasa jauh dengan orang baik. Hati selalu rindu pada orang baik.
Baik baik. Ada ramai orang baik di sekeliling aku. Tapi aku perlukan orang baik yang bukan sahaja berfitrah, tetapi juga berfikrah.
Orang yang hepi kan aku itu orang yang baik.
Orang yang membenarkan aku jadi diri aku itu orang yang baik.
Orang yang selalu manja-manja dengan aku itu orang yang baik.
Orang yang selalu cakap dengan nada baik untuk jaga perasaan aku itu orang yang baik.
Apehal tah semua tentang aku.
Semua orang baik. Alhamdulillah.
Cuma, aku perlukan suasana baik untuk indicate balik iman. Ada sahabat cakap, "mereka di tempat baik itu pun manusia jugak". Hm. Ada betulnya. Mungkin aku terlalu bercerita tentang keinginan aku menziarah tempat baik itu, melihat orang-orang baik pakaian dan insya Allah akhlaknya sampai sahabat ini rasa aku mengagungkan mereka. Oh tidak. Aku kata, aku perlukan kekuatan dari suasana. Kadang-kadang nak buat solat rawatib pun gitu-gitu je sebab rasa solat fardhu dah tip top. Puasa sehari seminggu rasa macam dah bagus sangat sebab tak ada orang lain buat. Atau rasa exam itu terlalu penting sampai rasa berat nak turun jemaah. Atau, tak baca ma'thurat sebab terlupa. Tersengaja mengumpat dan melayan rasa marah. Semua tu berlaku bila kita tak bersama orang baik yang boleh ingatkan kita. Betul?
Jadi, dalam perkara ibadat, kita kena tengok orang lebih banyak berbuat supaya kita ada rasa jeles dan nak buat lebih. Fastabiqul khairot ~
Dalam perkara ibadat, tiada Ithar ye [melebihkan orang lain daripada diri sendiri]. Itu ada hanya pada muamalat.
Kesimpulan.
Insya-Allah akan ke suatu tempat yang pada first impressionnya dapat meningkatkan iman. Di mana? Kalau rajin nanti aku beritahu.
Em. Ini perjalanan yang jauh untuk menop up iman. Sungguh teruja untuk date bersama adik-adik sefikrah di tempat berbiah solehah. Chow.
Abaikan tatabahasa.
No comments:
Post a Comment