Saturday, January 26, 2013

Azam dan tawakal

26/1

Paper Taxation. Alhamdulillah Allah bagi rasa mudah nak jawab. 
Mungkin sebab selalu buat latihan. Lebih, dari paper Tax sem lepas. Dan mungkin juga sebab aku rasa senang hati dengan pensyarah yang best. Aku rasa satu kelas ada perasaan yang sama pada Miss Syatila.
Sayang ^^


27/1
Tadi paper MAF. Financial Management. 
Jarang pernah aku rasa hati memberontak rasa tak nak ulangkaji. 


Peh ayat. 

Tapi memang, sangat memberontak. Habis paper Tax 3.30 petang, aku boleh keluar jalan-jalan dengan mak abang. Padahal kertas MAF 10 pagi esoknya. Itu tak apa kot. Jumpa mak memberikan ketenangan. 


Balik asrama pukul 6, makan-makan dah pukul 7. 

Maghrib, cuba baca 1 topik. Uhhh. Cannot. 

Lepas isya' punya la rebel, aku terus tidur walaupun tak mengantuk. Kalau orang tahu hati aku macam mana, mungkin boleh faham. Kalau cuma tengok luaran, hanya nampak seorang pelajar pemalas yang tak mahu lawan nafsu. 


Jadi, aku tidur. Aku tak peduli pun. Aku tahu, biasanya kalau tidur tak mengantuk ni, aku akan terjaga waktu azan Subuh. Ah, biar. Nak jawab apa pun aku tak nak fikir. Tidur. 





'Faiza a'zamta, fa tawakkal a'lallah.'


2.59 pagi aku terjaga. 
Sebab telinga dan hati aku terngiang-ngiang ayat tu. Berulang kali. 

Aku tak nak bangun, tapi makin kuat hati aku membisikkan ayat tu. 
Jadi, aku bangun. Solat dan baca doa kefahaman yang aku percaya sangat mustajab sepanjang aku amalkan dari sekolah. 

Kemudian, aku duduk di meja belajar, cuba 'baca' jalan-jalan pengiraan yang aku tak pernah buat sebagai latihan. Baca-baca. Sambil melawan pemberontakan yang berbaki. 

Pukul 4.15, aku sambung tidur. 
Subuh. 
Baca sedikit teori dan pukul 9.35 pagi, aku gerak pergi kolej tanpa aku tahu, apa yang ada dalam pengetahuan aku. 

Alhamdulillah, boleh jawab. Jalan kerja yang aku 'baca', keluar. 
Tak berkualiti, tapi aku tak rasa loser sebab tak tinggal soalan. 


Faiza azamta, fatawakkal a'lallah
Apabila engkau telah menetapkan keazaman, maka bertawakkallah kepada Allah) (Surah Ali Imran [3]:159)


Lain orang, lain pengajaran yang dapat disedut. 

Untuk aku, aku rasa Allah ingatkan aku supaya belajar betul-betul untuk masa yang berbaki ni. 
Semester akhir. Subjeknya mudah. Masanya banyak. Mahu atau tidak. 
Mana mungkin aku patut rasa bosan dengan cabang ilmu Allah. Kan? 




Cuma, sepanjang perjalanan ke kolej tu banyak la suara ghaib yang suruh aku buat pertimbangan semula untuk sambung Akaun. 




1 comment:

doubleA said...

kata exam lambat lagi?