Bismillah.
Kau, ini aku nukilkan rasa buat kau.
Tak mudah kerana selama ini aku simpan jauh dalam hati.
Aku kira kau tak perlu tahu kerana selama ini kau seperti tak endahkan aku.
Pernah satu ketika dulu
Aku kongsi rasa, aku menangis, aku hamburkan segalanya
Tapi satu kata mutiara kamu yang tak pernah berubah untuk aku, 'Teruskan mencari'. Kenapa kau terus cakap perkara yang sama? Kenapa kau biarkan aku mencari sendiri?
Aku tak faham, sungguh aku tak faham.
Maaf, aku rasa tak senang walaupun itu tak layak bagi kau.
Dan itu juga bisikan kau untuk yang terakhir kali aku kira.
Aku sayang kau. Betul. Bila aku tengok orang lain bergelak ketawa dengan kau, aku jadi sedih sebab aku tak boleh buat benda yang sama. Bila tengok orang lain sayang kau, pun aku rasa sedih sebab aku tak boleh luahkan. Aku peluk kau hari tu, aku menangis. Sebab itu rasa hati aku.
Entah macam mana aku dapat rasa yang kau faham, tapi kau tak biarkan aku sedih lama-lama. Sekejap kau peluk aku, sekadar nak sampaikan amanat supaya jangan bergantung pada kau, tapi 'teruskan mencari'.
Kau, sahabat yang aku cintai sepenuh hati.
Biarpun aku tak luahkan.
Biarpun kita jauh.
Biarpun kau punya 'ubat' sebagai penawar kau.
Aku masih cintakan kau. Sentiasa.
Doakan, aku dapat temukan serupa dengan apa yang kau cari dulu.
Bahagian kau, semoga segalanya mudah. Sungguh aku maksudkan.
1 comment:
masa usrah duludulu perasan tak murobiyah akan bg lebih sikit perhatian pd mutarabi yg kurang faham.dan bila yg lain tgk mereka ingat murobiyah lebih sayangkan orang tu.hakikatnya kasih sayang yg diberi sama,cuma perhatian yg lebih sikit sebab kefahaman yg berbeza.
kau juga ubat.
Post a Comment