Assalamualaikum.
Antara perkara yang disentuh dalam khutbah hari raya di Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Teloi Kanan, Kedah ialah tentang melihat erti kemenangan sebenar setelah tamatnya Ramadhan 1432.
Telinga aku tertangkap satu istilah, 'dosa bertempoh' yang bermaksud dosa yang kita berhati-hati untuk tidak melakukannya dalam bulan Ramadhan, tapi bila habis bulan Ramadhan, habis dilanggar semuanya. Apa contohnya?
Mengumpat, tengok aurat 'tak sengaja' tapi lama-lama, melewatkan solat, tak solat dan lain lain. Itu dosa bertempoh sebab rasa bulan Ramadhan je yang jadi batasan, bukan kerana Allah.
Tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Betapa sinonimnya raya dengan bermaafan sambil bersalaman. Itu boleh dilihat setiap hari dalam televisyen dengan iklan bersalaman.
Perkara biasa, sehingga lelaki perempuan bersalaman pun nampak biasa. Benarlah, bila kita rasa biasa melihat perkara mungkar, memang ada masalah dengan iman kita. Bukan ke selemah-lemah iman itu membenci dengan hati?
Kalau rasa benci pun tak ada, di tahap mana agaknya iman kita?
Khatib berbicara lagi, 'tegurlah anak-anak gadis yang nampak berpakaian, hakikatnya mereka bertelanjang. Pakaiannya ketat, lengan bajunya jarang, tudungnya menampakkan leher.' Di kampung itu tak ada anak gadis yang berpakaian sedemikian.
Jadi, tak ada yang terasa mungkin.
.. tak dapat nak ingat semua.
Kali ni balik kampung dengan ketenangan lepas satu musim yang penuh dengan tanggungjawab dan persoalan-persoalan yang manusia pun tak mampu dengar, apatah lagi memberi jawapan.
Setelah fahami dengan sebenar-benar kefahaman doa supaya tidak berharap pada manusia melainkan Allah, aku dah stabil. Allah suruh meminta pertolongan dengan sabar dan solat.
Gelojoh sangat rasanya.
Gelojoh sangat rasanya.
Skop pandangan berubah bila balik beraya tahun ni. Tentang lima perkara yang datang sebelum lima perkara.
Nenek aku yang dulunya sihat cergas tangkas bila anak cucu balik beraya, dah mula pakai tongkat. Mengadu tak larat. Sakit badan.
Sepupu aku yang dulunya kecil berhingus dah besar panjang. Si kakak pun dah ada anak satu. Makin tua semuanya.
Alhamdulillah, kampung aku walaupun tak moden, tapi mereka tak miskin. Sangat kaya dengan budi dan ilmu yang tinggi. Cuma, aku rasa orang sekarang lebih miskin jiwa. Ini, bukan di kampung aku.
Masa. Dulu aku rasa lapang, tapi sempit bila tak tahu hujung pangkal.
Kalau sedar dasar setiap pekerjaannya Allah, tak akan ada rasa sempit. Lapang dunia sebelum sempit akhirat. Nauzubillah.
Em, dan hari raya kedua bila lalu tepi masjid, aku nampak ada kematian. Hidup sebelum mati.
Aku tengok anak-anak muda kat perkampungan Islam tu, sungguh-sungguh aku doa supaya mereka terselamat. Sayang lah. Aku harap aku selalu berada dalam iklim dini macam tu. Tapi, Allah lagi tahu kenapa.
Selamat hari raya. Kullu 'am wa antum bilkhair.
No comments:
Post a Comment