Bismillahirrahmanirrahim.
Kawasan tempat belajar aku sekarang tak ada bekalan air.
Kata sang lalat, ini berpunca kejadian tanah runtuh di Setiawangsa. Kalau nak
ikut mata kasar dan kedudukan geografi tanpa melibatkan ilmu kajitanah, aku
rasa macam jauh je untuk beri efek ketiadaan air ni.
Ceritanya, kejadian tanah runtuh hari tu dah sebabkan pam
air rosak.
Dalam tangan yang lain, hari ini adik-adik yang baru nak
rasa pengalaman hari pertama persekolahan dah kena sertai jerih payah tak ada
air. Aku rasa yang paling kasihan dalam hal ini tentu mak ayah dan cikgu.
Sedangkan waktu normal awal tahun pun, orang-orang tv paling eksaited nak rakam
‘cerita’ menangis adik-adik di luar kelas, inikan pula saat tak ada air. Tinggal
tak tajuk berita je.
Mungkin jadi, ‘Ketiadaan air-pihak pembangkang gagal laksanakan tanggungjawab’.
Eh jelik.
Aku duduk hostel ni.
Zaman duduk asrama dulu, kalau tak ada
air macam ni.. ada dua pilihan je.
Pili bomba.. atau dengan penuh debaran tunggu pengumuman cuti seminggu daripada warden. Heh. Sekarang?
Kalau rumah pun tak ada air, pengumuman dari rektor pun tiada guna.
Jadi
sekarang ni, tinggal pilihan pertama dan pilihan alternatif berbayar. Beli air
tapisan osmosis berbalik tu. Aku pilih beli. Sebab aku dah rasa pili bomba
zaman sekolah. Bagi peluang orang lain rasa pulak.
Budak rumah aku ada la tadah lima enam baldi air dari pili bomba. Berwarna
airnya. Walaupun suci tapi tidak menyucikan, aku belum rasa nak guna. Mungkin
mereka lebih perlu.
Subuh tadi, adik rumah aku ketuk pintu bilik aku. Dia tanya, boleh tak budak
rumah tingkat atas nak tumpang mandi. Rumah tingkat atas, susah nak angkut air.
Aku ok je. Diaorang yang tadah pun. Aku suruh adik rumah tu
tanya ahli rumah yang lain macam mana. Lagi-lagi yang lebih memerlukan. Ahli
rumah yang- junior aku, tapi senior dia. Nampak dia muka serba-salah. Jadi aku
kata, boleh je nak bagi budak rumah lain, tapi satu baldi je la.
Dalam 5-6 baldi, boleh bagi satu je.
Nampak tak?
Kat dunia ni, air tu pun satu nikmat besar yang kita selalu
tak nampak.
Tak nampak air tu boleh menyegarkan, buat masak, basuh baju, basuh kereta.. Hah
dah macam isi karangan sekolah rendah. Berita televisyen selalu buat ujian
banjir tu semacam musibah besar untuk semua hamba Allah. Satu sudut lain dalam
dunia ni, air lah jadi keperluan besar. Tak ada air langsung. Aku maksudkan,
langsung. Kawasan aku ni kira ada air lagi..
Lagi satu, aku termuhasabah sangat waktu adik rumah tu tanya
sama ada boleh atau tidak beri sedikit air untuk budak rumah lain.
Signifikan?
Di padang Mahsyar nanti, kita masih akan menjalankan proses debit kredit.
Saat timbangan Mizan tu sedikit lagi membezakan sama ada kita akan ke Syurga
atau neraka, saat itulah kita akan menagih simpati dan menebus pahala daripada orang lain.
Kata seorang Syeikh, waktu tu.. tak akan ada sesiapa pun
sanggup beri bekalan pahala dia pada orang lain. Hatta seorang ibu kepada anak,
guru kepada murid, seorang sahabat kepada sahabat yang lain, apatah lagi
seorang musuh kepada musuh yang lain.
Hanya, seorang insan mulia sahaja yang mampu buat begitu.
Rasulullah sallallahu a’laihi wasasalam.
Selawat la banyak-banyak. Tak kenal baginda kat dunia,
jangan harap baginda nak kenal kita di akhirat.
No comments:
Post a Comment