Friday, November 16, 2012

Ujian

Tersepit seketika, bila diuji dengan perkara yang aku pernah kata,
pernah rasa benci bila lihat orang lakukan.

Perkara yang aku rasa, aku mampu tangani. 

Tapi itulah,
sebenarnya aku lupa syaitan itu licik dan Allah dah ingatkan dalam surat cinta,
agar jangan-even-dekat sekalipun dengan zina. 
Kalau aku nak umpamakan, seperti membuka bunga silat. 
Belum bergerak, tapi sudah ada gerak langkah yang kita tahu akan membawa pergerakan yang lebih pantas.
Tak perlu komen. Dah analogi tu je yang terlintas dalam fikiran. 

Kemudian aku cepat-cepat minta Allah keluarkan aku dari kemungkinan yang pelbagai. 
Alhamdulillah. Terlepas. 

Orang beriman tak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. 
Baiklah, mesti lebih berhati-hati!
Henshin!


Bukan, ini bukan cerita couple. 

No comments: