Tuesday, August 9, 2011

ubah

Corat-coret.

Betul lah akhir-akhir ni dah tak pandai nak meluah rasa. Itu bukan perkara besar.
Yang parah bila merapu, ada orang baca dan ambil serius apa yang ditulis.
Bagus kan kalau setiap apa yang kita buat, cakap dan diamkan bermanfaat pada orang?
Masalahnya bukan selalu begitu.

Kalau ada orang masih endah tentang aku, khabarkan aku sedang alami transformasi. Ya, transformers pun boleh.

Eh gembira tak kalau jadi sebuah kereta biasa kemudian bertukar kepada robot sasa yang adorable? Pun nampak cantik. Demi menyelamatkan dunia, nak buat lebih banyak kerosakan pun orang tak kisah.
Tapi, aku tak mahu jadi robot. Jadi manusia ni dah nikmat. Cuma perlu fikir cara supaya rentak hidup tak kaku.

Orang datang dan pergi dari hidup tu, perkara biasalah.
Jangan berharap pada manusia, nanti kau kecewa.
Sebab mereka yang kau harap itu pun, masih menagih daripada Dia Yang Esa.

Aku ada rasa kagum pada sesetengah mereka yang selalu buat aku tersenyum dengan gaya penulisan bersahaja. Penuh makna. Terima kasih sebab buktikan yang masih ada manusia berfikiran kompleks.


Sudahlah, mari belajar Law. Sabtu ada ujian.

No comments: