Assalamualaikum.
Aku belajar subjek Business Management. Dalam management, memang ada teori pasal trait leader. Trait leader, bakat memimpin yang diwarisi. Bukan bakat sebenarnya, tapi watak. Lebih kepada karisma, bentuk fizikal, kebolehan berkomunikasi. Semua tu boleh diwarisi. Malangnya, teori ni tak dapat pergi jauh. Mereka orang dulu-dulu yang kaji tentang management kata, efektif dan efisien dalam pengurusan bukan perkara yang dapat diwarisi. Ia perlu dibentuk, dididik dengan tunjuk ajar dan pengalaman.
Aku perasan sesuatu, sejak dari sekolah rendah aku dah diberi dengan tanggungjawab.
Aku jadi ketua kelas sejak dari darjah 1. Aku perempuan, jadi KETUA KELAS. Mungkin sebab aku garang dulu. Dan memang sekolah rendah tu warisan dari abang sulung aku lagi. Tahap kuasa tu jarang la turun. Tak ketua, penolong. Tak penolong, ketua. Sampai darjah 6, aku jadi KETUA pengawas. Sekolah tu kecil je, memang sekolah pedalaman. Tapi bila-bila fikir, kenapa entah aku jadi ketua pengawas. Penolong aku, budak lelaki merangkap kawan baik. Zaman budak-budak, apadahal jawatan-jawatan ni. Rasa gembira je.
Sekolah menengah, aku dapat jadi Naib Pengerusi PRS. Diamanahkan pegang adik-adik. Jadi ketua dorm, ketua AJK Keceriaan asrama, pengawas asrama. Jawatan minor, tapi semua tu penting bagi aku. Tak ada istilah gila kuasa masa tu memandangkan batch kitorang memang tak ramai.
Kolej. Masuk sem 1, aku nampak semua ok je. Kecuali kekosongan untuk cari orang dalam bidang kerohanian yang memang kritikal. Jawatan tu yang paling susah untuk diisi sebab aku rasa orang takut. Takut dikatakan baik sangat atau jawatan tu nampak berat sebab kau nak bantu buat aktiviti kerohanian yang ramai orang nak, tapi tak tahu mana nak cari. Allah pilih aku sekali lagi.
Mula-mula aku ingat biasa-biasa je. Pegang jawatan, dan kau buat asal boleh.
Silap besar.
Rupa-rupanya, aku masih selesa jadi 'budak kecil' yang fikir kalau buat silap, tak ada apa yang terganggu.
Sebab waktu sekolah pun macam tu. Cikgu buat semuanya. Aku lihat, dengan niat nak belajar. Cuma tinggal niat, aku tak ambil apa pun.
Entahlah. Aku rasa terganggu sebenarnya dengan sikap aku.
Aku terlupa, pegang jawatan di kolej bukan sama dengan zaman sekolah. Mungkin dulu berjawatan untuk penuhkan oraganisasi. Tapi sekarang, semuanya melibatkan perihal ummah.
Aih, susah nak fikir bila orang atasan kau jadi orang yang baik dengan kau. Dia jugak jadi orang yang selalu ingatkan kau tentang kesalahan yang kau tak patut buat. Aku ni fragil.
19, aku baru kenal maksud tanggungjawab yang sebenar-benarnya walau mungkin bukan sepenuhnya.
Banyak perkara yang aku perlu ambil serius.
Tahanlah kena maki dengan manusia kalau dulu tak pernah.
Tebalkanlah telinga kena sindir kalau dulu tak pernah.
Kuatkanlah hati dengan berpukal-pukal arahan kalau dulu tak pernah.
Kalau nak faham erti tanggungjawab yang sebenar.
Sebab aku baru nak masuk fasa kenal dunia. Baru, yang sedikit ketinggalan, tapi belum terlewat mungkin.
Minta pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, kalau kau betul rasa bertanggungjawab pada ummah.
Bantu diri, untuk bantu ummah.
1 comment:
Teruskan usaha Aisyah !Awak ada kami semua dan jgn give up okay ? :)
Post a Comment