Monday, July 4, 2011

gol

Bangun pagi tak kira la jam berapa, cepat cepat la berdoa supaya hari tu kau jadi manusia.


Pergi kelas, masuk kerja, sarapan pagi, bergelak sakan
Rutin rutin yang selalu buat kita lupa tanya diri 'untuk apa kita hidup'.

Pergi kelas untuk ilmu,
bekerja kerana Allah
bersarapan untuk dapat tenaga
ketawa untuk eratkan silaturrahim.
itu kata orang

Tapi betul ke kau fikir macam tu setiap kali?

atau saja kau rasa
pergi kelas untuk keputusan bagus dan naik pentas
bekerja untuk dapat duit supaya survive dalam dunia ekonomi yang gila ni
bersarapan sekadar nak bercerita kedai kopi
dan ketawa itu.. ekspresi diri.


Murahnya nilai hidup ni kalau kau pilih manusia dan material
Kau mungkin tak akan nampak perkara lain selain kepuasan
Yang pada satu tahap,
kau sendiri rasa lelah untuk penuhi kepuasan yang kau kejar.
Kau tak akan mampu.



Cari keindahan hidup, kawan.
Bukan kepuasan.

No comments: