Kita,
masih punyakah waktu bermalasan ?
Sudah dinyatakan,
sudah termaktub dalam sumpah,
Demi masa,
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Banyak perkara yang kita mahu lakukan
tapi langsung tak membantu kita untuk mencapai matlamat.
Syurga.
Itu matlamat kita. Kampung kita.
Lebih rugi, apa yang kita sudah lakukan
mengukir senyuman, kerana memenuhi cinta dunia
hanya mendekatkan diri kepada neraka.
Ruginya kita.
.........
Hari ni terasa sangat malas.
Terasa mahu bermalasan sehingga ke petang.
Tak mahu masak,
tak mahu basuh dan sidai baju
tak mahu sapu sampah
tak mahu lap rumah.
Cuma mahu bersuka-suka.
Kata pada diri.
Boleh, 'kalau kau tidak malu, lakukan sesuka hatimu'.
Kerana,
kemalasan kau itu juga,
akan ditayang di Padang Mahsyar.
:/
hembus nafas dengan malas.
2 comments:
ah , malunya dengan diri sendiri . saya pon hari - hari malas . sobs
acane nak buat diri rajin eik ?
Jangan bertangguh.
Kalau dapat sesuatu kerja, pertama kena listkan. Kemudian kena juga mula buat walaupun rasa tak nak.
Setiap kali kerja tu selesai, garis/pangkah dari list.
Nanti kita akan rasa puas hati dan bersemangat nak siapkan kerja-kerja yang lain ^^,
Post a Comment