Monday, July 8, 2013

P A S C A [ O S C ]

Bismillah.

Kalau aku mati, entri ni tak penting pun. Lagipun kejap lagi dah Ramadhan.
Mana-mana entri pun tak penting. Tapi nak mencatat juga.

Kan entri lepas aku cerita aku ada program dengan adik-adik tingkatan 5 sekolah menengah aku dulu. Alhamdulillah, selesai dah semuanya.
 
Kalau dilihat daripada segi fizikal, adik-adik ni tak banyak berubah pun. Karakter pun sama. Kebanyakan daripada kami setuju dengan hakikat tu.
 
Objektif utama program One Step Closer: Take A Peek Into U ni dibuat untuk membuka mata adik-adik yang SPM berbaki 4 bulan ni penting untuk tentukan tempat terbaik untuk mereka untuk sambung pelajaran.
Tidak dapat tidak, aku yang selalu cari motivasi melalui aktiviti-aktiviti macam ni dapat juga tempiasnya serba sedikit. Almaklumlah, selalu pesimis pada orang, kena la cari sumber kekuatan sendiri kan.
 
Cerita aku yang terinspirasi.
 
Sebelum program.
Aku suka tengok kawan-kawan yang sangat komited untuk program ni. Ulang-alik ke sekolah jumpa cikgu, minta pengesahan, mesyuarat dan perbincangan tentang perjalanan program, cuba puaskan hati banyak pihak.
Pengajaran: Belajar mengurus dengan sabar.
Well, I don't think I'm a good leader. Yet, I observed and  I know there's something that can be implemented in the future.
 

Semasa program.
Slot yang paling memberi kesan kepada aku ialah
 
1. slot Muhasabah--yang aku handle tapi akhirnya idea banyak datang daripada Amino dan Kori.
Masa slot tu, kitorang decided nak highlightkan 3 point utama untuk adik-adik tingkatan 5 ni sedar tentang SPM.
Pasal ukhwah antara member, hormat mak ayah dan guru serta iman dan takwa.
Slot ni bagi peluang untuk kitorang share pengalaman kitorang.
 
 
 
Azam ke depan. Cerita pasal mak ayah.
Mak ayah dia yang berharap dia jadi doktor, and how supportive and caring they're to make sure Azam succeed in his future as a doctor.
 
Memang sweet la cerita si Azam ni.
Dia cerita yang betapa mak dia nak dia jadi doktor. Bila mak dia nampak azam tengah study, dia akan peluk Azam sebab kata Azam -- dia tahu aku belajar susah, penat. *sambil menangis haa dia cerita*

Aku tersentuh, tapi tah lah. Cerita tu tak dekat di hati.

Datang Pn Hamiliya.
Kata cikgu, 'Azam bertuah  kerana mempunyai ibu bapa yang caring. Tak semua daripada kita ada ibu bapa yang begitu. Ada ibu bapa yang tak pandai menunjukkan emosi. Saya datang dari kampung. Ibu bapa saya bukanlah orang yang pandai menunjukkan emosi, yang kata sayang selalu.'

'...tapi akan ada satu masa nanti, satu point yang mana kita tahu mak ayah sayangkan kita.'
 
Terussssssssss air mata aku laju macam sungai.
Dekat. Memang begitu. :)
 
 
 
 
 
 
2. Slot Sharing is Caring. Kakak abang share tentang bidang masing-masing.
Tengah-tengah slot, aku nampak cikgu Add Math datang, tengok dari tepi dewan.
Aku tanya cikgu, 'Cikgu, bangga tak? Ajar satu subjek, tapi anak murid masuk pelbagai bidang.'
Cikgu Fazilawati, kau tahu je la muka senyum macam tak kisah tu.
Tapi aku dapat rasa dia bangga amat dengan korang. Tak tipu.
 
 
 
3. Masa dengan adik-adik.
Aku tak ada adik. Sedara yang kecil-kecil pun tak berapa nak ada. Dan aku tak dididik untuk bermanja-manja sangat.
Bila aku tengok member-member yang sayang dengan adik-adik ni, aku touched la. Sebab aku tak reti nak macam diorang. Suka tengok. :)
Kalau aku bercakap, a bit harsh, serious and pointless. Macam tu la. Apa yang aku kongsi dengan adik-adik, adalah apa yang aku cakap pada diri sendiri. Tu je.
Aku touched bila tengok adik-adik ni besar potensi untuk jadi muslimah sejati, tapi aku tak reti nak sampaikan. Muslimah sejati kan wataknya lembut dan indah. Jaga pergaulan. Which I don't really..
 
Bawah aku.
 
 
 
Selepas program
Masa dalam bas, aku dapat duduk dengan cikgu. Pn Hamiliya. Dia ajar aku addmath. yang aku dapat B tuu . Haha.
Dia belanja aku makan tengahari. Kata dia, bukan selalu.
Oh Ecah. Tolong ada kerja dan bekerjaya supaya kau tak asyik minta orang belanja sobsob.
Aku terharu sebab aku tak pernah terbayang satu hari nanti aku dapat duduk sebelah cikgu sebagai bekas pelajar. Berbual dengan cikgu. Hm.
 
Cikgu SMAKL memang sesuatu.
 
 
 
 
 
 
Tu ceritanya.
Bab game, tu cerita lain. Tak penting untuk aku.
 
Moga Allah redha untuk usaha menjadikan pelajar sekolah agama ini cemerlang.
Biar mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang memandang akademik itu satu aras kejayaan.
Kerana pelajar SMAKL ini sesuatu.
 
Agama dan dunia, bergerak seiring.
 
 
 
 
 
Geng OSC '13.
Gen 18 05-09.
 
Terima kasih kalian.
Moga terus kuat dan menguatkan.

 

1 comment:

Nailah703 said...

yup. smakl mmg sesuatu :')