Tuesday, July 23, 2013

Fitnah.

Assalamualaikum wbt.

Memang unfair bila dari satu sisi kehidupan ni,
kita hanya ceritakan sebahagian sahaja kan.

Kita tinggalkan cerita itu tergantung,
lalu mewujudkan rasa sedih dan simpati orang
atau suntik rasa teruja tak berasas.

Kalau sekadar itu, tak apa juga.
Takut disebar-sebar sampai jadi fitnah.

Ni aku nak cerita sikit. Tak tahu la berkaitan ke tidak tapi nak cerita.




Masa aku KPTM dulu, aku kenal seorang pensyarah ni. Dia warden aku jugak.
Boleh kata aku ni kamceng habis dengan dia. Sampai sekarang alhamdulillah.
Aku ringkaskan nama dia FB --Serius ni singkatan nama dia weh. Bukan Facebook.

Bila aku dapat satu-satu cerita, aku akan kongsi dengan dia.
Pasal akademik, pasal budak rumah, pasal isu semasa, politik, apa yang aku baca. Kadang-kadang cerita entah apa-apa pun aku akan cerita dengan dia. Random Cece is random.

Tapi dia ni jenis sukaaaa bidas apa yang aku cerita.
Dia la pengkritik paling pedas dalam kalangan member aku.
Bila aku cerita je, 'Awak sure ke ini betul?'
Bila aku cerita je, 'Mana dalil?'
Bila aku cerita je, 'Tak mungkin lah ..'- lepas tu dia akan komen dengan perkara yang relevan yang aku tak terfikir pun.

Kadang-kadang aku rasa malas nak cerita dengan dia sebab asyik kena bidas je.
Ye la. Aku ni listener. Apabila aku bercerita, aku harap la orang akan jadi listener jugak kan.
Tapi FB ni la akan buat keterujaan aku terbantut, dengan suruh aku berfikir dalam setiap cerita aku lagi-lagi bila aku bercerita penuh emosi.

So, bila dah dilatih macam tu untuk lebih kurang 2 tahun setengah,
aku rasa jugak la perbezaan.

Bila mana aku nampak cerita cari isu di Fb, aku rasa malas betul nak share.

Isu baru-baru ni. Mende?

1. Alvivian - Bak Kut Teh.
Penghinaan untuk agama.

2. Anak mati lemas dalam kereta.

3. Budak sekolah rendah makan dalam bilik persalinan baju.

4.

and the list goes on.


Apa yang aku nampak, bila mana ada isu berbangkit, perkara pertama yang kebanyakan ambil ialah serang je dulu. Komen la apa kau nak, asal nampak kau sebahagian dari kebangkitan.
Bila ramai-ramai, semua pakat tulis ikut sedap tangan.
Ha macam aku sekarang la.
Suka hati je update kat blog.
Hoho.


Hampir setiap minggu ada je isu -- 'Apa pendapat anda?'

Kalau dah tanya pendapat, memang berdetak sampai pecah la keyboard meng-komen kan.

Kan sekarang kita boleh tengok apa orang komen pada satu-satu post kan?

Hari tu aku nampak orang yang aku hormati kerana kedudukan dia, komen pada satu post pasal anak mati lemas.
Aku klik la nak tahu pendapat dia.

Dia tulis ringkas je.





'Bodoh.'






Ok.
Faham dah.


Dah-dah la tu.

Pembaca blog aku, rasanya dah banyak kali aku ingatkan dalam entri aku; yang sebenarnya aku lebih ingatkan pada diri sendiri.
Elak lah bergaduh dalam laman sosial, untuk grup awam.

Read more, talk less.
Bercakap apabila perlu itu insya-Allah buat fikiran kau lebih matang dan boleh digunakan.

Jangan sebar FITNAH. Itu paling utama.

Dapat berita, tanya pada diri sendiri.
'Betul ke?'

Kalau kau jenis tak boleh tahan nak menyebar cerita, klik la share bila baca cerita pasal pergolakan kat Syria dengan Mesir tu.


----------------------------------------------------------


Aku nak update la yang aku dapat UiTM, dalam Perakaunan. Alhamdulillah.
Sebab member tanya, so aku baru teringat yang last entri tu aku buat cerita sedih pasal tak dapat tempat kat mana-mana universiti. Sedangkan masa tu ada satu lagi keputusan tak keluar. Keputusan penerapan UiTM.
Boleh la nak kata aku sedikit poyo masa tu.
Aku update, mana tahu kalau ada orang gosip pasal aku tak dapat tempat merujuk kepada entri hari tu; boleh cerita pasal apa yang terkni pasal aku.


No comments: