"Ish kau pun da'ie jugak.
"Semua yang menyebut kalimah La ila haillallah ialah da'ie."
Lama aku tenung ayat tu.
Aku terlupa tentang hakikat tu sebenarnya. Aku selalu rasa aku dah jadi budak luar.
Mujur ada sahabat yang ingatkan.
Semua orang pun penda'wah. Pengajak kepada kebenaran. Cuma, tak ramai yang sedar. Tak ramai yang mahu jadi pendakwah. Sebab dalam kepala dah terpahat pendakwah itu nampak sangat outdated.
Siapa punya idealogi ni?
Aku tak pandai nak hurai tentang ni. Takut salah.Takut kena hentam lagi.
Semua benda pun aku dah tak boleh nak hurai.
Junior tanya nak ambil subjek Fizik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pun aku rasa tak tahu apa-apa.
Aku tahu matlamat hidup. Cuma cara nak capai masih berterabur.
Sampai satu tahap, aku rasa peperiksaan tu tak penting pun.
Aku main Facebook, aku cakap dengan kawan. 'Esok aku ada test'.
'Kau ada test esok. Kau tak takut?'
Risau. Tapi tak takut.
Berdebar. Tapi tak takut.
Aku ni, masih manusia ke?
Haha soalan random tapi tak bermaksud nak jadi kufur. Astaghfirullah. Maaf maaf.
Selalu pandang ke langit, harapkan pelangi.
udara segar berlegar di bumi, sikit pun tak dihargai.
Ramadhan dah nak dekat. Oi teruja teruja.
Baik universiti malaysia ni bagi cuti seminggu. Seronok la saya.
No comments:
Post a Comment